Log Masuk

Artikel

Tapis
  • Kursus Kepimpinan dan Pengurusan Ketua Jabatan Zon Sabah

    10-13 Februari 2014- KURSUS KEPIMPINAN DAN PENGURUSAN Ketua Jabatan Zon Sabah (INTAN,KK). Pengisian kursus ualah mengenai pemikiran strategik, pembinaan karektor, komunikasi kepimpinan, pengurusan perubahan , bengkel dan spesifikasi tugas Ketua Jabatan. En Jamiran  ,Timbalan Pengarah IPG Batu Lintang menyampaikan ceramah mengenai pembinaan karektor, pemikiran Strategik  ,Misi Anda “Your mission” ,    Watak individu dan watak kepimpinan serta persekitaran anda. Dr.Mohamad Fadzil Che Amat dari IPGKPP menyampaikan ceramah mengenai komunikasi berkesan serta bengkel, Dr.Ali bin Haji Mahmood Timbalan Pengarah,IPG KBM,KL yang menyampaikan ceramah mengenai spesifikasi tugas ketua jabatan.

  • Pertandingan Mewarna Kanak-Kanak Prasekolah Bestari IPG Kampus Keningau

    Pada 04 Februari 2014, Kanak-kanak Prasekolah Bestari IPG Kampus Keningau, telah menyertai pertandingan mewarna yang telah dianjurkan oleh Pihak Pusat Sumber Sempena Kempen Bulan Membaca. Melalui aktiviti ini dapat membantu kanak-kanak meningkatkan Kemahiran motor halus khusunya dalam aktiviti seni visual.

  • Sambutan Penuh Istiadat

    Pada 29 Februari yang lalu, Unit Beruniform IPG Kampus Keningau telah mengadakan Perhimpunan Mingguan (Khas) sempena persaraan (Wajib) Pn. Nora Angas di IPG Kampus Keningau. Pn. Nora Angas Pemimpin Pandu Puteri Kadet akan menamatkan perkhidmatannya pada 31 Januari 2014 kerana bersara wajib.Perhimpunan tersebut telah dimulakan dengan Istiadat Hormat Besar (salah satu istiadat untuk menyambut tetamu dalam unit beruniform Pandu puteri Kadet) kepada tetamu yang diraikan dan seterusnya Perbarisan Kehormat.

  • Majlis Perasmian Kitab Tua

    5 Februari 2014 - PISMP PAI semester 1 dengan kerjasama Jawatankuasa Masjid telah mengadakan majlis perasmian bagi program Jom Talaqqi Kitab Turath yang bertempat di Masjid Jamek IPG Kampus Keningau. Majlis ini telah dirasmikan oleh Tuan Timbalan Pengarah, Tuan Haji Baharom bin Haji Mohd Noor. Program ini akan berterusan sepanjang tahun dan diadakan setiap hari Rabu di antara waktu Maghrib dan Isyak. 

  • Lawatan Penanda Arasan Jabatan Pengajian Melayu

    Demi memperkasa program pendidikan guru secara berterusan serta memupuk budaya ilmu; menguasai, mengamal, menghayati, dan berkongsi ilmu, Jabatan Pengajian Melayu IPG Kampus Keningau telah mengorak langkah melaksanakan program penanda arasan (benchmarking) ke Melaka Bandar raya Bersejarah Warisan Dunia dan Kuala Lumpur pada 26 hingga 29 Januari 2014.

  • Nora Anggas: A Fitting Tribute

    The Language Department has had the pleasure of working with some of the finest and kindest people in our workplace. Madam Nora is one of them. We, her colleagues and trainees, have learned a lot from her, and we will always treasure the memories of being part of this team. It was with emotional excitement, and yet sorrow that Madam Nora Anggas retired from her vocation on 29 January 2014, and head out into her next destination.

  • Forum Khas Maulidur Rasul 1435H

    16 Januari 2014- Forum Khas Maulidur Rasul 1435 H “Manifestasi Cinta Rasul”, Ahli Panel forum ialah Ustaz Mohd Rusli Ismail, Pensyarah IPG dan Ustaz Mohd Azrul Nizam, pensyarah Institut Pengajian Islam dan Dakwah Keningau bersama moderator Sdra Khairullah. Forum mengupas secara terperinci sirah Nabi Muhammad SAW dan bagaimana sunnah beliau dapat diaplikasikan di masa kini. Merungkai tohmahan isu semasa mengenai sunnah Rasulullah dan sebagainya. Antara pengisian program selain dari Forum ialah bacaan Asmaul husna, Persembahan Qasidah Muhamiddiyah, pelancaran”Jom Ikut sunnah” dan tayangan video. Pengumuman – pada 20-21 Januari pameran buku di hadapan pusat sumber diadakan bagi –sila hadir beramai-ramai.

  • Kursus Kepimpinan JK Masjid 2014

    19 Januari 2014- Kursus Kepimpinan JK Masjid –Objektif kursus ialah 1) Memberi kefahaman tentang tugas dan tanggungjawab bagi setiap syukbah yang terdapat dalam jawatankuasa masjid 2) Memupuk hubungan yang erat dan semangat  kerja berpasukan antara AJK dan mengembangkan semangat kepimpinan yang sedia ada dalam JK Masjid 3) Melahirkan pemimpin yang berketrampilan dan mempunyai gaya kepimpinan efektif. Antara pengisian program ialah Ice Breaking, Karekter pemimpin dan pengurusan organisasi, analisis video, tongkang pecah, explorace,Qiamullail dan penerangan objekrif JKM. Dalam ucapan penutupan Timbalan pengarah , beliau mengharapkan agar kursus ini dapat melahirkan pelatih pemimpin guru yang boleh menjadi role model  dan mempunyai idea yang bernas  bagi merancang lagi program yang kreatif. Antara penceramah jemputan ialah bekas Ahli Majlis Tertinggi Perwakilan Pelajar UMS dan JK Masjid UMS.Tahniah kepada penyelaras program.

  • Sambutan Maulidur Rasul Peringkat Daerah Keningau 2014

    14 Januari- Sambutan Maulidur Rasul Peringkat Daerah Keningau- Perhimpunan kali ini diadakan di Kompleks Sukan dan menuju ke Dewan Masyarakat kerana pada awal pagi hujan. IPG Kampus Keningau telah bersama-sama memeriahkan sambutan ini. Pelatih juga diminta sebagai sukarelawan membantu Wanita Usia sebagai JK Minuman.

  • Bengkel Peningkatan Kompetensi Pensyarah Jabatan Ilmu Pendidikan

    Pada 29, 30 Nov dan 1 Disember 2013 bertempat di Hotel Klagan Kota Kinabalu, seramai 11 pensyarah telah berkumpul bagi menghadiri bengkel profesionalisme yang dianjur oleh Jabatan Ilmu Pendidikan. Bengkel ini dianjur bertujuan untuk meningkatkan lagi pengetahuan dan kemahiran kompetensi ilmu pendidikan dan profesionalime keguruan.

  • Psikologi Pemankin Keharmonian Sosial

    Pada 7 dan 8 Nov lepas, empat pensyarah dari  Jabatan Ilmu Pendidikan telah berpeluang menyertai Seminar Psikologi Kebangsaan II 2013 anjuran Unit Penyelidikan Psikologi dan Kesihatan Sosial, Sekolah Psikologi dan Kerja Sosial Universiti Malaysia Sabah. Pensyarah yang menghadiri seminar ini ialah Encik Ruslin Ekon, Cik sefiah Abd Kahar, Puan Hanifah Sabin dan Cik Zainab Hj. Nawab Khan. Penyelidik dari Jabatan Ilmu Pendidikan terdiri dari Cik Sefiah Abd Kahar dan Puan Hanifah Sabin yang telah membentang kajian bertajuk pendekatan permainan bahasa dalam memupuk sosialisasi kanak-kanak prasekolah.

  • Masa Untuk Berkhemah......

    Pada 15,16 dan 17 November 2013 lepas seramai 14 ahli Pasukan Pandu Puteri IPG Kampus Keningau bagi kumpulan KDPM-KDC Ambilan 2010 telah melaksanakan aktiviti perkhemahan di tapak perkhemahan Taman Pertanian Lagud Seberang, Tenom. Aktiviti perkhemahan ini dirancang bagi memenuhi keperluan sukatan aktiviti unit beruniform mereka.

  • Lawatan “Bench Mark” 5S Kakitangan Pentadbiran Ke Hospital Keningau

    Pada 1 November 2013 yang lalu, pihak IPG Kampus Keningau telah mengadakan lawatan ke Hospital Keningau bagi menimba ilmu 5S dengan institusi berkenaan. Lawatan ini memfokuskan pengurusan pejabat memandangkan pelaksanaan 5S di IPG akan dimulakan dengan bahagian pentadbiran dan stor sebelum ia disebar luas pelaksanaannya ke seluruh bahagian lain di IPG.

  • Sukaneka Prasekolah

    Pada 5 Oktober 2013 (Sabtu) yang lepas, Prasekolah Bestari IPG Kampus Keningau berjaya melaksanakan salah satu program tahunan iaitu Program Sukaneka. Satu keistimewaan dalam pelaksanaan sukaneka tahun ini ialah peluang penglibatan ibu bapa dalam aktiviti tersebut. Seawal jam 7.30 pagi  ramai  ibu bapa telah datang bersama-sama dengan anak-anak prasekolah. Acara dimulai dengan senamerobik yang dikendalikan oleh para pelatih PISMP Prasekolah Sementer Dua. Semua kanak-kanak, pelatih dan ibu bapa mengambil bahagian dalam aktiviti senamerobik. Acara seterusnya ialah persembahan tarian kanak-kanak prasekolah. Pelbagai aktiviti pertandingan individu dan berkumpulan  telah dilaksanakan. Selain itu, pertandingan yang melibatkan ibu bapa bersama-sama dengan kanak-kanak  prasekolah turut dilaksanakan. Program ini telah diserikan lagi dengan kehadiran Puan Rujinah Miki, Pengarah IPG Kampus Keningau dan program ini telah dirasmikan oleh En. Baharom Mohd. Noor Timbalan Pengarah. Dalam ucapan perasmiannya, Timbalan Pengarah menjelaskan bahawa program seumpama ini bukan sahaja sebagai satu sarana memupuk kemahiran psikomotor halus dan kasar kanak-kanak tetapi dalam waktu yang sama dapat mengeratkan hubungan silaturahim antara  staf  IPG dan ibu bapa. Dalam waktu yang sama, program ini merupakan satu latihan praktikal bagi para pelatih dalam melaksanakan satu program yang besar  di prasekolah.

    Disediakan oleh,
    Penyelaras Prasekolah

  • Lawatan Pengarah Pusat Pembangunan Akademik, IPGM Ke Prasekolah

    Pada 18 Oktober 2013, rombongan seramai 7 orang pegawai di IPGM yang diketuai oleh Dr. Noriati A. Rashid, selaku Pengarah di Pusat Pembangunan Akademik IPGM telah melawat Prasekolah Bestari IPG Kampus Keningau. Ahli-ahli rombongan terdiri daripada Dr. Nagalingam a/l Karuppiah, Dr. Mohd. Rozi bin Ismail, Dr. Devan V. Rajaram, Pn. Siti Nafsiah bt. Ismail, Pn. Razila bt. Aw. Kamaludin dn En. Mohd. Hafiz (Pemilik Blog Afiz- Aku Tak Kisah). Dalam lawatan singkat ini, Dr. Noriati A. Rashid sempat beramah mesra dengan kanak-kanak prasekolah serta para  pelatih Pendidikan Prasekolah Semester Dua. Rombongan pegawai-pegawai dari IPGM dihiburkan dengan tarian  sumazau yang dipersembahkan olah kanak-kanak cilik Prasekolah Bestari.  Dalam majlis ini, Dr. Noriati A. Rashid telah menyampaikan cenderahari kepada semua kanak-kanak Prasekolah Bestari. Sebagai pelengkap kepada lawatan jalinan mesra ini, Dr. Noriati telah menanam pokok Keningau di kawasan halaman  prasekolah.

  • Program Ziarah Amal Aidil Adha 1434H

    27 Oktober 2013- Program Ziarah Amal Aidil Adha 1434H di Kg Kauran Keningau. Seramai hampir 60 pelatih PPISMP dan PISMP terlibat dalam program ziarah amal kepada 4 keluarga miskin terpilih di kampung tersebut. Para pelatih dibahagikan kepapada 5 kumpulaan beradsarkan jumlah keluarga dan satu kumpulan darinya membersihkan masjid Kg Kauran. Ziarah ini adalah rentetan dari ziarah amal ramadhan lepas di kampung yang sama.  Objektif ziarah ini adalah bagi menghayati maksud pengorbanan sempena sambutan Aidil adha, mengeratkan hubungan warga IPG dengan masyarakat luar, melahirkan pelatih muslim yang peka dengan keadaan dan keperluan masyarakat sekitar dan mendekatkan diri kepada Allah SWT melalui perantaraan ziarah sesama muslim. Tahniah kepada Sdra Padli kerana berjaya melaksanakan program ini.

  • Hari Keluarga Jawatankuasa Masjid

    23 Okt 2013- Hari Keluarga Jawatankuasa Masjid.Hari keluarga ini bertujuan mengeratkan ukhuwwah antara pelatih dan pensyarah penasihat setiap syukbah. Antara syukbah(biro) yang telah mendapat anugerah tahun ini ialah biro penerbitan dan penerangan dengan anugerah IPG penerbitan terbaik. Terima kasih kepada pensyarah penasihat syukbah ini.Program ini juga diadakan setiap tahun bagi mengingati jasa semester 8( gambar di atas) yang menjadi JK Masjid sepanjang tahun 2008-2013. Jasamu tetap dikenang.

  • Sambutan Aidil Adha

    15 Oktober 2013 – Sambutan Aidil Adha oleh warga IPG adalah secara sederhana sambil mengambil peluang menikmati jamuan bersama dan mengeratkan silaturrahim antara warga IPG. Solat Aidil Adha dan sembelihan haiwan korban disempurnakan oleh Ustaz Muhd Rusli Ismail. Sebanyak tiga ekor lembu dikorbankan dan proses pengagihannya juga berjalan lancar walaupun terdapat gangguan tenaga elektrik sekitar jam 10 pagi.Kerjasama dari staf IPG dan pelatih amat memuaskan dan majlis berakhir selepas solat asar. Terima kasih atas sumbangan tenaga, wang ringgit dan bahan mentah dari para  pensyarah , staf sokongan serta keluarga mereka dan para pelatih yang prihatin dengan keperluan semasa.

  • Cakna Isu Timur Tengah - Prihatinkah Kita?

    17 Okt 2013 – Forum  Cakna Isu Timur Tengah dengan tema “Prihatinkah Kita”. Panel jemputan ialah Ustaz Abdul Muein Mohd Noor  dan Ustaz Fadly Hasbi (Aqsa Syarif) bersama moderator Saudari Fatin Durratul ain dari PPISMP PAI. Panel pertama mempunyai pengalaman tinggal di negara timur tengah dan  mengupas secara terperinci sejarah  beberapa negara timur tengah sementara panel kedua adalah sukarelawan Malaysia yang baru balik dari Gaza dan beberapa negara timur tengah lain. Panel juga mengupas rasional disebalik pemboikotan barangan Yahudi. Turut serta hadir di forum ini ialah pelajar tingkatan 6  SMK Keningau. Dengan kupasan isu yang dibuat telah memberi kefahaman yang betul mengenai isu terkini  kepada bakal guru IPG kampus Keningau dan sentiasa akan menanamkan kedalam jiwa anak murid cintakan keamanan, kesyukuran dan sentiasa rasional dalam membuat tindakan.

  • Kempen Kesedaran Keselamatan Siber

    Kebergantungan terhadap teknologi maklumat telah menyebabkan golongan wanita khususnya telah menjadi mangsa jenayah siber. Alam siber yang kaya dengan maklumat tidak hanya memberikan kebaikan kepada para pelayarnya, tetapi turut mengandungi kandungan yang tidak baik buat sesetengah golongan dan juga penuh dengan tipu daya dan pelbagai bentuk penipuan yang sedia untuk memerangkap sesiapa sahaja yang alpa dan dan tidak peka kepada perkembangan semasa. Justeru itu, sempena sambutan International Day of the Girls 2014 yang bertemakan `Girls In The Lead', pasukan Pandu Puteri Kadet IPG Kampus Keningau telah melaksanakan kempen kesedaran keselamatan siber dalam kalangan pelatih IPG Kampus Keningau. Kempen ini bertujuan untuk memberi kesedaran bahaya jenayah siber dalam kalangan pelatih khususnya wanita.  Ancaman siber ini dibahagikan kepada beberapa kategori iaitu:

  • Pendaftaran PPG: Ambilan Oktober 2013

    ‘Satu peluang keemasan  yang tidak wajar dilepaskan’ demikianlah luahan salah seorang guru yang mendaftar sebagai pelajar PPG pada 12 Oktober 2013.  Seramai 25 orang guru mendaftar pada hari pertama, diikuti dengan sesi taklimat yang berakhir pada 13 Oktober 2013.   Encik Baharom bin Mohd Noor yang mewakili Pengarah dalam ucapannya semasa sesi bersama pelajar menasihati para pelajar agar tidak menjadikan faktor usia sebagai halangan meraih kejayaan sepanjang pengajian.  Menurut beliau lagi, Kesungguhan dan komitmen mereka wajar dijadikan contoh kepada anak-anak dan juga guru-guru lain di sekolah. Ambilan pada kali ini hanya melibatkan pengkhususan Bahasa Melayu Pendidikan Rendah yang dijangka memulakan interaksi pada bulan Januari 2014.

  • Selamat Datang Cik Edna John

    Seluruh warga IPG dan khususnya pensyarah dan staf Jabatan Ilmu Pendidikan mengucapkan selamat datang kepada  Cik Edna John  yang baru melapor diri pada 1 Oktober   2013. Beliau merupakan pegawai   PPPS DG41 pengkhususan Prasekolah. Cik Edna John adalah merupakan bekas pelajar Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan keluaran IPG Kampus Keningau yang telah menamatkan pengajian pada November 2012. Semoga kehadiran Cik Edna John  ke IPG Kampus Keningau  ini  akan dapat meningkatkan sumbangan  kearah menyediakan pengajaran  pendidikan awal kanak-kanak di Prasekolah Bestari yang lebih  berkualiti.

  • Cendekia Minda: Memperkasa Tekad Dan Iltizam Pelajar PPG

    Bertempat di salah sebuah hotel terkemuka di Keningau, telah diadakan program Cendekia Minda dan Malam Anugerah Cendekia pada 22-23 September 2013 khusus untuk pelajar PPG (Program Pensiwazahan Guru) IPG Kampus Keningau.  Program yang dihadiri seramai 155 orang pelajar  ini bertujuan untuk meningkatkan motivasi menjelang peperiksaan di samping memberi penghargaan kepada ketua-ketua kumpulan dan pelajar  yang  cemerlang.   Selain taklimat peperiksaan,  sesi motivasi turut dikendalikan oleh Cr. Haji Makhtar b. Hj Nor, Ketua Sektor Psikologi dan Kaunseling, JPN Sabah.  Malam Anugerah Cendekia yang diadakan pada sebelah malam telah dihadiri oleh Pengarah, Puan Rujinah binti Miki dan Timbalan Pengarah, Encik Baharom bin Mohd Noor.  Seramai 11 orang ketua kumpulan telah menerima penghargaan, dan 6 orang menerima anugerah pencapaian terbaik akademik mengikut opsyen.  Sementara itu, Puan Sharifah Rabaaton Adawiyah binti Syed Muhaiyiddin dari opsyen BM Ambilan Jun 2011 dan Kuane Bt Gigau@Norzianeh Bt Gigau dari Opsyen BM Ambilan Februari 2012 telah dipilih sebagai pelajar terbaik keseluruhan.

  • Lawatan PISMP Prasekolah Sem 2 Ke Wad Kanak-Kanak Hospital Besar Keningau

    Tarikh  : 27/9/2013
    Masa     : 10.00 Pagi -12.00 Petang
    Tempat : Hospital Besar Keningau

    Lawatan ke Hospital ini adalah merupakan aktiviti sokongan bagi subjek Perkembangan Fizikal, Kesihatan, Keselamatan Kanak-kanak prasekolah. Seramai 30 orang pelatih PISMP prasekolah dan dua orang pensyarah pengiring telah menyertai lawatan ini. Setibanya kami di hospital kami telah disambut mesra oleh pihak hospital dan di bawa masuk ke bilik mesyuarat untuk mendengar taklimat susulan. Kami mendapat taklimat umum mengenai maklumat hospital, sejarah hospital, dan sebagainya. Selepas itu, program diteruskan lagi dengan ceramah “Penyakit kanak-kanak” yang disampaikan oleh Doktor  Susilawati Binti Ahmad. Ceramah ini sangat bermakna dan berguna kepada kami sebagai bakal guru prasekolah kelak. Bukan itu sahaja malahan kami berkesempatan untuk melawat ke wad kanak-kanak dan dapat melihat secara langsung bagaimana pesakit-pesakit itu dirawat. Kemudian kami memberikan sedikit cenderahati kepada pesakit-pesakit di wad kanak-kanak itu.

  • Pameran Literasi Bahasa 2013

    Pada 23 haribulan September 2013 (Isnin) yag lepas, satu pameran telah diadakan di IPG Kampus Keningau. Pameran tersebut diadakan hasil gabungan opsyen TESL, Bahasa Melayu dan Pendidikan Seni visual yang mana ketiga-tiga kelas adalah merupakan pelatih guru PISMP ambilan Januari 2013. Pameran tersebut adalah dibawah subjek Literasi Bahasa dan dikelolakan dibawah unit Pengajian Melayu IPG Kampus Keningau. Tujuan pameran dilaksanakan adalah bagi melengkapkan tugasan projek bagi subjek berkenaan.

  • Persembahan Bahasa PISMP Prasekolah 2013

    Pada 10 September 2013,  seramai 30  pelatih PISMP Prasekolah IPGKK Semester Dua telah berjaya melaksanakan Program Persembahan  Bahasa sebagai salah satu elemen penilaian KKBI bagi subjek PRA3104 Perkembangan Bahasa Kanak-kanak Prasekolah. Program ini telah dilaksanakan di kelas Salarom. Terdapat enam kumpulan telah mempersembahkan pelbagai aktiviti atau permainan   bahasa yang disepadukan seperti lakonan, main peranan, lagu kanak-kanak, bercerita, penggunaan buku besar (big book), boneka dan sebagainya. Tema persembahan  ialah “Permainan Bahasa Memupuk Sosialisai Kanak-kanak Prasekolah”.  Tema dipilih sesuai fungsi permainan  bahasa yang bukan sahaja dapat membantu dalam pemerolehan dan perkembangan bahasa kanak-kanak tetapi juga dapat menjadi satu alat untuk membolehkan kanak-kanak berkomunikasi dan menyatakan emosi  mereka.

  • Labuan International Conference On Educational Research 2013 (LICER)

    Pada 4 hingga 7 September 2013, lima orang pensyarah IPGK Keningau telah berjaya membentangkan empat penyelidikan di Labuan International Conference On Educational Research 2013 (LICER) di Dewan Konvensyen Ujana Kewangan Labuan. LICER merupakan satu platform konferen yang disediakan oleh Jabatan Pendidikan Negeri Wilayah Persekutuan Labuan untuk para penyelidik membentang kertas penyelidikan masing-masing. LICER 2013 telah dirasmikan oleh Yg. Berhormat Datuk Mary Yap Kain Ching, Timbalan Menteri Pendidikan 1, KPM. Penyelidikan yang berjaya dibentangkan adalah seperti berikut;

  • Selamat Hari Raya...

    Pada 23 Ogos 2013, seramai 25 kanak-kanak Prasekolah Bestari  IPG  Kampus Keningau telah meraikan majlis sambutan Hari Raya Aidil Fitri. Pelbagai aktiviti menarik telah disediakan khusus untuk mereka di antaranya ialah persembahan lagu Hari raya, pertandingan  pakaian tercantik dan jamuan makan suasana Hari Raya. Majlis kali ini diserikan lagi dengan kehadiran Encik Baharom Mohd. Noor  Timbalan Pengarah IPG Kampus Keningau, pensyarah Jabatan Ilmu Pendidikan dan staf prasekolah. Jabatan Ilmu Pendidikan mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat dalam menjayakan majlis ini.

  • Seminar Ibu Bapa: PPG BM (Kumpulan 3)

    Bertempat di bilik kuliah Buayan telah diadakan Seminar Ibu bapa kendalian kelas BM (kumpulan 3) Ambilan Jun 2011.   Selain memenuhi tuntutan kursus ELM3101 (Pendidikan moral), seminar yang diadakan pada 24 Ogos 2013 ini juga  memberi pendedahan tentang cabaran sekolah dalam memenuhi aspirasi ibu bapa. Encik Jebin Tamin, Penyelia PPD Gabungan Keningau dalam ceramahnya turut berkongsi pengalaman sebagai pentadbir, guru dan juga  ahli PIBG dalam usaha mencemerlangkan pelajar dan sekolah khususnya di daerah Keningau.  Seminar yang turut dihadiri oleh Encik Aziz Hj Hadani sebagai pensyarah kursus berakhir pada jam 12.45 tengah hari,  dan bersesuaian dengan sambutan Hari Raya, diadakan jamuan hari raya yang dimeriahkan dengan kehadiran Dr Musirin Mosin dan Penyelaras PPG.

  • Terima Kasih dan Selamat Melanjutkan Pelajaran

    Terima kasih dan selamat melanjutkan pelajaran di peringkat Phd (USM) kepada Pn. Hjh. Faridah Mariani Johari, Pensyarah Cemerlang DG48 daripada Staf Jabatan Kajian Sosial.

    Gambar: Pn Phyllis @ Nur Ain Shahira mewakili Jabatan Kajian Sosial menyampaikan cenderamata kepada Pn. Hjh. Faridah Mariani Johari.

  • Forum Perdana Ehwal Ramadhan

    Pada 31 Julai 2013 bersamaan hari Rabu, seramai 20 orang guru pelatih IPG Kampus Keningau telah menghadiri sebuah forum yang bertajuk “Indahnya Tarbiah Ramadhan” yang bertempat di Institut Pengajian Islam dan Dakwah Keningau Sabah (IPDAS).  Guru pelatih tersebut terdiri daripada 15 orang guru pelatih PPISMP Pendidikan Islam semester 3 dan 5 orang guru pelatih dari PPISMP Tesl semester 1 serta diiringan seorang pensyarah pengiring.

  • Majlis Berbuka Puasa Staf Wanita

    Pada 30 Julai 2013, sekali lagi staf wanita IPG Kampus Keningau berkumpul bersama dalam satu majlis istimewa berbuka puasa di Hotel Perkasa Keningau.  Setiap tahun staf wanita IPG Kampus Keningau yang  terdiri dari pensyarah dan staf sokongan  akan menganjur aktiviti sperti ini bertujuan untuk berkumpul bersama bagi mengratkan silaturahim sesama mereka.

  • 5 Syarat Menjadi Penulis

    Menurut A. Samad Said, tokoh sasterawan negara, “Jika ingin menjadi seorang penulis pertama sekali kena membaca, kedua kena membaca, ketiga, membaca, keempat membaca dan kelima baru menulis.”  Pendapat ini selaras dengan surah pertama yang diturunkan kepada Junjungan Besar Nabi Muhammad S.A.W.

    Bacalah (wahai Muhammad) dengan nama Tuhanmu yang menciptakan (sekalian makhluk), Ia menciptakan manusia dari seketul darah beku. Bacalah, dan Tuhanmu yang maha Pemurah, yang mengajar manusia melalui pena dan tulisan, Ia mengajar manusia apa yang tidak diketahuinya.
    (Surah Al-‘Alaq, 1-5)

  • Selamat Datang

    IPG Kampus Keningau mengalu-alukan kehadiran Cik Nurul Hafizah bt Hadani yang berasal dari Semporna, Sabah untuk melaksanakan Praktikum Latihan Industri selama 8 minggu iaitu bermula pada 24 Jun sehingga 16 Ogos 2013 di institut ini. Beliau adalah pelajar sepenuh masa tahun akhir Bacelor Sains (Kepujian) Matematik di Universiti Putra Malaysia (UPM), Serdang, Selangor dan dijangka menamatkan pengajian pada Jun, 2014. Cik Nurul Hafizah yang baru berusia 22 tahun ditempatkan di Jabatan Penyelidikan dan Inovasi Profesionalisme Keguruan (JPIPK) dan juga di Jabatan Sains dan Matematik (JSM).

  • Selamat Datang Ke Jabatan Ilmu Pendidikan

    Seluruh warga IPG dan khususnya pensyarah dan staf Jabatan Ilmu Pendidikan mengucapkan selamat datang kepada warga baharu Cik Sefiah Binti Abd. Kahar yang baru melapor diri pada 29 Julai 2013. Beliau merupakan pensyarah akademik PPPS DG44  yang telah bertukar dari IPG Kampus Tawau. Semoga kehadiran Cik Sefiah ke IPG ini  akan dapat meningkatkan sumbagan kearah memartabatkan kompentensi pelatih guru dalam dunia pendidikan. Selamat bertugas.

  • Ziarah Amal Ramadhan - Kpg. Kauran, Keningau

    20 Julai 2013 - Program Ziarah Amal Ramadhan  Kg Kauran Keningau. Hampir 60 orang pelatih menyertai program ini yang bertujuan menyampaikan derma/infak bulan ramadhan kepada 8 keluarga miskin   bernilai RM1500 yang digunakan bagi menyediakan bahan mentah dapur bagi keluarga tersebut. Sumbangan yang diterima juga berupa makanan, pakaian dan kasut terpakai . Pelatih dibahagikan kepada 8 kumpulan mengikut keluarga dan bergotong royong membersihkan dalam dan luar rumah keluarga berkaitan. Amat mengharukan apabila seorang ibu menitiskan airmata menerima sumbangan RM100 dan bahan-bahan mentah kegunaan dapur. Kedaifan keluarga-keluarga tersebut amat ketara dan sumbangan diberikan amat bermakna bagi mereka. Mengharukan juga apabila seorang kanak-kanak tiada ibu menghadiahkan seorang pelatih akuarium mini yang mengandungi haiwan-haiwan  kecil dari sungai. Cadangan infak pada tahun hadapan selain barangan dapur ialah bahan permainan kanak-kanak, buku-buku, lampin pakai buang, pakaian lelaki dewasa kerana nampaknya barangan tersebut juga diperlukan. Tahniah kepada JKM atas usaha menjayakan program ini.

  • Majlis Tilawah Al Quran Peringkat IPGM

    5-7 Jun 2013- Majlis Tilawah Al Quran peringkat IPGM telah berlangsung di IPG Kampus Islam. Peserta terdiri daripada PPISMP PAI Sem3 iaitu Azhan,Fatin,Sazali dan Azreenah yang mewakili kategori Tilawah,Hafazan dan Syarahan. Sdri Azreenah berjaya mendapat tempat ke tiga bagi kategori Hafazan perempuan. Peserta diiringi oleh Che Burhan Abd Aziz.

  • Hari Potensi Prasekolah Bestari IPG Kampus Keningau

    Pada 9 Julai 2013 telah berlangsungnya sambutan Hari Potensi di Dewan Tan Sri Suffian Koroh  IPG Kampus Keningau. Program  ini adalah merupakan aktiviti tahunan Pusat Pendidikan Awal Kanak-Kanak  Prasekolah Bestari  dianjur oleh  Unit Prasekolah Jabatan Ilmu Pendidikan . Pada tahun ini sebanyak lima buah prasekolah telah mengambil bahagian iaitu Prasekolah S.K. Kampung Biah, S.K Menawo, SJK (C) Ching Ming, Tabika Perpaduan KRT Kg. Masjid dan Prasekolah Bestari IPG Kampus Keningau. Di antara acara yang telah dipertandingkan ialah deklamasi sajak, nyanyian solo, bercerita, mewarna dan juga  acara berkumpulan muzik dan gerakan.

  • Festival Malam Kesenian Islam

    8 Jun 2013 –Festival Kesenian Islam selama 2 minggu anjuran Syukbah Kesenian  dan Kebudayaan Masjid Jawatankuasa Masjid dengan kerjasama JAPIM dan JHEP telah mengadakan beberapa aktiviti sempena  festival ini seperti  pertandingan deklamasi puisi,pertandingan fotografi, pertandingan multi media/filem pendek,pertandingan berserita kanak-kanak, eksplorasi kembara iman, riadhah ijtimaie, pameran , ceramah dan malam kesenian Islam. Objektif festival ini ialah menyediakan warga muslim menghadapi Ramadhan, mengeratkan ukhuwwah antara warga muslim IPG dan memberi kefahaman tentang hiburan dalam Islam. Festival berakhir pada  malam kesenian Islam dengan persembahan dari pemenang-pemenang pertandingan, sketsa andainya “ramadahan ini terakhir”, puisi memperingati arwah Sdra Rudy setahun pemergiannya dan kemuncaknya ialah persembahan sebuah teater mengenai pencarian iman oleh 2 orang pemuda arahan sdra Khairullah yang menarik minat para jemputan dari Kolej Vokasional. Tahniah syukbah ini.

  • Educational Tour to Ba’ Kelalan by 49 TESL Trainee Teachers 20-23 June 2013

    Early in the morning on 20 June 2013, a group of 49 TESL teacher trainees of the Keningau Campus Teacher Education Institute embarked on the Tung Ma Coaches heading for Lawas. Then from there, after getting their entry registered by the Sarawak Immigration, they proceeded to Ba’ Kelalan on 4wheeled-drive vehicles.

    The group was accompanied by eight lecturers of the same Institute namely Mr. Henry Mansing, Madam Vasanthi a/p Subramaniam,  Mr. Vijayen a/l Gopal,  Mr. John Roy Chacko, Mr. Maspi Peran, Madam Nora Anggas, Madam Rosie Gitang and Mr. Joseph Yabai.

  • Kursus On Line Learning: Program Pensiswazahan Guru

    Bertempat di salah sebuah hotel di Kota Kinabalu telah diadakan kursus OLL (On Line Learning) melibatkan 27 orang pensyarah yang mengajar PPG (Program Pensiswazahan Guru).  Kursus yang bermula pada 5 Julai 2013 itu dikendalikan oleh Encik Nadarajan A/L Manickam, Penyelaras OLL, IPG Kampus Keningau.  Selain menyediakan nota dan rujukan dalam bentuk softcopy, para pensyarah juga telah didedahkan dengan kemahiran membina soalan-soalan kuiz menggunakan aplikasi Quiz Maker yang akan dimuat naik ke Portal OLL.  Kursus yang berakhir pada 7 Julai 2013 itu juga diharap dapat memantapkan penguasaan para pensyarah mengendalikan pembelajaran OLL bersama pelajar.

  • Gotong Royong di Masjid Jamek IPG Kampus Keningau

    Pada 30 Jun 2013, Ahli Jawatankuasa Masjid dan Hal Ehwal Islam IPG Kampus Keningau telah mengadakan gotong-royong pembersihan masjid. Gotong-royong ini didakan sebagai persediaan untuk menyambut bulan Ramadan yang bakal tiba. Aktiviti ini dihadiri oleh beberapa orang pensyarah antaranya Ustaz Mohd. Rusli, Ustazah Hamidah dan Cik Fazliaton. Gotong-royong ini bermula pada pukul 7.30 pagi dan berakhir pada 12.00 tengahari. Adalah diharapkan aktiviti sebegini dapat memupuk semangat tolong menolong dan berkerjasama dalam kalangan peserta disamping membudayakan amalan mengimarahkan masjid. Semoga amalan pada bulan Ramadhan yang bakal tiba ini akan menjadi lebih baik daripada yang sebelumnya.

  • Seminar Perubatan Islam

    Pada 29 Jun 2013, satu seminar perubatan Islam telah diadakan bertempat di Masjid Jamek IPG Kampus Keningau. Seminar ini telah disertai oleh beberapa orang pensyarah, para pelatih yang beragama Islam dan masyarakat setempat. Satu kertas kerja yang bertajuk “Perubatan Islam: Ikhtiar Penyembuhan Penyakit Bersumberkan al-Quran & al-Sunnah” telah dibentangkan oleh Ustaz Nik Anwar bin Zakaria al-Basutie, AJK Darus Syifa’ Kota Kinabalu. Antara isi – isi yang disampaikan ialah berkenaan kaedah rawatan yang dibolehkan dan yang diharamkan dalam Islam serta bacaan – bacaan yang boleh dijadikan pendinding dan pelindung bagi diri kita. Diselitkan juga cerita dan pengalaman pembentang dalam mengendalikan sesi rawatan di Darus Syifa’. Seminar ini memberikan input yang amat bermakna kepada peserta terutamanya guru pelatih.

  • Muslimah's Day Out

    22 Jun 2013- Muslimah’s Day Out- Program kelolaan HELWI Jawatankuasa Masjid ini dikendalikan oleh Syukbah Sukan dan Rekreasi dan dihadiri oleh pekatih muslimah IPG Kampus Keningau. Program ini diadakan di sebuah restoran di Kota Ayangan Keningau. Antara aktiviti yang dikendalikan di kawasan rekreasi tersebut ialah pertandingan memancing dan aktiviti lain yang bertujuan mengeratkan ukhuwwah antara pelatih muslimah. Tahniah Syukbah Sukan dan Rekreasi HELWI JKM.

  • Rehlah Ukhuwah di Taman Rekreasi Pamilan

    Pada 22 jun 2013, guru pelatih PPISMP Pendidikan Islam semester 3 telah mengadakan Rehlah Ukhuwah di Taman Rekreasi Pamilan.  Seramai 15 orang guru pelatih dan 2 orang pensyarah mentor iaitu ustazah Hamidah Jusoh dan ustaz Mohd Rusli telah turut serta dalam rombongan ini.Antara objektif lawatan ini adalah untuk mengeratkan silaturrahim, beriadah serta menambahkan ilmu pengetahuan dan pengalaman. 

  • Kursus MS-Publisher

    Jabatan Teknologi Pendidikan dengan kerjasama Unit Kepimpinan dan Pembangunan Profesionalisme telah melaksanakan kursus aplikasi MS-Publisher pada 2 dan 3 Mei 2013. Kursus yang disertai oleh seramai 25 orang pensyarah dan staf sokongan IPG bertujuan untuk memberi pendedahan berkaitan dengan kemahiran merekabentuk buku program/buku aturcara menggunakan perisian aplikasi MS-Publisher 2007.Melalui kursus ini, peserta dapat menggunakan kemahiran tersebut untuk menghasilkan buku program apabila jika ada keperluan semasa di IPG Kampus Keningau disamping meningkatkan kemahiran penyediaan bahan PdP.

  • Menguasai Pedagogi Melalui Teknik Lakonan

    Seiring dengan usaha melahirkan guru yang kompeten dan berjiwa pendidik,  pelbagai aktiviti dijalankan bagi meningkatkan penguasaan  kemahiran pedagogi dalam kalangan pelatih.  Bertempat di Dewan TSSK, Kumpulan pelajar PISMP Bahasa Melayu Semester 1 menjayakan persembahan teknik-teknik lakonan yang merupakan sebahagian daripada amali kursus BMM3117 (Kaedah Pengajaran Bahasa Melayu Sekolah Rendah).

  • Dialog Bersama TKPPM

    Bertempat di Dewan Kuliah, IPG Kampus Keningau telah berlangsung sesi dialog di antara pelajar Program Pensiswazahan Guru (PPG) dengan Datuk Dr. Khair bin Mohd Yusof, Timbalan Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia, Sektor Pembangunan Profesionalisme Keguruan.

  • Ronald James Mengharumkan Nama IPG Kampus Keningau

    Penantian berakhir dengan kejayaan.  Setelah dua cubaan sebelumnya menemui kegagalan,  akhirnya saudara Ronald James dinobatkan  sebagai  Naib Johan Pertandingan Pidato Integriti antara IPG Peringkat Kebangsaan  2013.

    Pertandingan yang diadakan di Institut Integriti Malaysia pada 22 dan 23 April 2013 itu turut disertai 50 peserta yang mewakili semua IPG kampus di seluruh negara.  Selain Ronald, IPG Kampus Keningau turut diwakili oleh Saudari Fatin Daratul Ain binti Asri dari program PPISMP  Pendidikan Agama Islam yang turut memberi saingan yang hebat.

  • Lawatan Timbalan Rektor IPGM, Dr. Lee Boon Hua ke IPG Kampus Keningau

    Sekitar kunjungan Timbalan Rektor Institut Pendidikan Guru Malaysia, Yg. Bhg. Dr. Lee Boon Hua ke Institut Pendidikan Guru Kampus Keningau pada 17 April 2013.

    {AG}lawatan_timb_rektor{/AG}

  • MPKLM/IPGM Praktikkan Pendekatan ‘Beyond Proforma’

    MPKLM/IPG Unit Zon Sabah telah mengadakan mesyuarat Bil. 1/2013 pada 17 April 2013 (Rabu) di Bilik Mikro 1 (IPGK Keningau). Mesyuarat dihadiri oleh semua ahli majlis. Hadir sama dalam mesyuarat ini ialah Encik Mohd. Radzi Bin Hj.Johari, Ketua Pesuruhjaya Negeri MPKLM/IPGM dan Tuan Hj.Hamdan Bin Ab.Manaf, Penolong Pesuruhjaya Negeri MPKLM/IPGM (Unit Pentadbiran). Encik Ismail Bin Thani, Penolong Pesuruhjaya Negeri MPKLM/IPGM Unit Zon Sabah mempengerusikan mesyuarat bagi pihak Pengarah IPGK Keningau.

  • Program Wisata Ilmiah

    “Program Wisata Ilmiah" ke Bandung, Indonesia merupakan lawatan ilmiah yang membolehkan pelajar mempelajari kebudayaan,sejarah dan peradaban manusia. Program ini merupakan aktiviti gantian bagi Program Wisata Ilmiah ke Beijing yang tidak dapat dilaksanakan pada 9 Nov. 2012 yang lalu.

  • Seminar Penyelidikan Antarabangsa Mengenai Melayu di Universiti Brunei Darussalam

    BANDAR SERI BEGAWAN - Lebih seratus makalah mengenai Melayu telah dibentangkan dalam Seminar Penyelidikan Antarabangsa Mengenai Melayu anjuran Akademi Pengajian Brunei (APB), Fakulti Sastera dan Sains Sosial (FASS), Pusat Pengajian Isla Sltan Omar 'Ali Saifuddien (SOASCIS) Universiti Brunei Darussalam bersama Jabatan Pengajian Asia Tenggara, Goethe, Universiti Frankfurt, German dari 29 - 31 Mac 2013 di Dewan Canselor, Universiti Brunei Darussalam.

  • Ambuyat oo Ambuyat

    Kemayan, 24 Mac - Buat pertama kalinya warga KRT Dato' Seri Hamzah, DUN Kemayan menikmati makanan tradisional Sabah yang terkenal, ambuyat hasil buatan tangan guru-guru pelatih PISMP Bahasa Melayu Sekolah Rendah Semester 7, IPG Kampus Keningau, Sabah yang berkampung di situ sejak semalam.

    Yang Berhormat ADUN Kemayan, Encik Mohd Fadil Osman kelihatan kagum dengan cara persembahan dan penerangan yang dibuat oleh Nurul Fathiyah kepada beliau.
    Ambuyat merupakan makanan etnik Bisaya dan Melayu Brunei di Sabah. Ia diperbuat daripada sagu rembia yang dicampurkan dengan air mendidih dan dibancuh sehingga likat dan berwarna jernih (seperti gam). Ambuyat dimakan menggunakan kayu candas (kayu penyepit yang dibawa khas bersama sagu rembia oleh oleh Nurul Fathiyah dari Keningau) bersama kuah ikan rebus.

  • Integrasi Budaya Martabat Bahasa 1Malaysia

    Dalam usaha melahirkan para guru pelatih yang kompetens dan berjiwa pendidik melalui program pembangunan guru yang dinamik, Unit Bahasa dan Sastera, Jabatan Pengajian Melayu IPG Kampus Keningau Sabah telah menganjurkan program Integrasi Budaya Martabat Bahasa 1Malaysia dengan kerjasama Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional (Jabatan Perdana Menteri) dan Institut Kajian Sejarah dan Patriotisme Malaysia (IKSEP) pada 22 - 26 Mac 2013.

  • Pameran Sudut Pembelajaran Prasekolah

    Pada 11 April semua pelatih kumpulan PISMP opsyen Prasekolah telah mengambil bahagian dalam penyediaan sudut pembelajaran Prasekolah di IPG Kampus Keningau. Pameran ini disediakan bagi memenuhi keperluan projek kerja kursus major PRA3102  bagi semester satu Ambilan 2013. Pelbagai jenis bahan bantu telah direkacipta oleh pelatih bagi membantu pembelajaran kendiri kanak-kanak di peringkat prasekolah. Cik Fazliaton Ahmad dan Puan Hanifah Sabin telah menghabiskan masa selama tiga jam bagi membuat penilaian hasil kerja pelatih tersebut.

  • Tahniah!

    Oleh Hjh Zainab Nawab Khan, KJ Jabatan Ilmu Pendidikan

    Pada 6 April , telah berlangsungnya  pertandingan  YABhg Datin Paduka Seri Rosmah Mansor’s Challenge Trophy Public Speaking Competition 2013 yang dianjurkan oleh Persatuan Pandu Puteri Malaysia. Pertandingan ini telah diadakan didua lokasi iaitu Wisma Persatuan Pandu Puteri Malaysia dan juga Institut Pendidikan Guru Kampus Bahasa Melayu.   Pertandingan ini mengkehendaki semua peserta bertanding dalam  dua bahagian iaitu prepared speech ( 9.00 pagi hingga 12.30 th) dan juga impromptu speech ( 2.00 hingga 3.00 petang) . Seramai 52 peserta yang terdiri dari ahli Pandu Puteri dari seluruh Malaysia  telah mengambil bahagian dalam pertandingan kali ini. 

  • Kempen Menutup Aurat & Solat Berjemaah

    23 Mac 2013. Kempen tutup aurat dan solat berjemaah telah dianjurkan oleh JK Masjid selama 2 minggu bermula dari 12 Mac hingga 21 Mac. Antara aktiviti dijalankan ialah ceramah khas “Solat Berjemaah”, penjuaan coklat tagged “Kempen Tutup Aurat”, Zon Tutup aurat di blok asrama, pertandingan futsal dan bola jaring, pemberian stongan percuma kepada muslimat, pertandingan hujab style,pertandingan artikel, poster dan multimedia.  Acara penutup disempurnakan oleh Ustaz Sobri sebagai menghargai jasa beliau selama ini DI JAPIM dan JKM sebelum bertugas di tempat baru. Segala sokongan dan bantuan ustaz amat kami hargai. Terima kasih.

  • Kursus MS EXCEL (Advance)

    Jabatan Teknologi Pendidikan dengan kerjasama Unit Kepimpinan dan Pembangunan Profesionalisme telah melaksanakan kursus MS Excel (Advance) pada 7 – 8 Mac 2013. Kursus yang berlangsung selama dua hari telah dihadiri oleh seramai 25 orang pensyarah  dan staf sokongan. Kursus ini dilaskanakan untuk membantu dalam pengurusan seperti pengurusan template penilaian pdp, kewangan, peperiksaan dan sebagainya. Melalui kursus ini, ia akan dapat menjimatkan masa dalam mengurus maklumat disamping memudahkan pengurusan data yang banyak. Misalnya penggunaan Pivot Table yang merupakan salah satu input yang disampaikan dalam kursus tersebut amat membantu dalam pengurusan data. Semua peserta berpuas hati dengan ilmu yang diperolehi selepas kursus selesai.

  • Bicara Ilmu : Integriti

    Pada 8 Mac 2013, Jabatan Ilmu Pendidikan dengan kerjasama Unit Kepimpinan dan Pembangunan Profesionalisme telah mengadakan pengisian Bicara Ilmu @ Profesional Talk  bertajuk Integriti. Tajuk ini telah disampaikan oleh Encik Bujang Hj Sabli dan telah dihadiri seramai 20  pensyarah IPG Kampus Keningau.Tajuk ini dipilih sebagai satu santapan minda bagi meningkatkan lagi profesionalisme pensyarah dalam menjalankan tugas seharian sebagai sebahagian daripada kakitangan awam Kementerian Pelajaran Malaysia.

  • Bengkel Pedagogi

    Pada 5 dan 6 Februari 2013, Jabatan Ilmu Pendidikan telah menganjur Bengkel Pedagogi yang telah dihadiri oleh pensyarah akademik IPG Kampus Keningau. bengkel ini telah diadakan di bilik latihan Unit Kepimpinan dan Pembangunan Profesionalisme IPG KK. bengkel ini dirancang adalah sebagai satu langkah IPG untuk meningkatkan kompentensi pensyarah dalam kemahiran pentaksiran & penilaian, dan kearah meningkatkan kualiti soalan diperingkat IPGM. Dalam konteks pendidikan, pentaksiran Adalah proses untuk mendapatkan gambaran tentang prestasi pelajar dalam pembelajaran.

  • Pelancaran Buletin Mardhotillah

    31 Januari 2013 (Khamis)– Majlis Pelancaran Buletin Mardhotillah telah dilaksanakan dengan penuh jayanya oleh para pelajar PPISMP Pendidikan Islam ambilan Jun 2012. Buletin Mardhotillah telah dihasilkan atas kerjasama daripada beberapa pihak dan mendapat suntikan semangat serta bimbingan daripada Ustaz Haji Mohd Rusli Bin Haji Ismail yang bertugas di Jabatan Pendidikan Islam Dan Moral (JAPIM) merangkap mentor bagi Opsyen PPISMP PAI sesi 2013.
    Objektif pelancaran Buletin Mardhotilah ini adalah bagi memudahkan para guru pelatih yang menuntut di IPG Kampus Keningau mengetahui pelbagai maklumat serta dapat menambahkan input-input yang berguna dalam pelbagai bidang ilmu khususnya yang melibatkan aspek kerohanian. Selain itu, buletin ini bertujuan untuk membina peribadi insan yang cemerlang di dunia dan akhirat.
    Majlis penyerahan buletin Mardotilah telah dilakukan oleh ahli jawatankuasa publisiti serta turut di bantu oleh AJK-AJK yang lain. Penyerahan buletin ini telah diberikan di setiap kelas, jabatan, pensyarah cemerlang dan warga IPG Kampus Keningau yang lain. Penyerahan pertama buletin ini telah diberikan kepada Pengarah, Puan Rujinah Binti Miki. Keluaran sulung Buletin Mardhotillah yang pertama telah  bertemakan sesi ta’aruf sebagai pengenalan kepada edisi pertama ia diterbitkan.

  • Forum Khas Maulidur Rasul 1431H: "The Greatest Murobbi”

    29.1.2013- Forum Khas Maulidur Rasul 1431H. Tajuk : The Greatest  Murobbi” Tempat : Masjid Jamek IPG. Panel 1: Ust Mohd Hazik Abd Rahman (Sek Ren), Panel 2 : Ust Harun Rambee (JHEAINS), Moderator : Mohd Yasser Amirkasan. Nabi Muhammad SAW merupakan pendidik yang cukup unggul dalam membangun peribadi insan. Antara sifat-sifat Rasulullah sebagai pendidik yang boleh dijadikan contoh ialah murabbi, mualim dan muaddib. Nabi menjadikan al-Quran sebagai sumber tarbiyah serta bersifat sabar dan menggunakan pelbagai kaedah dalam mendidik. Di tengah-tengah arus masyarakat yang semakin subur dengan sifat-sifat mazmumah (keburukan), maka wajarlah umat Islam kembali mencontohi akhlak Rasulullah SAW seperti maksud firman Allah SWT:

    "Sesungguhnya, adalah bagimu pada diri Rasulullah itu contoh ikutan yang baik, iaitu bagi orang yang sentiasa mengharapkan keredaan Allah dan balasan baik hari akhirat, serta pula menyebut dan banyak mengingati Allah" (Al Ahzab:21)

  • Perarakan Maulidur Rasul Peringkat Daerah Keningau

    24 Januari 2013- Kontigen IPG Kampus Keningau menyertai Perarakan Maulidur Rasul dari Padang Bandaran keDewan Masyarakat  Kompleks Sukan Keningau. Hampir 100 pelatih menyertai perarakan termasuk pensyarah. Sambutan dirasmikan oleh YB Datuk Sairin Karno dengan acara lain seperti Qasidah versi Melayu, Ceramah dan sumbangan bantuan kepada 20 keluarga miskin.

  • Malam Apresiasi Teater ‘DEMI SEMUANYA’

    23 Januari 2013- Malam Apresiasi Teater ‘DEMI SEMUANYA’ diadakan sempena proram khas sempena Sambutan Maulidur Rasul 1434H peringkat IPG Kampus Keningau pada 8.30 malam di Dewan Tan Sri Sufian Koroh. Antara acara lain selain teater ialah Kompang Formasi dan tayangan multimedia.Teater tersebut adalah di bawah arahan Sdra Khairullah. Teater adalah mengisahkan watak pejuang muslim menentang antaQuraisy yang cuba memusnahkan keturunan orang Islam. Semangat perjuangan Rasulullah diterapkan melalui teater ini. Tahniah.

  • Kursus Grafik

    Jabatan Teknologi Pendidikan dengan kerjasama Unit Kepimpinan dan Pembangunan Profesionalisme telah menganjurkan Kursus Grafik kepada staf IPG Kampus Keningau. Kursus yang disertai oleh seramai 20 peserta bertujuan untuk memberi pendedahan kepada staf cara-cara menyunting grafik menggunakan Perisian Photoshop.

  • PPG: Taklimat On Line Learning (OLL)

    Selain interaksi bersemuka dan penggunaan modul,  pembelajaran Program Pensiswazahan Guru  juga berasaskan OLL  yang mengehendaki pelajar berinteraksi secara maya untuk melengkapkan pengetahuan isi kandungan kursus yang diikuti.  Bagi kursus yang menawarkan 3 jam dan  2 jam  kredit,   sejumlah 7 jam interaksi OLL  perlu diikuti oleh pelajar, sementara itu, 5 jam interaksi  bagi kursus 1 jam kredit.   Seramai 29 pensyarah PPG menghadiri taklimat OLL pada 16 Januari 2013, bertempat di Bilik Komputer 1 yang disampaikan oleh Encik Nadarajan A/L Manickam, Penolong Penyelaras OLL.  Para pelajar dan pensyarah boleh melayari Portal OLL, IPG Kampus Keningau  di http://ipgm.info.tm/keningau/oll.  

  • Pelajar PPG Terus Menggilap Tekad

    Meskipun berhadapan dengan pelbagai cabaran sepanjang tiga semester pengajian, para pelajar PPG (Program Pensiswazahan Guru), IPG Kampus Keningau terus bertekad  memperbaiki pencapaian akademik pada semester ini.  Interaksi pertama yang diadakan pada 12 Januari 2013 melibatkan pelajar Ambilan Jun 2011 seramai 93 orang, sementara itu interaksi bagi Ambilan Februari 2012 dijadualkan bermula pada 19 Januari 2013.  Serentak dengan itu, bertempat di Dewan Kuliah, taklimat Bina Insan Guru (Fasa 2) telah disampaikan oleh Encik Jamaluddin Abidin Penyelaras BIG, turut hadir penyelaras PPG dan Encik Shamrin Surip yang akan mengambil alih tanggungjawab  sebagai Penyelaras BIG.  IPG Kampus Keningau turut mengucapkan tahniah kepada semua pelajar yang berjaya  meneruskan pengajian.  

  • Terima Kasih dan Selamat Bertugas di IPG Kampus Tawau

    Hari ini merupakan hari terakhir Encik Chanthirasekar A/L Karpan bertugas secara rasmi  di IPG Kampus Keningau. Ini adalah  kerana beliau akan berpindah ke IPG Kampus Tawau atas sebab kenaikan pangkat ke DG52. Encik Chanthirasekar adalah merupakan pensyarah akademik  di Jabatan Ilmu Pendidikan dan pengkhususanya adalah bidang pedagogi.  Sempena dengan perpindahan ini, pensyarah akademik Jabatan Ilmu Pendidikan telah meraikan beliau dalam satu jamuan yang sederhana bertempat di Bilik ERT pada 10 Januari 2013. Majlis ini telah dihadiri oleh Encik Baharom Mohd  Noor Timbalan Pengarah IPG Kampus Keningau,Setiausaha Akademik, Ketua-Ketua Jabatan dan pensyarah akademik  Jabatan Ilmu Pendidikan.

  • Sambutan Hari Raya Qurban Peringkat IPG Kampus Keningau

    26 Oktober 2012- Sambutan Hari Raya Qurban peringkat IPG Kampus Keningau. Terima Kasih kepada warga IPG yang menyumbangkan tenaga, wang ringgit  dan masa dalam menjayakan sambutan ini. Daripada Jawatan Kuasa Hal Ehwal Islam dan Masjid IPG Kampus Keningau.

  • Tahniah – Konvokesyen Prasekolah Bestari IPG Kampus Keningau

    Pada 24 hb Oktober 2012,  merupakan hari yang amat mengembirakan bagi 22 kanak-kanak Prasekolah Bestari IPG Kampus Keningau kerana meraikan Hari Konvokesyen mereka bagi tahun 2012.  Majlis Konvokesyen kali ini telah dirasmikan oleh yang berusaha Puan Rujinah Miki Pengarah IPG Kampus Keningau. Di antara tetamu yang hadir pada hari tersebut ialah pensyarah- pensyarah Jabatan Ilmu Pendidikan, ibu bapa dan pelatih sepenuh masa kampus. Majlis kali ini telah dirancang dan diatur oleh pelatih dari kumpulan Persediaan Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan Opsyen Prasekolah  di bawah seliaan Puan Hanifah Sabin. Pihak institut mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat menjayakan program ini terutama kepada Puan Aliscia Markus dan Cik Lesda Linus yang telah mencurahkan tenaga dan usaha dalam mendidikan kanak-kanak prasekolah sepanjang tahun ini.

  • Selamat Bertugas di tempat Baharu Kepada Encik Jaidi Durahman

    Warga IPG khususnya staf di Unit Perpustakaan mengucapkan “Selamat Bertugas di Tempat Baharu” kepada Encik Jaidi Durahman yang akan berpindah ke IPG Kampus Kent berkuatkuasa pada 01 November 2012. Encik Jaidi mula bertugas sebagai pembantu perpustakaan gred S22 di IPG Kampus Keningau pada 03 Mei 2010 sehingga 31 Oktober 2012. Beliau merupakan seorang pegawai yang komited dengan tugas yang diberikan. Satu majlis serah tugas telah diadakan di bilik kerja perpustakaan IPG yang turut dihadiri oleh semua staf perpustakaan. Seluruh warga IPG mengucapkan selamat bertugas di tempat baharu dan semoga beliau gembira ditempatkan di sana.

  • Majlis Pelancaran Kem Membaca 1 Malaysia 2012 Peringkat Negeri Sabah

    Kem Membaca 1 Malaysia (KM1M) merupakan salah satu program Kementerian Pelajaran Malaysia di bawah Program Gerakan Tabiat Membaca. Pada hari Rabu, 24 Oktober 2012 bertempat di Dewan Lee Seen, SM Ken Hwa, Keningau telah diadakan Majlis Pelancaran KM1M. Majlis ini telah disempurnakan oleh Yang Berbahgia Datuk Dr. Hj. Muhiddin bin Yusin, Pengarah Pelajaran Negeri Sabah.

  • Kursus Kepimpinan Kemahiran Tahap 11 PPIM Daerah Tawau

    12-15 Oktober 2012 Kursus Kepimpinan Kemahiran Tahap 11 anjuran Pergerakan Puteri Islam Malaysia (PPIM) Daerah Tawau. Kursus ini melatih 56 guru pemimpin PPIM daerah Tawau dan Semporna setelah mereka melepasi Kursus Kepimpinan Tahap 1 dan Kursus Kemahiran Tahap 1. Jurulatih utama ialah pensyarah PPIM yang mempunyai sijil jurulatih dari semua IPG Zon Sabah. Dua pensyarah PPIM IPG Keningau terlibat iaitu Pn Afinah dan Pn Saidah. Kursus ini padat dengan kemahiran-kemahiran seperti bantu mula, jahitan, gubahan ,kraftangan, perkhemahan, dobi,kawad,rumahtangga, pengurusan PPIM,alam sekitar dan sebagainya. Lokasi kursus ialah Resort Arung Hayat dan bagi amali perkhemahan ialah di Pulau Mabul. Kursus ini adalah julung kalinya diadakan di Sabah dan perasmian penutupan oleh wakil Pn Manis Muka Hj Dara , Ketua Wanita UMNO Daerah Semporna.

  • Lawatan Ke Pusat Kraftangan & Galeri Batu Unik

    6 Oktober 2012. Lawatan Kelas Elektif Moral PISMP Semester 6, ke Pusat Kraftangan Sabah dan Galeri Batu Unik, Kg Baginda. Seramai 36 pelatih melaksanakan lawatan tersebut. Di Pusat Kraftangan , pelatih dapat melihat bagaimana penghayatan kepada kebudayaan, adat, amalan  yang berbeza dijelmakan melalui kraftangan . Pusat ini menyediakan kursus menghasilkan kraftangan secara percuma kepada sesiapa yang berminat. Di Galeri Batu Unik, pelatih melihat bagaimana seorang anak tempatan menghargai alam semulajadi dengan mengumpulkan batu unik yang didapati sekitar Keningau yang dipercayai mempunyai motif dan bentuk yang memberi makna. Batu unik juga mempunyai bunyi /muzik yang berbeza.Antara pameran beliau ialah bom Perang Dunia Ke 2, tajau bekas mayat manusia dan fosil laut yang terdampar di sungai Pegalan.

  • Hari Potensi Prasekolah IPG Kampus Keningau

    Pada 11 Oktober 2012, Unit Prasekolah  Jabatan Ilmu Pendidikan telah menganjur Hari Potensi bertempat   di dewan Tan Sri Suffian Koroh IPG Kampus Keningau. Acara ini telah disertai  oleh kanak-kanak  dari Prasekolah IPG, S.K Bunsit, S.K Banjar dan S.K Menawo  Keningau. Aktiviti  ini dianjur bertujuan untuk mencungkil bakat dan potensi kanak-kanak  melalui pelbagai  pertandingan. Di antaranya ialah pertandingan deklamasi sajak, mewarna, bercerita, menyanyi secara solo; muzik dan gerakan.

  • Program Perkongsian Ilmu i-Think

    Program perkongsian ilmu i-think oleh encik Chanthirasekar a/l Karpan

    Peserta: DPLI-SR Bahasa Melayu dan Pemulihan (42 Orang)
    Tempat: Dewan Kuliah IPG Kampus Keningau
    Masa : 8.00 malam – 10.00 malam

  • Program Jejak Matematik 2012 SK Kg. Biah

    Pada 8 Oktober 2012, Persatuan Matematik PISMP Amb Januari 2012 telah mengadakan program Jejak Matematik di Sekolah Kebangsaan Kampong Biah. Program ini disertai oleh pelatih PISMP Matematik seramai 19 orang dan pelajar Kelas 4 Aktif SK Kg. Biah seramai 20 orang. Jejak Matematik merupakan satu aktiviti yang di luar bilik darjah bertujuan untuk memberi murid pengalaman sebenar dalam penyelesaian masalah berkaitan dengan Matematik.Program ini bertujuan untuk memastikan guru-guru pelatih dapat mengaplikasikan ilmu-ilmu yang telah dipelajari semasa pelaksanan program.

  • IPGK Keningau Melestarikan Budaya Penyelidikan

    Satu seminar penyelidikan tindakan bertemakan “Budaya Penyelidikan Melestarikan Pendidikan” telah diadakan dengan jayanya bertempat di IPG Kampus Keningau, Sabah pada 03 & 04 Oktober 2012 yang lalu.  Seminar ini melibatkan 80 orang guru pelatih semester lapan dari opsyen Pendidikan Pemulihan, Pengajian Sosial, Pengajian Melayu dan Prasekolah.  Mereka merupakan kumpulan guru pelatih yang akan menamatkan pengajian tahun ini dan bakal ditempatkan di sekolah-sekolah seluruh Malaysia bermula tahun hadapan.  Semua peserta yang terlibat telah membentangkan hasil kajian mereka sepanjang dua hari seminar berlangsung. 

  • Karnival Sukaneka Prasekolah Bestari

    Pada 5 Oktober  2012 , satu aktivti menarik iaitu karnival sukaneka telah diadakan untuk kanak-kanak Prasekolah Bestari IPG Kampus Keningau. Aktiviti ini telah dilaksanakan di padang permainan kampus bermula pada 8.30 pagi hinggalah 10.30 pagi . Seramai 22 kanak-kanak Prasekolah telah menyertai aktiviti ini. Sukaneka kali ini dilaksanakan oleh pelatih-pelatih PPISMP Semester tiga opsyen Prasekolah dan dibantu oleh Puan Aliscia Marcus dan Cik Lesda Linus. Acara  kali ini telah dirasmikan oleh Puan Rujinah Binti Miki Pengarah IPG Kampus Keningau dan diiringi oleh Encik Baharom Mohd Timbalan Pengarah IPG Kampus Keningau. Aktiviti pagi dimulai dengan ucapan Pengarah dan diikuti dengan senam pagi beramai-ramai.

  • Pertandingan Mewarna Murid-murid Prasekolah Sempena Hari Terbuka Perpustakaan

    Sepanjang bulan September 2012, Unit Perpustakaan IPG Kampus Keningau telah mengadakan program Hari Terbuka Perpustakaan. Antara objektif program diadakan  bertujuan untuk menggalakkan warga IPG berkunjung ke perpustakaan. Banyak aktiviti telah dijalankan sepanjang program seperti meneka helaian buku, peminjam misteri dan lain-lain lagi yang melibatkan semua penggguna perpustakaan termasuk aktiviti pertandingan mewarna bagi  murid-murid Prasekolah Bestari.

  • Eksplorasi PISMP Sains ke Maliau Basin

    Pada 14-16 September 2012 yang lepas, PISMP Sains dengan kerjasama Jabatan Sains dan Matematik telah mengadakan satu eksplorasi ke Kawasan Pemuliharaan Lembangan Maliau Basin. Perjalanan selama tiga hari dua malam ini dilakukan untuk memenuhi salah satu tugasan subjek SCE3108 Biodiversity di mana para guru pelatih akan memerhati dan mengkaji ekosistem yang terdapat di kawasan lembangan ini.

  • Lawatan Sosial ke Wad Kanak-kanak (Talasemia)

    19 Sept 2012- Seramai 22 pelatih Unit Beruniform Pergerakan Puteri Islam Malaysia (PPIM) melaksanakan lawatan ke wad tersebut. Pengidap Talasemia  dewasa dan kanak-kanak di Sabah adalah seramai 190 orang dan pengidap Talasemia teramai ialah di daerah Keningau. Hanya 3 kanak-kanak Talasemia yang berada di wad ketika ini. Selebihnya hanya melaksanakan pemindahan darah harian iaitu pada hari selasa dan khamis di hospital. Walaubagaimanapun pelatih dapat melaksanakan aktiviti bersama kanak-kanak ini seperti membacakan ‘big book ‘ dan sedikit permainan ringan bersama mereka di bilik khas.

  • Kepelbagaian Bahan: Pelengkap Kemahiran Guru

    Mohd Firdaus bin Abd Salam

    Kepelbagaian  bahan bantu pengajaran dan pembelajaran merupakan aspek penting yang  dapat meningkatkan pemahaman murid semasa di bilik darjah.  Bahan yang dipelbagaikan mengikut tahap kognitif dan minat murid diyakini dapat membantu guru mengendalikan aktiviti  seterusnya mencapai objektif yang telah dirancang lebih awal.  Bagi tujuan itu, Kursus Literasi Bahasa Melayu untuk pelajar PISMP, dan Kursus Pendekatan Pengajaran Literasi dan Numerasi untuk DPLI  bertujuan menyediakan bakal guru yang bukan sahaja dapat menghasilkan bahan tetapi menyesuaikannya dengan tahap murid-murid pemulihan. 

  • Sambutan Merdeka Raya Prasekolah Bestari

    Pada 14 September 2012  (Jumaat) Unit Prasekolah Bestari   dengan kerjasama Jabatan Ilmu Pendidikan  telah mengadakan sambutan Merdeka Raya. Aktiviti  ini diadakan sempena sambutan perayaan Hari Raya dan juga  Hari Kemerdekaan. Di antara tetamu yang telah hadir dan menyerikan majlis ialah Puan Rujinah Miki Pengarah IPG Kampus Keningau, Encik  Baharom Mohd Noor Timbalan Pengarah , Encik Mazlan Ngah Ketua Jabatan Hal Ehwal Pelajar dan pensyarah dari Jabatan Ilmu Pendidikan.

  • Pameran Model Pelan Lantai Prasekolah

    Pada  13 September 2012,  seramai 24 pelatih kumpulan PISMP dari opsyen Prasekolah  Ambilan Januari 2009 telah mengambil  bahagian dalam pameran model  plan lantai prasekolah bertempat di dewan Tan Sri Suffin Koroh IPG Kampus Keningau.  Pameran ini  adalah merupakan sebahagian daripada tugasan pelatih Semester 8  dalam melengkapkan kerja kursus major Prasekolah.

  • Majlis Berbuka Puasa Perdana

    14 Ogos 2011- Majlis Berbuka Puasa Perdana dan Penutupan Ihya Ramadhan. Majlis ini merupakan acara terakhir dalam sambutan Ihya Ramadhan sebelum cuti hari raya. Semasa penutupan Ihya Ramadhan yang disempurnakan oleh Tuan Timbalan , cenderahati diberikan kepada peserta tadarus Al Quran dan Imam serta Bilal Solat Terawih. Sementara Majlis berbuka puasa dihadiri oleh semua warga IPG.

  • Program Khidmat Komuniti Pasukan Pandu Puteri Kadet

    Oleh: Noemi Linus

    Pada 6 Ogos 2012, pasukan Pandu Puteri Kadet (PPK) IPG Kampus Keningau telah mengadakan Program Khidmat Komuniti dan Majlis Berbuka Puasa bersama warga Rumah Anak Yatim (RAY), Tambunan. Rombongan ini disertai oleh seramai 31 orang, termasuk 4 orang pensyarah penasihat PPK. Program khidmat komuniti ini merupakan program wajib yang terkandung dalam sukatan Kurikulum Unit Beruniform Pandu Puteri Kadet PISMP Semester 4. Antara objektif program ini adalah untuk memberi peluang kepada guru pelatih Unit Beruniform Pandu Puteri Kadet untuk memberi sumbangan ikhlas kepada komuniti yang memerlukan, dan membentuk para peserta supaya mempunyai nilai-nilai murni selaras dengan prinsip-prinsip PPK.

  • Ceramah Isu Palestin

    Pada 11 Ogos 2012, seramai 40 pelatih IPG Kampus Keningau dan 2 orang pensyarah JAPIM telah menghadiri satu ceramah mengenai Palestin bertempat di Masjid Pekan Keningau. Ceramah tersebut disampaikan oleh Syeikh Mahmud Siyam, mantan Imam Masjid al-Aqsa yang juga merupakan mantan Rektor Universiti Islam Gaza. Para pelatih telah dapat mendengar sendiri berkenaan Palestin daripada seorang yang terlibat secara aktif dalam jihad membebaskan Palestin. Mereka juga berpeluang mengemukakan soalan kepada penceramah. Di antara intipati ceramah ialah setiap umat Islam berkewajipan membantu saudara mereka yang ditindas dengan apa bentuk sekalipun. Adalah diharapkan melalui ceramah ini dapat meningkatkan semangat jihad untuk berkorban demi memertabatkan agama Islam disamping membentuk peribadi muslim yang unggul. Daripada ceramah itu juga berjaya mengutip wang berjumlah lebih 4 ribu ringgit untuk disalurkan kepada umat Islam di Palestin.

  • Asas Penyelidikan Kualitatif

    Pada 8 OGOS 2012, satu bengkel Asas Penyelidikan Kualitiatif telah diadakah di Hotel Perkasa Keningau Sabah. Kursus ini merupakan salah satu aktiviti Latihan Pembangunan Staf yang telah dirancang oleh Jabatan PIPK dan dianjurkan secara bersama dengan Unit KPP institut. Matlamat bengkel adalah untuk membantu peserta menyediakan satu proposal penyelidikan kualitatif setelah mengikuti bengkel ini. Seramai 20 orang peserta terlibat dalam bengkel ini dan intipati bengkel telah disampaikan oleh En. Vijayen a/l Gopal, Pn. Afinah AD Matsud dan En. Moktar Bin Mokri. Perkara yang dibincangkan adalah Konsep dan Etika dalam Penyelidikan Kualitatif, Reka bentuk Penyelidikan Kualitatif dan Persampelan dalam Penyelidikan Kualitatif. Bengkel berjaya dilaksanakan dengan baik dan majoriti peserta meminta agar penganjur mengadakan bengkel lanjutan iaitu Bengkel Analisis Data Penyelidikan Kualitatif. Tahniah dan syabas diucapkan kepada semua yang terlibat.

  • Ziarah amal Ramadhan Kg Kota Ayangan

    5 Ogos 2012 - Ziarah amal Ramadhan Kg Kota Ayangan. Seramai 96 pelatih mengikuti program ini.Antara aktiviti ziarah ini ialah melaksanakan gotong- royong amal di rumah 10 keluarga yang telah dikenalpasti yang mempunyai status ibu tunggal/cacat/warga tua/miskin. Disamping itu agihan barangan dapur dan keperluan solat dan pembersihan rumah seperti penyapu disumbangkan  kepada keluarga tersebut hasil sumbangan para pelatih , pensyarah dan staf IPG Kampus Keningau. Adalah diharapkan program ini dapat menimbulkan keinsafan kepada peserta program dan mengeratkan lagi hubungan dengan warga kampung tersebut. Terima kasih atas sumbangan warga IPG sehingga jayanya program ini dilaksanakan.

  • Kem Motivasi dan Kem Bimbingan Akademik dan Sahsiah (KemBAS) 2012

    3 – 5 Ogos 2012 - Kem Motivasi dan Kem Bimbingan akademik dan Sahsiah (KemBAS) 2012. JAPIM dan Kelab Ikatan Pelatih Muslim mengadakan Kem tersebut di IPG kerana pada tahun-tahun lepas ianya diadakan di tempat murid sendiri iaitu Sekolah Ugama dan Rumah anak Yatim Tambunan. Seramai   64 murid tahun 4,5 dan 6 menyertai Kem ini. Objektif Kem ini ialah untuk meningkatkan tahap motivasi pelajar dan memupuk amalan peribadi hidup muslim di kalangan pelajar-pelajar tersebut. Ianya juga dapat mewujudkan hubungan mesra antara guru pelatih dan para pelajar serta memberi kesan yang proaktif kepada guru pelatih untuk melaksanakan program sebegini di sekolah pada masa hadapan kelak. Penutupan perasmian Kem ini dilaksanakan oleh Ustaz Sobri Othman. Tahniah JK KemBAS

  • Kursus Kepimpinan Asas Tahap 1

    27-29 Julai 2012 - Kursus Kepimpinan Asas Tahap 1- seramai 22 pelatih PISMP semester 4 telah berjaya mengikuti  Kursus ini yang membolehkan mereka mendapat Tauliah dan Sijil sebagai guru pemimpin Pergerakan Puteri Islam di sekolah nanti. Antara kurikulum kursus (telah ditetapkan oleh PPIM Kebangsaan di  Cheras) ialah pengenalan dan Sejarah PPIM, Visi dan Misi, Tatacara perjumpaan&tatacara kawad (teori&amali), Pengurusan dan Pentadbiran  1 & 11, Bengkel Kurikulum, Tatacara penilaian dan tahap penarafan serta ujian bertulis.

  • Lawatan Prasekolah Bestari IPG Kampus Keningau Ke Jabatan Bomba Dan Penyelamat Cawangan Keningau

    Disediakan oleh,
    Hanifah Sabin
    Penyelaras Prasekolah Bestari IPG Kampus Keningau.

    Pada 3 Julai 2012, seramai 22 orang  kanak-kana Prasekolah Bestari IPG Kampus Keningau,   3 guru  dan Pembantu Pengurusan Murid  beserta 2 orang Pensyarah JIP menyertai lawatan  ke Jabatan Bomba dan Penyelamat  Cawangan Keningau.  Objektif lawatan  ini yang merupakan program tahunan Prasekolah Bestari  IPG Kampus Keningau  ialah untuk mendedahkan murid-murid tentang  Kelab 3K (Kelab Keselamatan Kebakaran kanak-Kanak) dan tunjuk cara menyelamatkan diri  semasa dalam kebakaran kecil.

  • Bengkel Pengurusan Jenazah

    24 Julai 2012 - Bengkel Pengurusan Jenazah. Penceramah Jemputan Ustaz Harun Rambe dan Ustazah Sainah Abd.Rahim  dari JHEAINS Keningau. Peserta bengkel adalah terdiri dari semua warga IPG. Mengurus jenazah orang Islam, merupakan fardhu kifayah, yakni apabila sudah dikerjakan oleh sebahagian dari orang Islam yang lain, maka yang lainnya tidak berdosa, akan tetapi apabila tidak seorang pun yang mengerjakan kewajipan tersebut, maka semua orang Islam dalam satu kampung atau kawasan tersebut akan berdosa. Antara yang wajib kita kerjakan dalam mengurus jenazah ialah memandikannya, mengkafankan jenazah, solat ke atas jenazah dan mengebumikannya. Orang yang berhak dan lebih afdal untuk menguruskan jenazah ialah dari kalangan keluarganya atau warisnya yang terdekat misalnya ; anaknya sendiri kalau simati bapanya.

  • Perkhemahan UBF Pandu Puteri Kadet

    Oleh: Noemi Linus
    Unit Beruniform Pandu Puteri Kadet, IPG Kampus Keningau telah mengadakan perkhemahan pada 13 Julai 2012. Perkhemahan yang berlangsung selama 3 hari 2 malam telah dilaksanakan di Lagud Sebrang Tenom. Seramai 28 ahli Pasukan Pandu Puteri Kadet berserta 5 orang pensyarah penasihat terlibat dalam perkhemahan tersebut. Pengisian aktiviti perkhemahan antaranya adalah seperti membuat gajet, istiadat pandu, kembara, membuat kit ‘solar cooking’ dan malam kebudayaan.

  • Lawatan Kelas Pendidikan Moral ke Sekolah Henry Gurney Keningau

    14 Julai 2012. Lawatan Kelas Pendidikan Moral ke Sekolah Henry Gurney Keningau. Kelas terlibat  ialah PISMP Matematik dan Pengajian Sosial sementer 6. (SHG) merupakan penjara terbuka Keningau(PTK) yang ditubuhkan pada 1981-1991 dan pada 1991 ianya diubah kepada  tempat penahanan banduan JUVANA yang berusia 14-21 tahun. Keluasan SHG ialah 89.2 ekar dan 3.45 ekar sebagai zon keselamatan. Terdapat 213 muster (penghuni) terkini yang terdiri dari warga tempatan dan asing. Fungsi Jabatan Penjara Malaysia ialah sebagai pusat penahanan, pemulihan , keselamatan dan layanan.

  • Explorace Kembara Iman

    13 Julai 2012- Explorace Kembara Iman. Bersempena dengan Minggu Festival Kesenian Islam Explorace ini dianjurkan bagi pelatih menghayati dan mengamakan sunnah Rasulullah SAW dalah kehidupan harian. Enam stesen yang dilalui  memerlukan pelatih melaksanakan teori dan praktikal adab tidur, adab memotong kuku, adab makan, adab masuk tandas, adab mandi dan  terakhir sesi uji minda iaitu apakah yang anda akan lakukan sekiranya Rasulullah SAW masih hidup. Contoh adab masuk tandas ialah jangan meludah najis, jangan menyanyi di tandas dan memakai selipar. Enam kumpulan menyertai Explorace Kembara Iman ini.Explorace ini dipengerusikan oleh Saudara Mohd. Sukri Abd Halim PISMP BM Sem 4 dari Syukbah Riadah.  Tahniah.

  • Kursus Kepimpinan JK Masjid

    29 Jun - 1 Julai 2012 – Kursus Kepimpinan JK Masjid- Seramai 30 pelatih JK Masjid telah mengadakan kursus ini bertempat di Masjid Al Rasyid Kg Kota Ayangan Keningau. Objektif kursus ini ialah meningkatkan jati diri kepimpinan islam menerusi aktiviti seperti Quamullail, Kultum, solat Dhuha, jungle trekiing dan kembara malam serta LDK. Antara penceramah utama ialah Tn Hj Musa Numan (Guru Besar SK Jaya Baru, Pengerusi Masjid Ar Rasyid) dan Ustaz Ali. Antara aktiviti yang mencabar ialah bermalam di tanah perkuburan Islam . Program ini mendapat kerjasama dari Persatuan Belia Kota Ayangan (PEBEKA) di ketuai oleh En Sidek Musa. Tn Hj Musa mengalakkan aktiviti komuniti atau anak angkat dan bimbingan peperiksaan diadakan kepada anak-anak kampung tersebut.

  • Diskusi Khas Isra' Mikraj

    28 Jun 2012 – Diskusi Khas Isra’ Mikraj. Bersempena dengan sambutan Isra’ Mikraj, diadakan diskusi khas yang bertajuk “Tinggal Solat, Salah siapa?” ibu bapa atau diri sendiri. Diskusi ini diadakan  antara solat maghrib dan isyak. Moderator diskusi ini ialah Mohd Khairullah Muhd Marzidi. Empat orang panel ialah Muhd Yasser Amir Kassan, Muhd Fahmi Nurikin, Maisarah Mastur dan Rosdianah Rasit. Tanggal 27 Rejab tahun kesebelas selepas daripada kenabian Rasulullah s.a.w dan 2 tahun sebelum berlakunya hijrah nabi s.a.w ke Madinah Munawwarah, telah berlaku suatu peristiwa yang sangat penting dalam sejarah Islam iaitu peristiwa isra' dan mikraj di mana ia merupakan satu bukti tentang kebesaran, kekuasaan dan kehebatan Allah Subhanahu wa Ta'ala. Renungilah firman Allah dalam ayat 1 surah al-Isra' yang bermaksud :

  • Pertandingan Menggubah Bunga Hiasan

    11 Julai 2012 – Pertandingan Menggubah Bunga Hiasan.- Pergerakan Puteri Islam Malaysia telah mengadakan pertandingan gubahan berdasarkan sukatan PPIM sekolah . Sebanyak 10 gubahan di hasilkan yang menepati pelbaai tema. Pemenang tempat pertama ialah Hidayah dan Shahida kelas PISMP Sains. Pengadilan adalah berdasarkan kekemasan, ketepatan tema, pemilihan pasu , kombinasi warna dan sebagainya. Tahniah.

  • Persidangan Kebangsaan Pendidikan Islam

    3-6 Julai 2012- Persidangan Kebangsaan Pendidikan Islam di Royale Bintang Seremban. Persidangan ini dirasmikan oleh Y.B Dr Mohd Puad Zarkashi. Dalam ucapannya menyatakan bahawa agenda memperkasa Pendidikan Islam ke arah merealisasikan Kegemilangan Ummah pada abad ke-21 adalah suatu inisiatif yang sangat penting dan perlu diutamakan dalam pembentukan generasi bangsa Malaysia  yang berilmu, kemahiran tinggi, progresif dan mempunyai ketahanan minda yang kental dalam menangani cabaran hebat zaman siber. Sebanyak 59 pembentang/penyelidik semasa sesi selari persidangan dari  universiti, kolej dan IPG. Sesi plenari 3 ialah perkongsian pengalaman Guru Pendidikan Cemerlang DG54 Jusa C amat menarik di samping sesi plenari lain. IPG Keningau menghantar seorang pembentang dari JAPIM. Persidangan ini amat berguna bagi pensyarah-pensyarah JAPIM dalam melaksanakan penyelidikan disamping pameran inovasi dari IPG lain.

  • Lawatan Penanda Aras Staf Pusat Sumber IPGK Keningau Ke Kuching, Sarawak

    Pada 12 – 15 Jun 2012, seramai  13 warga IPG Keningau telah mengadakan Lawatan Penanda Aras ke Politeknik Kuching, Sarawak dan IPG Kampus Batu Lintang, Sarawak. Tujuan lawatan ini diadakan adalah untuk memberikan pendedahan kepada semua staf Pusat Sumber Institut Pendidikan Guru Kampus Keningau berkenaan dengan pengurusan Pusat Sumber yang dilawati. Selain daripada itu, lawatan ini juga untuk mewujudkan hubungan dan kerjasama antara Perpustakaan.

  • Memartabat Bahasa Menjulang Visi Lestari Budaya

    Selaras visi IPG sebagai peneraju kecemerlangan pendidikan guru, Jabatan Pengajian Melayu Institut Pendidikan Guru Kampus Keningau, Sabah dengan kerjasama Jurusan Sastera, Fakultas Ilmu Budaya, Universitas Gadjah Mada, Yogyakarta telah menganjurkan Seminar Antarabangsa Bahasa dan Sastera Indonesia-Malaysia pada 14 Jun 2012 bertempat di Ruang Sidang 1, Fakultas Ilmu Budaya, Universitas Gadjah Mada.
    Sebanyak 9 kertas kerja telah dibentangkan (5 daripadanya adalah daripada IPG Kampus Keningau).  Pembentang terdiri daripada:

    1. Adnan Bin Endut -  Strategi permainan bahasa dapat mengatasi kelemahan Menguasai tatabahasa dalam kalangan murid Tahun 4 di SK Tinanom, Ranau, Sabah
  • Kursus Coaching & Mentoring

    Unit Psikologi dan Kaunseling  (UPsK) dengan kerjasama Unit Kepimpinan Pembangunan Profesionalisma (UKPP) telah mengadakan kursus Coaching & Mentoring  –  Menganalisis Ujian Psikologi – Inventori  Personaliti  Sidek   (IPS) dan Inventori Kerjaya Holland (HVI) pada 04-05.Jun 2012.  Penceramah kursus ialah  Puan Rozie Gitang, Ketua Unit Psikologi dan Kaunseling .  Seramai 13 orang  staf sokongan  yang mewakili setiap unit dan jabatan telah  menghadiri kursus tersebut yang telah diadakan di bilik Latihan Dalam Perkhidmatan, IPGKKS. Semua peserta yang tamat menghadiri kursus ini telah didedahkan dengan teori serta  amali  penganalisisan  kedua-dua inventori psikologi yang dikursuskan dan akan ditauliahkan sebagai mentor kepada staf sokongan dan  staf akademik serta pelatih  yang akan mengambil ujian psikologi  bagi kedua-dua jenis inventori tersebut pada masa akan datang. Tujuan kursus ini diadakan ialah untuk  menghasilkan mentor-mentor yang mahir menganalisis inventori –inventori psikologi tersebut bagi membantu dan memudahkan tugas kaunselor  apabila aktiviti ujian psikologi diadakan kelak.

  • Kursus Aplikasi Asas Nvivo 9

    Jabatan Penyelidikan Inovasi dan Profesionalisme (PIPK) dengan kerjasama Unit Kepimpinan Pembangunan Profesionalisme (UKPP) telah mengadakan Kursus Aplikasi Asas Nvivo 9 pada 23 Mei 2012. Penceramah kursus ialah En. Moktar Bin Mokri, Ketua Unit Perancangan dan Pengurusan Penyelidikan Inovasi dan seramai 27 orang pensyarah yang terdiri daripada Ketua Jabatan, Ketua Unit dan pensyarah jabatan. Peserta kursus  didedahkan dengan konsep asas penyelidikan, kaedah analisis kualitatif, kaedah instalasi program Nvivo 9 dan seterusnya kaedah memasukkan data temubual, pemerhatian dan dokumen yang berbentuk teks, visual, audio, video serta data dokumen yang berbentuk teks format pdf, html dan sebagainya ke dalam ‘folder sources’. Para peserta berharap agar satu bengkel analisis data kualitatif dapat diadakan pada masa akan datang.

  • Apakah Kemuliaan Anda Sebagai Ahli Pandu Puteri?

    Disediakan oleh; Hjh Zainab Nawab Khan, KJ JIP

    Pada 2hb Mei 2012, satu majlis perlantikan ahli baharu bagi kumpulan PISMP Ambilan Januari 2011 telah dilaksanakan di Dewan Tan Sri Suffian Koroh IPG Kampus Keningau. Majlis perlantikan ini dilaksanakan bagi mengiktiraf keahlian ahli – ahli sebagai ahli Persatuan Pandu Puteri Sedunia atau World Association of Girl Guide and  Girl Scout  (WAGGGS). Mengikut statistik terkini , keahlian Pandu Puteri Sedunia telah mencecah seramai 10 juta yang diwakili oleh 145 negara dari seluruh dunia.

  • Profesional Talk: i-THINK

    Disediakan oleh; En.Chanthirasekar a/ l Karpan

    Profesional Talk berkaitan dengan i-THINK telah diadakan pada 9 Mei 2012 bersamaan hari Rabu  pada pukul 2.30 hingga 4.30 petang di Bilik Latihan Profesionalisme IPG Kampus Keningau. Profesional Talk kali ini telah diberikan oleh En.Chanthirasekar a/ l Karpan Pensyarah Jabatan Ilmu Pendidikan. Seramai 20 orang pensyarah telah menghadiri professional talk ini.

  • Pandu Puteri Kadet Sedia Membantu

    Oleh: Noemi Linus

    Buat pertama kalinya Pandu Puteri Kadet IPG Kampus Keningau dengan kerjasama Jabatan Pertahanan Awam Unit Keningau telah menganjurkan Kursus Kejurulatihan Asas Pertolongan Cemas. Kursus yang disertai oleh pelatih Pandu Puteri Kadet tersebut telah dilaksanakankan pada hujung minggu yang berlangsung selama 5 hari iaitu pada 20,21, 22 April dan 28, 29 April 2012. Kursus ini memberi pendedahan tentang cara-cara memberi bantuan awal pertolongan cemas seperti bantuan pernafasan (CPR), tercekik dan balutan.

  • Kursus Pengurusan Pusat Sumber Sekolah

    Pada 28 April 2012, Unit Pusat Sumber IPG Kampus Keningau telah mengadakan Kursus Pengurusan Pusat Sumber Sekolah yang bertujuan untuk memberi pendedahan dan kemahiran dalam pengurusan Pusat Sumber Sekolah. Seramai 25 orang pelatih yang menyertai kursus ini akan menjadi Rakan Pusat Sumber seterusnya membantu dalam pengurusan Pusat Sumber IPG Kampus Keningau.

  • Hari Keluarga AJK Masjid Dan JAPIM

    5 Mei 2012- Hari keluarga anjuran Ahli Jawatankuasa Masjid dan JAPIM telah diadakan di padang hoki IPG. Tujuan Hari Keluarga ini adalah untuk mengukuhkan semangat ukhuwwah dikalangan AJK , pensyarah JAPIM, pensyarah dan pelatih muslim. Antara pengisian program ialah KULTUM (Kuliah Tujuh Minit), Solat Dhuha di gelanggang sepak takraw, senaman Ruhul Jadid, bertukar-tukar hadiah, sukaneka dan diakhiri dengan solat zohor. Sambutan kali ini amat mengalakkan dengan hadirnya pelatih yang baru. Disamping itu diraikan juga pelatih  Jkuasa Masjid yang akan mengakhiri pengajian mereka pada tahun ini.Tahniah kepada Jawatankuasa Rekreasi dan Helwi yang berjaya mengendalikan acara tahunan ini.

  • Kuiz Tamadun Islam Dan Asia

    3 Mei 2012- Kuiz Tamadun Islam dan Asia- Kuiz ini adalah sebahagian aktiviti sokongan WAJ3101 Tamadun Islam dan Asia bagi PISMP sem 1 yang terdiri dari kelas PSV, TESL 1 dan TESL 2. Kuiz ini bertujuan memantapkan lagi pengetahuan pelatih terhadap subjek ini dalam bentuk yang berbeza dan kepelbagaian strategi pengajaran dan pembelajaran. Persaingan yang sengit antara 3 kelas sebanyak sembilan pusingan diakhiri dengan kemenangan kelas PISMP TESL 2, tempat kedua ialah PISMP PSV dan tempat ke tiga ialah PISMP Tesl 1. Tahniah kepada kelas PISMP PSV yang mengendalikan kuiz ini.

  • Program Kem Bestari Solat

    27-28 April 2012- Program Kem Bestari Solat adalah bagi memenuhi Sukatan Pendidikan Islam PPISMP GSTT dan disertai juga oleh PISMP Sem 1. Antara aktiviti program ini ialah malam penghayatan-merasai kemanisan solat, slot amali dan teori wuduk dan solat. Disamping itu ditambah pula dengan solat sunat Dhuha , Qiamullail dan sebagainya. Aktiviti ini amat bermakna kerana pengisian secara terperinci ibadah wajib ini jarang diadakan secara berfokus. Sambutan pelatih amat mengalakkan. Penceramah utama ialah Ustaz Sobri dan Ustaz Azrul dari Pusat Latihan Dakwah Keningau. Tahniah kepada JK Masjid dan JAPIM dengan terlaksananya program ini.

  • Pertandingan Tilawah Al-Quran, Hafazan Dan Syarahan

    23 dan 26 April 2012 – Majlis Tilawah Al Quran peringkat IPG Kampus Keningau telah diadakan . Antara aktiviti yang diadakan ialah Pertandingan Tilawah Al Quran, Hafazan dan Syarahan. Tujuan majlis ini aialah sebagai mengimarahkan lagi masjid sebagai pusat aktiviti dan mencungkil bakat-bakat pelatih sebagai persediaan Tilawah Peringkat antara IPG pada Julai nanti. Sambutan pelatih amat memberangsangkan terutamanya pelatih GSTT. Gambar di atas menunjukkan Johan Tilawah lelaki iaitu Sdra M.Hafizuddin dan Jihan syarahan lelaki iaitu Sdra Mohd Khairullah. Tahniah kepada Jkuasa terlibat dan semua pemenang sempena Majlis Tilawah ini.

  • Interaksi Bulanan KPLI j-QAF Ambilan Jan 2012

    21 April 2012 –Interaksi Bulanan KPLI j-QAF Ambilan Jan 2012.  JAPIM dan JIP telah mengadakan interaksi bulanan sebagaimana yang telah diarahkan oleh IPG ke daerah Kota Belud, Telupid, Beaufort dan Keningau. Gambar di atas ialah pelatih j-QAF dari kawasan Kota Belud, Pitas, Kudat dan daerah sekitar Kota Kinabalu. Interaksi di Kota Belud kali ini  ialah di SK Timbang Dayang. Tujuan interaksi bulanan ini ialah untuk membimbing pelatih berkaitan modul Pendidikan Islam, B.Arab dan Al Quran dan subjek Ilmu Pendidikan. Melalui interaksi ini pensyarah dapat memberikan khidmat nasihat kepada pelatih berkaitan aktiviti di sekolah dan tugasan yang perlu dilaksanakan. Oleh kerana pelatih ini ialah Mode Latihan Perguruan Berasaskan Sekolah, maka mereka perlu menyesuaikan diri dengan pembelajaran berpandukan modul dan tugas sebagai guru j-QAF di sekolah.

  • Kembara Simfoni Kasih Persatuan Drama Teater IPGK Keningau

    Pada 12 April yang lalu, Persatuan Drama & Teater telah mengadakan program lawatan sambil belajar ke kampung Kibbas,Ranau. Matlamat utama program ini adalah sebagai memenuhi sukatan Persatuan Teater dan Drama khususnya mengenali dengan lebih mendalam warisan budaya tempatan kadazan dusun dalam Puisidra. Ia merupakan satu bentuk pendedahan kepada guru untuk memahami dengan lebih mendalam tentang teater dan drama sekaligus dapat memastikan bakal guru itu sendiri dapat meningkatkan daya motivasi dan kreativiti diri sendiri.

  • Sambutan Hari Pekerja & Pelancaran Kampus Lestari

    “Program Sambutan Hari Pekerja dan Pelancaran Institut Pendidikan Guru Kampus Keningau sebagai Kampus Lestari”  telah diadakan pada 1 Mei 2012 di Pusat Latihan Kokurikulum (PULAKO) Kampus Keningau bermula dari jam 6.30 pagi hingga jam 2.00 petang. Objektif pertama program ini adalah untuk menyambut hari pekerja dalam suasana yang santai dengan adanya acara gotong-royong memasak, meraikan harijadi secara beramai-ramai  dan bekaraoke.

  • Pembelajaran Luar Bilik Darjah - Pergerakan Puteri Islam Malaysia PISMP Sem 3

    20-21 April 2012- Pergerakan Puteri Islam Malaysia PISMP Sem 3 telah mengadakan  Program Pembelajaran Luar Bilik Darjah : Permainan Alam Sekitar bagi memenuhi  kurikulum Unit Beruniform WAJ3111  di Banjaran Crocker.  Antara aktiviti menarik ialah Kembara Malam di mana pelatih dikehendaki mencari dan mengenalpasti serangga dan binatang di waktu malam dengan bimbingan fasilitator Banjaran Crocker. Antara yang ditemui ialah salinan badan serangga yang banyak ditemui (dalam gambar), kediaman anak kelawar, serangga yang aktif di waktu malam dan kaitannya dengan alam sekitar dan sebagainya.

  • Program Amali Sembelihan

    19 April 2012 – Program Amali Sembelihan anjuran JAPIM bagi pelatih PPISMP GSTT BM!, BM2 dan Sejarah Semester 1 sesi 2012 telah diadakan selepas solat zohor di Masjid Jamek IPG K Keningau adalah bagi memenuhi sukatan Pendikan Islam PPISMP.  Tujuan amali ini adalah untuk melatih pelatih melaksanakan syariat Islam dengan betul dalam kehidupan seharian. Amali ini di kendalikan oleh Ustaz Sobri Othman dan dipengerusikan  oleh pelatih iaitu saudara Jumat. Sebanyak 20 ekor ayam telah berjaya disembelih untuk program amali ini. Kesemuanya dimasak oleh pelatih bagi jamuan BIG dan majlis bacaann Tahlil pada malam tersebut.Pendirian Islam mengenai apa yang boleh dimakan dan apa yang diharamkan adalah jelas terutama membabitkan daging.

    Dalam Surah al-Maidah ayat 5, Allah SWT menyatakan:
    "Diharamkan kepada kamu (memakan) bangkai, dan darah, dan daging babi, dan binatang-binatang yang disembelih kerana yang lain dari Allah, dan yang mati tercekik, dan mati dipukul, dan mati jatuh, dan mati ditanduk, dan yang mati dimakan binatang buas, kecuali yang sempat kamu sembelih, dan yang disembelih atas nama berhala."

  • Keputusan Pertandingan Pensyarah Inovatif Peringkat Zon Sabah 2012

    Pertandingan Inovasi Peringkat Zon Sabah 2012 telah diadakah di Dewan Tun IPG Kampus Kent, Tuaran, Sabah pada 4 - 5 April 2012. Pertandingan ini telah mendapat sambutan yang hangat daripada empat IPG di seluruh Sabah.










    Keputusan pertandingan:

    Kategori Kedudukan Pemenang
    Kumpulan Johan “Digital Story” oleh Tan Mee Chin & Lee Sow Ying (IPGK Kent)
    Naib Johan “Co-Co” oleh Lina Thomas @ Tupan, Ruslan Bin Mapeala & Mahmud Bin Ahmad (IPGK Tawau)
    Ketiga “An Innovative Way in Integrating Mobile Technology in Developing Listening and Speaking Skills” oleh Dr Goh Lay Huah & Barry Jarrat (IPGK Gaya)
    Individu Johan “www.sps.com.my” oleh Dr Shahrir Affandi Bin Daud @ Mohamed (IPGK Gaya)
    Naib Johan “Pendekatan Bimbingan PELITA (Pemulihan LINUS Tegar)” Mohd Firdaus Bin Abd. Salam (IPGK Keningau)
    Ketiga “Trigonometry Graph by Squeezing Picture” oleh Kong Tze Loong (IPGK Kent)

    Dilaporkan oleh,
    Pn. Phyllis Lim @ Nur Ain Shahira
    Ketua Unit Inovasi dan Penataran
    12 April 2012

    Foto-foto sekitar pertandingan:

  • Menggilap Permata Di Lembah Saliku

    Oleh Mohd Firdaus bin Abd Salam

    Menempuh perjalanan selama tujuh jam  menggunakan kenderaan pacuan empat roda cukup memberi pengalaman yang  mencemaskan  kepada rombongan IPG Kampus Keningau sebelum sampai ke destinasi  di Sekolah Kebangsaan Saliku, Nabawan.  Perjalanan yang bermula pada jam 8.30 pagi di perkarangan pejabat Hal Ehwal Pelajar itu, disertai oleh tujuh orang pensyarah dan 14 pelatih DPLI opsyen Pendidikan Pemulihan yang membawa misi ‘Pahuhuyuan’  sebagai melengkapi Program Motivasi dan Kecemerlangan UPSR 2012  SK Saliku.

  • Lawatan Ke Jabatan Belia Dan Sukan, Pasir Putih

    Pada 1 hingga 2 Mac 2012 yang lalui, lawatan Ilmiah ke Jabatan Belia dan Sukan, Pasir Putih telah dijalankan dengan disertai oleh 59 orang pelajar dari Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PISMP)  Bahasa Melayu, Matematik dan Kajian Sosial Ambilan Januari 2010 dengan diiringi oleh Encik Richard Kajim dan Puan Annie Pilin, pensyarah dari Jabatan Pendidikan Jasmani dan Kesihatan.

    Lawatan ilmiah ini bertujuan mengukuhkan lagi pengetahuan pelajar Institut Perguruan Guru Kampus Keningau, khasnya kepada pelajar yang mengikuti kursus     PJM 3112 (Pengurusan dan Pentadbiran Pendidikan Jasmani dan Sukan). Program ini juga akan menjadi medium pembelajaran kepada semua pelajar terutama dalam bidang pengurusan dan pentadbiran Pendidikan Jasmani dan Sukan.

  • KEJOHANAN MERENTAS DESA 2012

    Kejohanan merentas desa peringkat Institut Pendidikan Guru Kampus Keningau telah diadakan pada 25 Februari 2012 yang lepas. Kejohanan tersebut telah dirasmikan oleh Puan Rujinah binti Miki, Pengarah IPG Kampus Keningau. Kejohanan tersebut telah disertai oleh semua guru pelatih dan warga IPG Kampus Keningau. Kejohanan tersebut telah dibahagikan kepada tiga kategori, iaitu kategori pelatih lelaki, pelatih perempuan dan kategori pensyarah dan staf. Kategori pelatih lelaki dan perempuan telah dijuarai oleh Fakrul Hisham bin Mahmod dan Estarinah Gintulu dari opsyen PISMP Pendidikan Jasmani semester 3. Bagi kategori pensyarah dan staf pula telah dijuarai oleh Jalumin Satangah.

  • Kunjungan Hormat Kepada Pengarah Oleh Rombongan Dari JAKIM Dan ILIM

    22 Februari 2012 – Kunjungan hormat kepada Pengarah oleh Pn Pauzaiyah Harun dari Institut Latihan Islam Malaysia(ILIM), Pegawai Jabatan Agama Kemajuan Islam Malaysia  (JAKIM) Sarawak dan Pegawai Bahagian Pembangunan Islam JAKIM. Kunjungan ini adalah bersempena dengan  Bengkel  Pemurnian Format Skor Standard Kualiti Pusat-Pusat Latihan dan Akademik JAKIM Siri 1 yang diadakan dari 21-24 Februari di  Bilik Latihan Profesionalisme IPG Kampus Keningau. Peserta bengkel adalah terdiri daripada pegawai-pegawai JAKIM seluruh Malaysia.

  • Kuliah Agama Sempena Maulidur Rasul

    2 Februari 2012 – Bersempena dengan sambutan  Maulidur Rasul 1433H peringkat IPG, pihak masjid menjemput Ustaz Azrulhisham dari Pusat Latihan Dakwah Keningau untuk menyampaikan kuliah  bertajuk ‘Engkau Yang Kami Rindui”.Isi kuliah adalah mengenai kisah Rasulullah SAW, kepentingan menuntut ilmu serta detik-detik kewafatan Rasulullah SAW. Kuliah diakhiri dengan  penyampaian cenderahati dari Timbalan Pengarah serta anugerah khas  Maulidur Rasul kepada Sdri Nur Alisyah Naimah Abdullah dan jamuan.

  • Mesyuarat Jawatankuasa Prasekolah Bestari IPGK Keningau 2012

    Disediakan oleh, Cik Hajah Zainab, KJ JIP

    Pada 29 Februari 2012 bersamaan dengan hari rabu telah mengadakan mesyuarat jawatan kuasa prasekolah. Mesyuarat ini telah dipengerusikan  oleh Puan Rujinah Miki Pengarah IPG Kampus Keningau. Turut sama hadir ialah ahli mesyuarat tetap yang lain beserta wakil ibubapa dan penjaga murid Prasekolah Bestari. Diantara tanggungjawab jawatankuasa ini  ialah membincangkan jadual waktu,menyediakan takwim tahunan, mengadakan kursus pendek berkaitan dengan prasekolah,menyelaras pengurusan prasekolah dari aspek pemakanan dan menjadikan pusat pendidikan prasekolah sebagai rujukan masyarakat. Pada perjumpaan kali ini, kedua-dua pihak ibu bapa dan pihak IPG telah dapat mewujudkan jalinan kemesraan dan permuafakatan dalam meningkatkan lagi pengurusan prasekolah yang sedia ada.

  • TOGETHER “WE CAN SAVE OUR PLANET”

    Disediakan oleh, Cik Hajah Zainab, KJ JIP

    Setiap tahun pada  22 Februari semua ahli Pandu Puteri Sedunia akan meraikan hari yang istimewa iaitu Hari Peringatan Sedunia . Tema Hari Peringatan pada tahun ini ialah  “We Can Save Our Planet” . Pada 20 Februari 2012 ahli –ahli Pasukan Pandu Puteri Kadet telah memulakan kempen sambuatan hari Peringkatan dengan mengadakan jualan kuih cawan pelbagai rasa yang telah dibuat sendiri kepada warga IPG Kampus. Pada minggu lepas semua ahli telah berkerjasama menyediakan pelbagai kad hari Peringkatan yang menarik untuk dihantar kepada pemimpin Persatuan Pandu Puteri Malaysia. Kad hari Peringkatan ini juga telah dihantar ke beberapa buah Persatuan Pandu Puteri Wilayah Asia Pasific. Pada hari ini 29 Februari sekali lagi ahli Pasukan Pandu Puteri Kadet telah tampil melaungkan kempen “We Can Save Our Planet” sempena perhimpunan mingguan unit-unit beruniform IPG. Majlis kali ini diserikan dengan kehadiran Puan Rujinah Miki Pengarah dan Encik Baharom Mohd Noor Timbalan Pengarah IPG Kampus Keningau. Kempen sambutan sebulan Hari peringatan ini telah ditutup dengan satu jamuan ringan.

  • Selamat Datang Ke IPG Kampus Keningau Kepada Puan Liong Kon Thai

    Warga IPG ingin mengalu-alukan kedatangan Puan Liong Kon Thai yang telah melapor diri di Jabatan Ilmu Pendidikan IPG Kampus Keningau pada 3 Februari 2012 . Puan Liong adalah merupakan lulusan Sarjana – Pendidikan Khas dari Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM). Kehadiran Puan Liong ke Jabatan Ilmu Pendidikan ini akan dapat membantu IPG dalam meningkatkan lagi keberkesanan latihan perguruan dari pelbagai aspek khususnya kualiti pengajaran dan pembelajaran kurikulum dan ko kurikulum. Puan Liong telah mendirikan rumah tangga dan mempunyai tiga orang cahaya mata. Seluruh warga IPG mengucapkan selamat bertugas dan semoga beliau gembira ditempatkan di Bukit Langsat Keningau.

  • SELAMAT DATANG PELAJAR PPG

    Oleh Mohd Firdaus bin Abd Salam

    Seramai 72 orang guru mendaftar sebagai pelajar Program Pensiswazahan Guru (PPG) ambilan Februari 2012 yang diadakan di ruang legar Dewan Kuliah, IPG Kampus Keningau. Pada tahun ini dua opsyen ditawarkan iaitu Bahasa Melayu Pendidikan Rendah sebanyak tiga unit dan Matematik Pendidikan Rendah satu unit. Program yang mensasarkan 60% guru siswazah di sekolah rendah dan 90% guru siswazah di sekolah menengah menjelang 2015 ini turut dilaksanakan di 27 IPG Kampus di seluruh negara. Pendaftaran yang diadakan pada 11 Februari itu juga disusuli dengan taklimat dari Bahagian Pendidikan Guru (BPG), Taklimat HEP, Kurikulum, Bina Insan Guru, Pusat Sumber dan Peperiksaan. Encik Baharom bin Mohd Noor, Timbalan Pengarah IPG Kampus Keningau semasa menyampaikan ucapan alu-aluannya menyeru agar semua guru yang terpilih mengikuti PPG agar sentiasa bersiap siaga dari segi fizikal dan mental seterusnya dapat menamatkan pengajian dengan jayanya.

  • Khidmat Masyarakat Kelas KAFA

    18 Februari 2012- Khidmat Masyarakat- Kelas KAFA (Kelas Fardhu Ain )- Seramai hampir 50 pelatih Jawatankuasa Masjid yang diketuai oleh Sdra Amir Hazwan dan pensyarah JAPIM menjalankan khidmat masyarakat Kampung Keningau. Setelah bangunan baru Sekolah Rendah Kg Keningau didirikan dua blok bangunan lama masih boleh digunakan. Guru Besar sekolah tersebut menyatakan ianya masih boleh digunakan sebagai kelas KAFA , kerana kawasan tersebut tiada Sekolah Agama. Aktiviti di sana ialah membersihkan 6 bilik kelas, mengecat, membersihkan tingkap, menyiapkan meja tasmik dan menampal dinding yang rosak.

  • Perhimpunan UBF Kendalian PPIM

    8 Februari 2012-Perhimpunan Unit Beruniform pada minggu ini dikendalikan oleh Pergerakan Puteri Islam Malaysia (PPIM) PISMP semester 3 yang dikendalikan oleh Siti Haziah. Perbarisan telah dihadiri oleh pelbagai unit beruniform seramai 136 orang pelatih. PPIM telah memperagakan 3 jenis pakaian PPIM yang terdiri dari baju kerja, baju kawat dan baju uniform serta diakhiri dengan bacaan ikrar PPIM yang diketuai oleh saudari Zusyafirah Zulkifli. Dalam ucapan Timbalan Pengarah ada mengingatkan para pelatih untuk sentiasa mengeratkan hubungan antara sesama pelatih serta mengelakkan diri daripada syak wasangka supaya tidak menjejaskan komunikasi didalam sesebuah organisasi. Tahniah kepada PPIM yang berjaya mengendalikan perhimpunan UBF dengan baik.

  • Sambutan Maulidur Rasul Peringkat Daerah Keningau

    5 Februari 2012- Sambutan Maulidur Rasul SAW peringkat Daerah Keningau. Seramai 150 pelatih IPG K Keningau yang terdiri daripada pelatih j-QAF, PISMP dan PPISMP serta GSTT bersama-sama kontigen IPG berkumpul di padang bandar Keningau seawal 6.30 pagi bagi menyertai perarakan ke Dewan Masyarakat Keningau. Pensyarah yang mengiringi pelatih ialah Tn HJ Zakaria, En Mazlan Ngah, Pn Afinah A.D Matsud dan Ustzh Saidah. Sambutan ini di rasmikan oleh Datuk Hj Sairin Hj Karno ADUN Liawan dan diteruskan dengan Ceramah oleh Ustaz Bongsu dari UITM K Kinabalu. Antara ceramah yang disampaikan ialah mengenai kecintaan kepada Rasulullah dengan mengenalnya dan menanamkan kecintaan untuk berjemaah.Pertandingan sepanduk dimenangi oleh Pusat Latihan Dakwah Keningau.Kontigen IPG K Keningau mendapat tempat saguhati bagi keseluruhan.

  • Sambutan Maulid 1433 Peringkat Negeri Sabah

    4 -5 Februari 2012 –Sambutan Maulid 1433. Sambutan bermula pada hari sabtu 4.2.2012 di Masjid Negeri Sabah iaitu bacaan Yassin, tahlil dan doa selamat. Majlis ini mendapat sambutan penduduk sekitar Kota Kinabalu apabila ruang solat utama adalah penuh. Pada 5.2.2012 (Ahad), perarakan Maulid berlangsung pada jam 8 pagi dari Padang Merdeka hingga ke perkarangan Masjid Negeri dalam jarak 3 kilometer.

  • Majlis Pengurusan Pelajar Baru LPBS j-QAF

    30 Jan- 2 Februari 2012 Majlis Pengurusan Pelajar Baru LPBS KPLI j-QAF. Seramai 68 pelatih telah mendaftarkan diri bagi meneruskan pengajian perguruan. Pelatih baru ini telah diagihkan mengikut opsyen iaitu satu kelas bagi pengajian Bahasa Arab dan dua kelas bagi pengajian Islam. Pada 1 Februari malam mereka telah melaksanakan malam budaya dengan tema variasi seni yang menggambarkan kepelbagaian budaya di Malaysia termasuklah dikir borneo. Majlis penutupan MPPB bersama perhimpunan pelatih dilaksanakan pada pada 2 Februari petang. Pada 5 Februari mereka ini akan bersama-sama kontigen IPG meraikan sambutan Maulidur Rasul peringkat Daerah Keningau dengan dimulai perarakan dari padang bandaran ke Dewan Masyarakat Keningau. Pada 7-8 Februari mereka akan diserahkan kepada Jabatan Pendidikan Islam dan Moral IPG K Keningau untuk mendapatkan taklimat pengurusan j-QAF di sekolah. Setelah mereka akan tetap berada di IPG sehingga urusan penempatan oleh JPN diselaraskan. Selamat datang dan meneruskan pengajian para pelatih baru.

  • Kuliah Hadith 40

    6 Januari 2012- Kuliah Hadith 40. Bagi membuka tirai 2012 ini, Ustaz Sobri telah meneruskan pengisian sesi kuliah hadith 40 yang diadakan setiap pagi jumaat dari jam 7.10 hingga 7.30 untuk semua staf muslim dan pelatih muslim di dewan kuliah. Pelatih muslim dikehendaki hadir ke kuliah ini sebelum masuk ke kuliah masing-masing. Antara isi-isi penting hadith ke 6 yang disampaikan ialah seseorang mukmin mestilah cuba mengenali dan mempelajari perkara halal dan haram seterusnya melakukan yang halal dan meninggalkan yang haram demi menjaga kemuliaan agamanya. Perkara yang kesamaran, yang belum jelas halal haramnya adalah perkara syubhat yang mesti dijauhi, demi menjaga maruah diri dan keheningan agama. Sempadan murka dan redha Allah SWT ialah perkara haram. Sesiapa yang melewati garisan dan terjebak melakukan perkara haram, maka dia telah melewati sempadan kemurkaan Allah. Hati adalah raja segala anggota yang mesti dipastikan keelokannya dan kebersihannya justeru kerosakan dan kemusnahannya akan merosakkan dan memusnahkan seluruhan anggota badan yang lain.

  • KURSUS KEPIMPINAN ASAS UNIT BERUNIFORM KPLI J-QAF AMB JAN 2011 PENGAKAP DAN PPIM

    Disediakan oleh Ustazah Saidah Khadijah, KJ JAPIM
    13-16 Disember 2011 – Kursus Kepimpinan Asas Unit Beruniform KPLI j-QAF Ambilan Januari 2011 Pengakap dan PPIM- Majlis penutupan Kursus telah disempurnakan oleh Puan Rujinah Miki di Pulako IPG K Keningau pada 16 Disember 2011. Kursus ini memberikan ilmu dan kemahiran memimpin unit beruniform apabila pelatih berada di sekolah kelak. Disamping itu ianya diharap dapat membina sifat positif terhadap tugas yang dipertanggungjawabkan serta meningkatkan sikap berdikari dan kepimpinan yang diperlukan oleh sekolah dan masyarakat. Ianya juga dapat membentuk sahsiah  bersepadu melalui penghayatan nilai-nilai murni , amalam demokratik, berdisiplin, taat, toleransi dan patriotisme. Kursus ini merupakan komponen wajib bagi semua pelajar kursus perguruan di IPG.

  • LAWATAN KE MUZIUM WARISAN KENINGAU

    Disediakan oleh Ustazah Saidah Khadijah, KJ JAPIM
    10 Disember 2011 – Lawatan ke Muzium Warisan Keningau. Seramai 27 ahli Pergerakan Puteri Islam KPLI j-QAF ambilan 2011 yang diiringi oleh Pn Afinah A.D Matsud dan Pn Norhayati Idris telah melawat muzium yang terletak di Taman Mahathir ini sebagai memenuhi beberapa bidang kurikulum PPIM yang berkaitan. Muzium ini memfokuskan sejarah Keningau dan juga memaparkan warisan budaya masyarakat tempatan khususnya di daerah Keningau.Muzium Keningau sebelum ini ialah rumah rehat kerajaan dan sekarang dijadikan pusat pameran tradisi tempatan. Antara galeri pameran yang disediakan ialah koleksi pakaian tradisi tempatan, sejarah daerah Keningau, mesin-mesin klasik, alat muzik tradisional dan pelbagai galeri lain. Semoga lawatan ini memberi manfaat yang besar kepada ahli unit beruniform ini.

  • SAMBUTAN HARI RAYA QURBAN

    Disediakan oleh Ustazah Saidah Khadijah, KJ JAPIM

    6 November 2011 – Sambutan Hari Raya Qurban IPG Kampus Keningau dilaksanakan dengan lancar dan meriah. Solat Sunat Hari Raya dilaksanakan seawal jam 7.15 pagi dan diimamkan oleh Ustaz Mohd Rusli Ismail . Sebanyak tiga ekor lembu dikorbankan pada hari raya kali ini dan acara melapah serta mengagihkan daging korban selesai pada jam 11.30 pagi. Kehadiran adalah meliputi pensyarah, pelatih muslim dan bukan muslim, pekerja pembersihan swasta dan semua warga IPG.

  • BAHAN TMK UNTUK LINUS TEGAR

    Oleh Mohd Firdaus bin Abd Salam
    Pelbagai bahan bantu pengajaran berjaya dihasilkan semasa Bengkel Pembangunan Bahan Pengajaran TMK Program LINUS  yang diadakan pada 2 sehingga 4 November 2011.  Dua puluh orang guru LINUS dan Pemulihan dari daerah Keningau dan Nabawan mengikuti bengkel anjuran bersama Jabatan Pengajian Melayu dan Jabatan Teknologi Pendidikan, IPG Kampus Keningau itu.  Antara lain tujuan bengkel ialah untuk meningkatkan kemahiran dan penguasaan guru mengaplikasi perisian TMK,  selain  menghasilkan bahan pengajaran LINUS untuk konstruk 1 dan 2.

  • Guru Cemerlang Tanpa Dadah

    Disediakan oleh,

    Angeline Mok En Ket
    AJK dokumentasi
    Kursus Pendidikan Pencegahan  Dadah

    KENINGAU: Kumpulan KPLI Sains & Bahasa Inggeris Ambilan Januari 2011 telah berjaya menganjurkan Kursus Pendidikan Pencegahan  Dadah di bawah pimpinan Encik Bujang Bin Hj. Sabli, selaku Ketua Unit Pengembangan & Kepimpinan,  yang bertempat di Dewan Kuliah IPG Kampus Keningau. Kursus ini telah dijalankan selama dua hari dengan jayanya pada 13 hingga 14 Okt0ber 2011.

  • JAMUAN AKHIR TAHUN JAWATANKUASA MASJID

    Oleh: Ustazah Saidah Khadijah, KJ JAPIM
    19 Oktober 2011- Jamuan akhir tahun Jawatankuasa Masjid diadakan bagi memperingati jasa-jasa JK Masjid yang akan menamatkan pengajian mereka pada tahun ini. Segala sumbangan bakti yang disemai akan sentiasa menjadi panduan dan ingatan kepada JK Masjid yang ada bagi meneruskan aktiviti-aktiviti yang akan datang, ribuan terima kasih kami ucapkan. Jamuan ini juga bagi memperingati pensyarah JK Hal Ehwal Islam yang menerima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang iaitu Ustaz Sobri dan Anugerah  Kreativiti dan Inovasi kepada Pn Saidah serta Anugerah Buletin terbaik iaitu Mawaddah yang dilaksanakan oleh JK Penerbitan JK Masjid. Tahniah

  • SEMINAR AQIDAH AHLI SUNNAH WAL JAMAAH SIRI 6/2011

    Oleh: Ustazah Saidah Khadijah, KJ JAPIM
    17 Oktober 2011- Majlis Perasmian Seminar Aqidah Ahli Sunnah Wal Jamaah Siri 6/2011 anjuran Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) Cawangan Sabah dengan kerjasama Pejabat Mufti Negeri Sabah dan IPG Kampus Keningau telah disempurnakan oleh Ybhg En Rosdi Padiman , Pemimpin Kemajuan Rakyat Keningau yang mewakili Y.B Datuk Sairin Bin Hj Karno. Objektif seminar ini ialah pertamanya untuk memberi maklumat dan pendedahan konsep Akidah Islam berdasarkan pandangan Syara’, kedua ilah untuk memberi penjelasan tentang kepentingan memahami dan menghayati Akidah Ahli Sunnah Wal Jamaah dan ketiganya ialah untuk memberi penjelasan tentang cabaran dan halangan agar mempunyai benteng ketahanan Akidah yang sebenarnya. Dua sesi telah dilaksanakan sepanjang seminar ini , sesi pertama oleh Ustaz Bongsu Aziz bin Jaafar dari UiTM bertajuk Akidah Ahli  Sunnah Wal Jamaah dan sesi kedua oleh Haji Zamihan bin Mat Zin dari Institut Latihan Islam Malaysia yang membawa tajuk ancaman ke atas akidah ummah. Pembentang kedua  adalah penulis buku ‘Siapa sebenarnya Wahabiy?’ iaitu fenomena ekstremis yang cuba memporak-perandakan umat Islam.

  • KURSUS PENYUNTINGAN VIDEO

    Oleh: Noemi Linus
    Pada 13 Oktober yang lalu, Jabatan Teknologi Pendidikan telah melaksanakan kursus Penyuntingan Video. Kursus yang berlangsung selama sehari telah dihadiri oleh seramai 14 orang pensyarah Jabatan Bahasa Inggeris dan Jabatan Pengajian Melayu. Kursus ini diadakan untuk memberi pendedahan berkaitan dengan teknik penyuntingan video menggunakan perisian Corel Video Studio. Melalui kursus ini, pensyarah dapat menyunting video sendiri untuk menghasilkan bahan pengajaran yang lebih menarik disamping meningkatkan kemahiran penyediaan bahan PdP berasaskan video.

  • KEMBARA MENEROKA KHAZANAH ALAM SEMULA JADI DAN PROGRAM KOMUNITI

    Disediakan oleh;
    Nor Anis Izzati Bte Muhd Shalan (PISMP BM Sem 4) dan
    Stephanie Maihon (PISMP Pemulihan Sem 4)
    Pandu Puteri Kadet IPG Kampus Keningau


    Unit Beruniform Pandu Puteri Kadet IPG Kampus Keningau telah mengadakan Program Kembara Meneroka Khazanah Alam Semulajadi dan Khidmat Komuniti bagi memenuhi keperluan kurikulum Unit Beruniform Pandu Puteri Kadet. Program Meneroka Khazanah Alam Semulajadi telah dijalankan pada tanggal 24 September 2011 bertempat di Taman Pertanian Lagud Seberang Tenom. Manakala Program Khidmat Komuniti telah dijalankan pada 15 Oktober 2011 bertempat di Kampung Skim Pamalan Keningau. Kedua-dua aktiviti ini bertujuan untuk mengukuhkan  kemahiran  merancang  program  serta melaksanakan aktiviti kepanduan sebagai latihan apabila menjadi pemimpin di sekolah kelak. Program seperti ini turut memberi pendedahan dalam aktiviti kemasyarakatan di samping memupuk semangat sukarelawan, cintakan alam semulajadi serta membina keyakinan  diri  dalam  menghadapi  apa  sekalipun cabaran dan bertanggungjawab ke atas diri sendiri dan orang lain.

  • Pameran Mini “MAZE-MATHIC” 2011

    Pameran ini diadakan untuk memenuhi syarat-syarat Kerja Kursus Berasaskan Ilmu (KKBI) subjek MTE3103 : Geometri bagi semester ini. Bahan-bahan yang dipamerkan adalah berdasarkan tajuk-tajuk yang dipelajari melalui subjek MTE3103. Pameran ini dianjurkan oleh guru pelatih PISMP Matematik Semester 2 dengan kerjasama Jabatan Sains dan Matematik IPG Kampus Keningau, Sabah.

    Pameran ini telah diadakan di ruang legar perpustakaan IPG Kampus Keningau pada 13 Oktober 2011 bersamaan dengan hari Khamis bermula 8 pagi sehingga 12 tengahari. Pameran ini dirasmikan oleh Puan Pengarah IPG Kampus Keningau, Puan Rujinah binti Miki.

  • ANUGERAH PERKHIDMATAN CEMERLANG 2010

    Majlis Penyampaian Anugerah Perkhidmatan Cemerlang 2010 Institut Pendidikan Guru  Kampus Keningau telah diadakan pada 12 Oktober 2011, jam 2.00 petang bertempat di Dewan Tan Sri Suffian Koroh. Seramai 12 orang penerima yang terdiri daripada 6 orang staf akademik dan 6 orang staf pengurusan & sokongan telah menerima hadiah berbentuk Sijil Perkhidmatan Cemerlang, Hadiah Prestasi (RM1,000.00) dan cenderahati yang disampaikan oleh Pengarah IPG Kampus Keningau, Puan Rujinah Binti Miki. Berikut adalah senarai penerima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang 2010:

  • KEM CINTA ISLAM

    Oleh Ustazah Saidah Khadijah, KJ JAPIM

    23-25 September 2011- Kem Cinta Islam telah diadakan dalam bentuk perkhemahan serta disempurnakan majlis penutupannya  pada 25 September 2011 di Masjid IPGKKeningau.  Objektif kem ini ialah bagi memupuk semangat kerjasama dan perpaduan di kalangan peserta muslim dan muslimah yang baru dan lama, dapat mengetahui peranan masing-masing serta melaksanakan hak mereka sebagai khalifah di muka bumi ini serta memberi garis panduan kepada peserta cara membentuk akhlak berlandaskan Al Quran dan As Sunnah. Antara pengisian Kem Cinta Islam ini ialah LDK 1- 4, Explorace minda Kefahaman Surah Al Mulk dan lain-lain. Aktiviti amal yang dilaksanakan ialah membantu tugas-tugas di restoran-restoran terpilih di daerah Keningau di samping memperkenalkan IPG kepada orang awam. Adalah diharapkan agar aktiviti ini akan dapat diteruskan setiap tahun bagi menyemai  sikap beramal ikhlas kerana Allah dan berani menghadapi cabaran global masakini yang kian mencabar.

  • PAMERAN SERLAH KREATIVITI PELAJAR

    Oleh Mohd Firdaus bin Abd Salam

    Bertempat di Dewan Tan Sri Suffian Koroh telah diadakan pameran  Literasi Bahasa Melayu  yang dijayakan oleh  pelajar PISMP Semester dua.  Bahan-bahan yang  dipamerkan merupakan bahan bantu mengajar yang dihasilkan sepanjang amali kursus Literasi Bahasa Melayu  WAJ3104.   
    Pameran yang diadakan pada 23 September 2011  itu  merupakan aktiviti wajib  dan  melengkapkan keperluan proforma kursus. Pameran yang melibatkan  pelajar  daripada opsyen BM, TESL, PJK, Sains, Matematik dan PSV  itu juga dinilai sebagai sebahagian daripada markah keseluruhan selain  kerja kursus dan Ujian Akhir Kursus.

  • PERHIMPUNAN BERSAMA PENGARAH BAHARU

    Oleh; Noemi Linus
    Buat pertama kalinya Puan Rujinah binti Miki, menghadiri Perhimpunan Minggunan UBF sejak dilantik sebagai Pengarah IPG Kampus Keningau. Perhimpunan yang diadakan pada 21 September 2011 turut dihadiri oleh Encik Baharom bin Mohd Noor, Timbalan Pengarah dan Encik Jais Siarus, Ketua Unit Kokurikulum yang baharu. Perhimpunan yang dikendalikan oleh Pasukan Pandu Puteri Kadet dimulakan dengan kawalan kehormat oleh Pengarah diikuti dengan persembahan pakaian rasmi dan pakaian kerja bagi Tunas Puteri sehinggalah Pemimpin Pandu Puteri Kadet.

  • 21 TAHUN MENGUKIR SEJARAH DI BUKIT LANGSAT

    Oleh Mohd Firdaus bin Abd Salam
    Wad Pembedahan Lelaki, Hospital Keningau sudah seperti rumah kedua beliau apabila disahkan mengidap penyakit kronik sejak awal tahun ini.  Penyakit yang dideritainya memerlukan rawatan rapi sehingga  tidak mengizinkan beliau menjalankan tugas-tugas rasmi di institut.  Menjelang 19 September 2011, tarikh rasmi beliau menamatkan perkhidmatan sebagai penjawat awam, angggota MPPP yang diketuai oleh Puan Rujinah binti Miki, Pengarah IPG Kampus Keningau telah meraikan majlis Hari Jadi beliau di  Hospital Keningau.

  • PENSYARAH IPG KAMPUS KENINGAU SERTAI KURSUS KAWAD KAKI UBF IPG ZON SABAH 2011 DI KBN KUNDASANG

    Oleh:  ISMAIL BIN THANI

    Seramai 5 orang pensyarah penasihat Unit Beruniform (UBF) Institut Pendidikan Guru (IPG) kampus ini telah menyertai Kursus Kawad Kaki UBF IPG Zon Sabah anjuran Unit Kokurikulum IPG Kampus Gaya dari 9 hingga 15 September 2011 lalu. Pensyarah-pensyarah terlibat ialah Ismail Bin Thani (Penyelaras UBF), Maspi Hj.Peran (Pengakap), Noemi Linus (Pandu Puteri Kadet), Afinah AD Matsud (Persatuan Puteri Islam Malaysia) dan Johan @Johanis Manggata (Kadet Remaja Sekolah). Kursus berkenaan belum pernah dianjurkan di zon ini dan telah diadakan di Kem Bina Negara (KBN) Kundasang. Kursus tersebut dikendalikan oleh seramai 8 orang jurulatih muda daripada Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM) Sabah diketuai oleh Staf Muda Suratno bin Nasip.

  • SANJUNGAN BUDI LAMBAIAN KASIH

    Mohd Firdaus bin Abd Salam

    Tidak sampai sebulan, warga IPG Kampus Keningau sekali lagi kehilangan  warga kerja kerana bersara wajib pada 14 September 2011.  Pada kali ini, majlis yang turut diadakan di Dewan Tan Sri Suffian Koroh meraikan Mejar(B) Yeap Keng Leng, Ketua Jabatan Kajian Sosial dan Encik Talu@Matius Mansang, staf sokongan di unit pengangkutan.

    Puan Rujinah binti Miki, Pengarah IPG Kampus Keningau menyifatkan mereka yang bersara ibarat meraih sebuah kemenangan kerana berjaya sampai ke garis penamat sebagai penjawat awam.  Ujar  beliau lagi, tidak semua penjawat awam dapat menamatkan perkhidmatan pada usia persaraan.

  • PUAN RUJINAH BINTI MIKI PENERUS LEGASI KECEMERLANGAN IPG KAMPUS KENINGAU

    Mohd Firdaus bin Abd Salam

    IPG Kampus Keningau tidak menunggu lama pengganti Puan Penny Lim Sai Kiow apabila kerusi Pengarah diisi oleh Puan Rujinah binti Miki.    Anak jati Ranau yang sebelumnya bertugas sebagai Timbalan Pengarah Bahagian Buku Teks, KPM, Puan Rujinah memulakan tugas secara rasmi pada 22 Ogos 2011. Dalam ucapannya semasa majlis suai kenal bersama warga IPG Kampus Keningau, Puan Rujinah yang lebih mesra di panggil cikgu menekankan peri pentingnya kerja berpasukan.  Menurut beliau, setiap individu, baik golongan pengurusan tertinggi mahupun pekerja pembersihan, mempunyai tanggungjawab yang penting bagi memastikan IPG Kampus Keningau terus pada landasan kecemerlangan.  “saya sentiasa membuka pintu perbincangan dalam menangani masalah yang tuan-puan hadapi, dan saya percaya banyak masalah yang boleh diselesaikan melalui cara tersebut”, ujar beliau sebelum mengakhiri ucapannya.

  • SANJUNGAN BUDI LAMBAIAN KASIH

    Mohd Firdaus bin Abd Salam

    17 Ogos 2011  melakarkan kenangan istimewa kepada warga IPG Kampus Keningau apabila Puan Penny Lim Sai Kiow, Encik Ahman @ Durahman Ahmad, dan Encik  David Micheal Joummy diraikan dalam majlis Sanjungan Budi Lambaian Kasih sempena persaraan mereka.

    Persembahan tarian, deklamasi puisi, koir  dan tayangan video turut menghiasi majlis yang ditujukan khusus kepada mereka yang diraikan.  Suasana bertukar sedih dan sebak apabila ada kalangan  pensyarah, kakitangan pentadbiran dan pelajar tidak dapat menahan air mata semasa menyampaikan cenderamata sambil bersalam-salaman dengan   Puan Pengarah, Encik Ahman dan Encik David. Kesedihan berganda apabila semua  pelajar yang hadir bersalam-salaman dengan mereka yang diraikan sebelum beredar ke luar dewan untuk acara menanam pokok gaharu.

  • PROGRAM ZIARAH AMAL KE KPG. ANSIP, KENINGAU

    21 Ogos 2011 – Program Ziarah Amal anjuran JK Masjid IPG Kampus Keningau ke Kg Ansip merupakan  salah satu program Ihya Ramadhan bagi tahun 2011. Program ini merupakan suatu khidmat komuniti serta dapat mengeratkan ukhuwwah antara pelatih dengan masyarakat setempat. Pengisian program ini ialah  pembersihan dan menceriakan surau Kg Ansip, solat Asar berjemaah, tazkirah oleh Ust Sobri, majlis penutupan perasmian oleh Ustzh Saidah dan agihan hamper , beras , wang tunai serta barangan dapur lain bagi  8 keluarga muslim/mualaf. Dana program ini adalah  sumbangan dari pensyarah, staf sokongan dan pelatih. Adalah diharapkan agar program rintis ini akan menimbulkan keinsafan kepada pelatih bahawa masih ada lagi insan-insan yang kekurangan dan amat memerlukan bagi meneruskan hidup serta menghadapi hari lebaran yang menjelang tiba.

    {gallery}ziarah{/gallery}

  • DI MANA KU CARI GANTI....

    Oleh: Noemi Linus
    IPG Kampus Keningau sekali lagi kehilangan seorang insan yang amat bermakna dalam bidang kokurikulum. Encik Ahman @ Durahman Ahmad Ketua Unit Kokurikulum akan menamatkan perkhidmatannya pada 18 Ogos 2011 kerana bersara wajib. Majlis meraikan perpisahannya telah dibuat semasa perhimpunan mingguan UBF yang dikendalikan oleh Pasukan Pandu Puteri Kadet IPG Kampus Keningau. Majlis dimulakan dengan upacara Hormat Besar (salah satu istiadat untuk menyambut tetamu dalam unit beruniform Pandu puteri Kadet) kepada tetamu yang diraikan dan seterusnya Perbarisan Kehormat.

  • BENGKEL PROSEDUR DAN TEMPLATE PENGUBALAN SOALAN SERTA SKEMA PEMARKAHAN

    Bengkel prosedur dan template pengubalan soalan serta Skema Pemarkahan telah diadakan pada 8 Ogos 2011 di Hotel Perkasa, Keningau. Bengkel ini dihadiri seramai 76 orang pensyarah akademik. Bengkel telah dilaksanakan dalam dua sesi iaitu sesi padi dan sesi petang. Ceramah Prosedur dan Penggunaan Template Pengubalan Soalan telah disampaikan oleh En. Moktar Bin Mokri, KUPP IPGK Keningau. Sementara bengkel penggunaan kata tugas dan skema pemarkahan telah disampaikan oleh dua orang penceramah iaitu Pn. Vasanthi a/p Subramaniam, Pensyarah Kanan DG52 dan En. Mohd. Firdaus Bin Abd. Salam, Pensyarah Cemerlang DG52.

  • LAWATAN SAMBIL BELAJAR KE TAMAN PERTANIAN LAGUD SEBERANG, TENOM

    Lawatan sambil belajar murid Prasekolah Bestari IPG Kampus Keningau ke Taman Pertanian Lagud Seberang ini dijalankan pada 22 Julai 2011 ( Jumaat ). Lawatan ini disertai 19 orang murid serta 17 orang ibubapa yang turut diiringi 3 orang kakitangan Unit Prasekolah termasuk guru kelas. Lawatan kali ini bertemakan tumbuh-tumbuhan. Walaupun Taman Pertanian yang dipenuhi dengan tumbuh-tumbuhan yang agak kaku turut menjadi satu tempat yang menarik bagi murid-murid kerana kretiviti pihak pengurusan taman yang membuat taman tumbuhan bertema. Contohnya tema "dinosour" dan binatang.

    {gallery}lagud{/gallery}

     

  • LAWATAN SAMBIL BELAJAR KE TAMAN HIDUPAN LIAR LOK KAWI KOTA KINABALU SABAH

    Lawatan sambil belajar murid Prasekolah Bestari IPG Kampus Keningau ke Taman Hidupan Liar Lok Kawi pada 12 Julai 2011 bersamaan hari Selasa. Lawatan ini disertai 20 orang murid serta 18 orang ibu bapa yang diiringi oleh 4 orang kakitangan unit Prasekolah. Lawatan yang bertemakan hidupan liar sangat menghiburkan murid-murid sebab mereka dapat melihat sendiri hidupan liar seperti ular, buaya, beruang, harimau, gajah, orang utan dan sebagainya.

    {gallery}lok_kawi{/gallery}

     

  • SEMINAR NASIONAL PENGURUSAN & KEPIMPINAN PENDIDIKAN KE 18

    Sebanyak 13 kertas kerja telah dibentangkan dalam seminar ini yang menjurus kepada empat subtema berikut:
    1. Pemikiran Semula Pembangunan Kepimpinan Sekolah
    2. Kepimpinan Berani Menerajui Perubahan Positif
    3. Kepimpinan Sekolah Menjana Kerjasama Pintar
    4. Kepimpinan Berwawasan.

    Para pensyarah yang  berminat  boleh mendapatkan kertas kerja seminar  dalam bentuk softcopy (power point) daripada Encik Mohd Firdaus bin Abd Salam.
  • LADIES NITE 2011

    Oleh: Noemi Linus

    Pada 22 Julai baru-baru ini, staf wanita IPG Kampus Keningau telah menganjurkan majlis Ladies Nite 2011 bertempat di Hotel Juta Keningau. Majlis ini dilaksanakan khusus untuk meraikan Pengarah Puan Lim Sai Kiow @ Penny Lim sebelum beliau bersara wajib pada bulan Ogos ini. Majlis ini diisi dengan pemotongan kek dan persembahan nyanyian oleh beberapa staf IPG Kampus Keningau. Puan Pengarah sendiri turut mendendangkan lagu khusus untuk staf wanita IPG Kampus Keningau.
  • SYABAS DAN TAHNIAH

    Oleh: Zalia Abdullah

    Tahniah dan syabas diucapkan kepada pasukan tenis IPGK Keningau yang menyertai Karnival Sukan Antara Staf IPG Zon Sabah 2011. Karnival yang julung kali diadakan ini telah menyenaraikan 5 jenis sukan untuk dipertandingkan  dan penganjurannya di bahagikan kepada empat IPGK Zon Sabah seperti:

  • HARI KELUARGA STAF SOKONGAN 2011

    KOTA KINABALU - Unit Pentadbiran IPG Kampus Keningau telah menganjurkan program Hari Keluarga pada 23 dan 24 Julai yang lalu di Borneo Paradise Resort, Kota Kinabalu yang disertai oleh staf sokongan dan ahli keluarga masing-masing. Program dua hari tersebut telah diisi dengan aktiviti-aktiviti riadah seperti pertandingan bola tampar dan sukaneka yang melibatkan penyertaan dari kalangan staf dan ahli-ahli keluarga.
  • KONVOKESYEN INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS ZON SABAH 2011

    KOTA KINABALU: Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Musa Aman yakin para graduan Institut Pendidikan Guru Zon Sabah akan memberikan komitmen yang tinggi serta sanggup berkorban dan bertugas di mana-mana sahaja termasuk di sekolah-sekolah luar bandar bagi menjana kejayaan dan kecemerlangan murid-murid di pedalaman.
    Beliau berkata ini penting bagi merealisasikan transformasi pendidikan dan memartabatkan kecemerlangan pendidikan Sabah seiring dengan pencapaian di peringkat nasional.
  • DEMONSTRASI MASAKAN SOLAR

    Oleh; Noemi Linus

    Pada 13 Julai 2011, UBF Pandu Puteri Kadet sekali lagi membuat demonstrasi penggunaan ‘solar cooking’ dalam slot persembahan unit semasa perhimpunan mingguan UBF IPG Kampus Keningau. Kaedah ’solar cooking’ dapat menjimatkan tenaga elektrik, kos dan bahan api serta yang lebih penting mengurangkan risiko penyakit paru-paru yang berpunca daripada asap. Selain itu, turut membantu mengekalkan kawasan hutan daripada ditebang. Kaedah ini memerlukan alat seperti dapur solar, periuk hitam, beg plastik, tali, kayu atau batu kecil, penyepit baju dan batu besar. En. Ismail Thani, selaku wakil Pengarah IPG menzahirkan ucapan terima kasih atas ilmu yang dikongsi untuk manfaat semua ahli UBF.
  • SELAMAT KEMBALI BERTUGAS

    Seluruh warga Jabatan Teknologi Pendidikan mengucapkan selamat datang dan selamat kembali bertugas kepada En. Nadarajan A/L Manickam selepas menamatkan pengajian PHD beliau selama lebih kurang tiga tahun.
  • BIG MENTERJEMAHKAN SEMBILAN CIRI PENTING SEORANG GURU

    Oleh Mohd Firdaus bin Abd Salam

    Sembilan ciri penting seorang guru mampu diterjemahkan melalui aktiviti yang terkandung dalam program Bina Insan Guru. Ciri yang dimaksudkan ialah: respons positif terhadap persekitaran; bertindak menggunakan ilmu dan kemahiran; menghayati ciri kerohanian, nilai etika dan akhlak guru; membina mentaliti positif terhadap kerjaya guru; mampu mengurus diri, tahap kendiri tinggi; menyelesai masalah dan membuat keputusan; daya tahan emosi, jasmani, rohani dan sosial; kerjasama serta tanggungjawab; dan berfikir reflektif dan kritis.  Demikianlah rumusan  refleksi yang dikemukakan oleh para pelajar program BIG yang berakhir pada  9 Julai  2011 bertempat di PULAKO, IPG Kampus Keningau. Program yang dirasmikan oleh Puan Penny Lim pada 6 Julai 2011 itu melibatkan 33 pelajar KPLI ambilan 2011 dan seorang pelajar PISMP.
  • SELAMAT DATANG KE JABATAN ILMU PENDIDIKAN

    Pihak Jabatan Ilmu Pendidikan IPG Kampus Keningau sangat berbesar hati mengucapkan selamat datang kepada dua staf akademik baharu iaitu Puan Hanifa Sabin dan Encik Jamaluddin Abidin. Kedua-dua pensyarah akademik ini telah melapor diri bertugas  ke IPG Kampus Keningau bersama-sama seorang lagi staf akademik baharu iaitu Puan Rozita Binti Yahya yang ditempatkan di Jabatan Pengajian Melayu. Puan Hanifah Sabin  dan Encik Jamaluddin Abidin membantu dalam pengajaran  matapelajaran Pendidikan bagi kumpulan Program Persediaan (PPISMP) dan Program  Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PISMP).  Sebelum melapor diri ke IPG Kampus Keningau kedua-dua pensyarah iaitu Puan Hanifah Sabin dan Puan Rozita Yahya merupakan guru dari sekolah SMK Gunsanad Dua Daerah Keningau. Manakala Encik Jamaluddin Abidin merupakan pegawai dari Unit Peperiksaan, Perolehan dan Aset Pejabat Pendidikan Daerah Keningau.  Kepada semua pensyarah yang baru melapor diri  pihak Jabatan ilmu Pendidikan dan warga IPG mengucapkan selamat datang dan selamat bertugas. Semoga dengan kehadiran mereka ini nanti akan menambah lagi produktiviti dan kualiti pendidikan di IPG.

    Laporan disediakan oleh
    Cik Zainab Hj Nawab Khan
  • AMALI SEMBELIHAN SEMPENA SAMBUTAN ISRA' MIKRAJ

    28 Jun 2011 (Rabu)- Bersempena dengan Sambutan Isra’ Mikraj pada tahun ini  , telah diadakan amali sembelihan pada petang tersebut dan ceramah berkaitan kepentingan solat  oleh Ustaz M.Rosli Ismail pada waktu malam. Amali sembelihan tersebut ialah bagi KPLI muslim  subjek AG2050D  yang terdiri dari 9 pelatih wanita muslimah dan dihadiri juga oleh JK Masjid dan pelatih lain yang berminat. Dalam sejarah Islam, peristiwa isra' dan mikraj ialah  merupakan satu bukti tentang kebesaran, kekuasaan dan kehebatan Allah Subhanahu wa Ta'ala. Renungilah firman Allah dalam ayat 1 surah al-Isra' yang bermaksud :

    "Maha suci Allah yang memperjalankan hambaNya pada suatu malam dari masjidil Haram ke masjid al-Aqsa yang telah Kami berkati sekelilingnya agar Kami perlihatkan kepadanya sebahagian dari tanda-tanda (kebesaran) Kami. Sesungguhnya Dia adalah Maha Mendengar lagi Maha Melihat"
    Isra' membawa pengertian perjalan Nabi Muhammad s.a.w pada malam hari dengan menaiki Burak bermula dari masji al-Haram di Mekah ke masjid al-Aqsa di Baitul Maqdis.   Manakala Mikraj membawa maksud naiknya nabi s.a.w ke langit dari masjid al-Aqsa ke Sidratul Muntaha. Banyak peristiwa dan pengajaran yang boleh diambil dari peristiwa isra’ dan Mikraj ini yang membuktikan kekuasaan Allah yang tidak dijangkau kefahamannya oleh pancaindera manusia.
  • BENGKEL APLIKASI KAEDAH BAGHDADI DALAM P&P PENDIDIKAN AL-QURAN

    Disediakan oleh, Pn. Saidah Khadijah, KJ JAPIM

    Pada 3 Jun 2011 yang lalu , satu bengkel Aplikasi Kaedah Baghdadi Dalam P&P Pendidikan Al-Quran telah diadakan. Program ini dikendalikan oleh Al Fadhil Ustaz Ghazali Sabin, pegawai agama Universiti Malaysia Sabah. Semua pelatih KPLI j-QAF ambilan Januari 2011 telah mengikuti bengkel ini yang  merupakan program kendalian JAPIM IPG Kampus Keningau. Turut serta dalam bengkel ini ialah para pensyarah JAPIM. Bengkel ini telah diadakan di bilik Kuliah Sabur, bermula jam 830 malam. Program bermula dengan ucapan aluan Ustaz Mohd Rusli Ismail, penyelaras KPLI j-QAF, kemudian diteruskan dengan ceramah yang disampaikan oleh Ustaz Ghazali Sabin. Bengkel diteruskan dengan praktik kaedah baghdadi dengan bimbingan penceramah. Antara yang menarik di dalam kaedah ini ialah teknik menggunakan alat pengetuk ketika sesi P&P yang mana sesi pembelajaran menjadi lebih menarik dan pelajar dapat memahami isi pelajaran dengan mudah terutamanya tentang sebutan panjag pendek  di dalam al-quran. Bengkel ini memberikan input yang sangat bermanfaat kepada pelatih dalam melaksanakan aktiviti P&P Pendidikan Al-Quran di sekolah.

  • BILIK DARJAH ADALAH DUNIA MURID

    Oleh Mohd Firdaus bin Abd Salam

    “Guru perlu kreatif mewujudkan suasana pembelajaran  yang berkaitan dengan dunia murid, ini dapat dilakukan dengan menyediakan aktiviti yang sesuai dan bermakna dalam  lingkungan mereka”, demikian menurut Bapak Romy  Cahyadi dalam  kertas kerjanya bertajuk Educating For 21th Century Students pada Konferens Guru Sabah ke-3  di IPG Kampus Keningau.  Konferens  anjuran  bersama IPG Kampus Keningau dan ProVisi  Education, Jakarta itu turut menyaksikan tiga lagi kertas kerja  iaitu Tips for Class Control oleh  Datin Amy-Jean Yee, Pengurusan Bilik Darjah oleh Puan Siti Aisa Haji Maidin dan Guru Luar Biasa oleh Encik Baharom bin Mohd Noor.

  • KELUARGA BAHARU IPG KAMPUS KENINGAU

    Oleh Mohd Firdaus bin Abd Salam

    Seramai 75 orang  mendaftar  sebagai pelajar Program Persediaan Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PPISMP)  di IPG Kampus Keningau pada 20 Jun 2011.  Tiga opsyen yang ditawarkan iaitu Pendidikan Bahasa Melayu (SJKC), Pendidikan Seni Visual dan Pendidikan Bahasa Inggeris Sebagai Bahasa Kedua.  Proses pendaftaran yang bermula pada jam 8 pagi  itu berjalan lancar dan disusuli dengan sesi taklimat bersama ibu bapa dan penjaga.   Puan Penny Lim, Pengarah IPG Kampus Keningau dalam ucapan alu-aluannya menyeru para ibu bapa agar terus bekerjasama dengan pihak IPG bagi memastikan peluang  latihan keguruan di institut dapat dimanfaatkan.

  • PENDAFTARAN PROGRAM PENSISWAZAHAN GURU (PPG)

    Oleh Mohd Firdaus bin Abd Salam

    Bertempat di perkarangan Dewan Kuliah, IPG Kampus Keningau, para pelajar yang terdiri daripada guru-guru  yang ditawarkan mengikut PPG mendaftar seawal jam 8.00 pagi.  Tiga opsyen yang ditawarkan di IPG Kampus Keningau iaitu Bahasa Melayu Pendidikan Rendah, Pendidikan Seni Visual Pendidikan Rendah dan TESL  yang melibatkan hampir  158 pelajar.  Proses pendaftaran  yang berakhir pada jam 11 pagi itu disusuli dengan taklimat AKTA 174, Kurikulum, Pengisian Borang Perjanjian, Peperiksaan dan Pusat Sumber.  Sesi berakhir dengan taklimat Budaya IPG yang disampaikan oleh Encik Baharom bin Mohd Noor, Timbalan Pengarah IPG Kampus Keningau.
  • BENGKEL TABARRUJ

    Disediakan oleh, Pn. Saidah Khadijah, KJ JAPIM

    18 Mei 2011-  Bengkel Tabarruj anjuran JK Masjid HELWI telah diadakan di asrama wanita bagi semua pelatih muslimah. Antara pengisiannya ialah ceramah dan bengkel serta pertandingan  yang di adili oleh Pn Phyllis, Pn Saidah dan Penceramah. Antara warden yang hadir ialah Pn Afinah  dan Cik Hjh Zainab.
  • MESYUARAT SEMAKAN PRO FORMA PENDIDIKAN MORAL DIPLOMA PERGURUAN LEPASAN IJAZAH

    Disediakan oleh, Pn. Saidah Khadijah, KJ JAPIM

    11 Mei 2011 – Mesyuarat Semakan Pro Forma Pendidikan Moral Diploma Perguruan Lepasan Ijazah telah dilaksanakan di bilik Simulasi Pusat Sumber IPG K Keningau. Panel Semakan ini adalah prosedur  kedua akhir sebelum di bawa ke Senat IPGM. Panel Penyemak ialah Prof Dr Chang Lee Hoon dari UPSI, Pengarah, Ustzh Hasnah Yaakob dari Jemaah Nazir Keningau , Pn Vasanthi Penyelaras Kurikulum, Pn Saidah KJ JAPIM, Ust Misri Pembentang Proforma. Tiga Pro forma di bentangkan iaitu satu  WAJ2104(Asas Pendidikan Moral), MOR2105 (Pengetahuan Asas Pendidikan Moral) dan MOR2106 (Pengajaran dan Pentaksiran Pendidikan Moral.
  • LAWATAN SAMBIL BELAJAR KE JABATAN BOMBA DAN PENYELAMAT KENINGAU

    Lawatan sambil belajar murid Prasekolah Bestari Institut Pendidikan Guru Kampus Keningau ke Jabatan Bomba Dan Penyelamat Keningau telah diadakan pada 12 Mei 2011 (Khamis). Lawatan ini dianjurkan dibawah Jabatan Ilmu Pendidikan dan pihak IPG.
  • JASAMU TETAP DIKENANG

    Oleh: Noemi Linus

    IPG Kampus Keningau kehilangan seorang staf sokongan apabila Cik Mahmudah Salam berpindah ke Jabatan Akauntan Cawangan Sandakan kerana dinaikkan pangkat ke W22. Beliau yang bertugas sebagai Pembantu Akauntan W17 di IPG Kampus Keningau sejak tahun 2004 diraikan dalam majlis perpisahan pada 20 Mei 2011 yang dihadiri oleh Pengarah, Timbalan Pengarah dan semua staf sokongan IPG Kampus Keningau.
  • JAMUAN AKHIR SEMESTER 1/2011 KLM 32lh

    Oleh:Zalia Abdullah, Setiausaha KLM 32 2011


    Bertempat di PULAKO, IPG Kampus Keningau seramai 42 orang ahli KLM 32 telah berhimpun dan mengadakan jamuan meraikan tamatnya aktiviti UBF bagi sem.1/2011. Selain daripada itu, majlis yang diadakan secara sederhana ini juga bertujuan untuk mengeratkan silaturahim antara ahli dan pensyarahh pembimbing KLM 32.
  • HARUN YAHYA CONFERENCE: THE MIRACLE OF THE QURAN, ISLAM & SCIENCE

    Disediakan oleh, Pn. Saidah Khadijah, KJ JAPIM
    2 Mei - Seramai 37 orang pelatih yang terdiri daripada  14 orang lelaki dan 23 orang     perempuan telah mengikuti program ceramah yang  merupakan program anjuran  bersama Masjid Bandaraya Kota Kinabalu, Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sabah (JHEAINS), Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM)  cawangan Sabah, Majlis Gabungan NGO Islam Sabah (CONCERN) dan Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM). Program ini telah diadakan di Masjid Bandaraya Kota Kinabalu yang bermula pukul 9 pagi dan berakhir pada 1 petang.  Program bermula dengan bacaan doa dan taklimat daripada penganjur. Kemudian diteruskan dengan ceramah yang pertama yang telah disampaikan oleh Dr. Ahmad Oktar Babuna dan ceramah kedua telah disampaikan oleh En. Turgut Aksu
  • KURSUS MS-EXCEL PERINGKAT LANJUTAN

    Oleh: Noemi Linus
    Jabatan Teknologi Pendidikan dengan kerjasama Unit Kepimpinan Pengurusan Profesionalisme telah melaksanakan Kursus MS-Excel untuk staf sokongan IPG Kampus Keningau. Kursus selama dua hari ini bermula pada 12 Mei 2011 disertai dan seramai 17 orang staf sokongan. Kursus kendalian Encik Yusop bin Said dan Puan Noemi Linus ini bertujuan untuk meningkatkan kemahiran mengurus data berkaitan dengan pengurusan dan pentadbiran.
  • IPG KOMITED DALAM MENJANA TRANSFORMASI PENDIDIKAN NEGARA

    Oleh Mohd Firdaus bin Abd Salam, PC

    “Kementerian meletakkan harapan yang paling tinggi di bahu tuan puan selaku pemangkin transformasi untuk memastikan anak didik sentiasa diperlengkap dengan kemahiran dan pengetahuan pedagogi yang tinggi, elemen kemahiran berfikir, komunikasi, kerohanian, sikap dan nilai, dan keterampilan diri”, demikian sebahagian inti sari ucapan Puan Penny Lim, Pengarah IPG Kampus Keningau  sempena Sambutan Hari Guru Peringkat IPG yang diadakan pada 10 Mei 2011 bertempat di Dewan TSSK.

    Majlis yang bermula pada jam 8.00 pagi itu dimeriahkan dengan persembahan para pelajar, penyampaian Anugerah Khas Pensyarah dan penyampaian cenderamata kepada Tutor kelas. Ikrar Guru yang diketuai oleh Encik Baharom bin Mohd Noor, Timbalan Pengarah mengakhiri atur cara dalam dewan.   Meneruskan tradisi seperti tahun sebelumnya, jamuan turut dianjurkan di setiap kelas sebagai tanda penghargaan kepada para pensyarah selain menjalin kemesraan sesama warga IPG.
  • PROFESION KEGURUAN PILIHAN UTAMA WARGA PEDALAMAN

    Oleh Mohd Firdaus bin Abd Salam, PC

    Ribuan remaja lepasan SPM menanti dengan penuh sabar giliran ditemu duga demi merealisasikan impian bergelar seorang guru. Seawal jam 7.00 pagi  perkarangan SMK Kemabong Tenom dipenuhi para ibu bapa yang menemani anak-anak mereka  untuk menghadiri Temu Duga Khas Pedalaman kursus PISMP ambilan Jun 2011.     Proses pendaftaran yang bermula pada jam 7.30 pagi itu disusuli dengan ujian INSAK, berakhir dengan  temu duga  kumpulan/individu pada jam 5.30 petang .  Puan Penny Lim, pengarah IPG Kampus Keningau yang mengetuai pegawai penemu duga menganggarkan lebih kurang seribu calon berjaya ditemu duga dan tiada insiden yang tidak diingini berlaku sepanjang proses temu duga dijalankan.
  • MAJLIS PENUTUPAN KURSUS 4 MINGGU: MBM

    Oleh Mohd Firdaus bin Abd Salam, PC

    Peserta kursus merakam kenangan bersama Pengarah dan pensyarah

    Majlis penutupan Kursus 4 Minggu (MBM) yang diadakan pada 29 April 2011 di Bilik Latihan Profesional telah disempurnakan oleh Puan Penny Lim, Pengarah IPG Kampus Keningau. Kursus yang bermula sejak  4 April 2011 itu bertujuan memantapkan kompetensi guru Bahasa Melayu bagi menjayakan dasar MBMMBI.  Majlis yang berakhir pada jam 11.30 pagi itu turut diisi dengan sesi pembentangan hasil tugasan berkumpulan dan pameran bahan-bahan bantu.
    Puan Penny Lim dalam ucapan penutupnya menyeru agar para peserta  berkongsi  pengalaman dengan guru-guru di sekolah dan  sentiasa menambah baik teknik-teknik pengajaran  di bilik darjah,  seterusnya sama-sama menggalas tanggungjawab  menjayakan dasar MBM.
  • HARI KELUARGA JKM, JAPIM, JKHEIM

    Disediakan oleh, Pn. Saidah Khadijah, KJ JAPIM

    1 Mei 2011- Seramai lebih kurang 35 pelatih jawatankuasa Masjid , 2 pensyarah JKHEIM (Tn.Timbalan dan Pn Norhayati) dan  3 keluarga JAPIM telah bersama –sama meraikan hari keluarga ini dengan  tema ‘Ukhuwah itu indah’. Program ini diserikan lagi dengan kehadiran Tuan Timbalan Pengarah iaitu En Baharom Mohd Noor. Hari keluarga ini dimulakan dengan solat Dhuha dan bersarapan di masjid. Setelah itu semua peserta dan jemputan bergerak ke padang hoki bagi memulakan acara sukaneka seperti Belon bergerak, telefon karat, tiup tepung  dan tiup belon. Acara selingan ialah berukar-tukar hadiah dan Qultum serta bakar-bakar ayam. Terdapat 4 kumpulan yang terdiri dari pelatih, pensyarah dan anak pensyarah. Kumpulan yang menang ialah kumpulan dua  dan pensyarah paling sporting ialah Ustaz M.Rosli. Pada waktu tengahari semua peserta bergerak ke masjid untuk Solat Zohor berjemaah. Adalah diharapkan program menarik ini dapat diteruskan bagi mengeratkan ukhuwah  JK pada masa akan datang. TAHNIAH!
  • JASA DAN BAKTI JADI SEBUTAN, HILANG DI MATA DI HATI JANGAN

    Oleh Mohd Firdaus bin Abd Salam, PC


    ”Siapa sangka Tuan Haji Yaacob akan menamatkan perkhidmatannya di IPG Kampus Keningau, beliau sendiripun mungkin tidak pernah bermimpi akan mengakhiri kerjayanya di suatu tempat yang letaknya beribu batu jauh dari kampung halaman dan negeri kelahirannya” demikianlah antara petikan ucapan Puan Penny Lim@ Lim Sai Kiow, Pengarah IPG Kampus Keningau dalam majlis persaraan Tuan Haji Yaacob bin Ismail pada 15 April 2011 di Dewan Tan Sri Suffian Koroh.  Lebih istimewa lagi, majlis persaraan beliau turut diraikan bersama isteri tercinta yang kebetulan berada di Keningau.  Selain penyampaian cenderamata, pemotongan kek hari jadi  dan persembahan khas daripada para pelajar, Tuan Haji turut diarak menaiki kenderaan mengelilingi kampus.
  • ANUGERAH INOVASI PENSYARAH ZON SABAH 2011

    KEPUTUSAN:

     

    Kategori
    Kedudukan
    Pemenang
    Individu
    Johan
    ‘Usahawan Tani’ oleh Encik Mohd Nazri Abdul Rahman (IPG Kampus Kent)
    Naib Johan
    ‘2D  Sketchbook, 3D Model + Apresiasi’ oleh Dr. Rosmawati Hamzah (IPG Kampus Gaya)
    Ketiga
    ‘KEMAS’ oleh Encik Vijayen a/l Gopal (IPG Kampus Keningau)
    Keempat
    ‘Tel Tek’ oleh Encik Mohd Najib bin Rashid (IPG Kampus Tawau)
    Kumpulan
    Johan
    ‘ALWAN’ oleh Encik Wan Azmi bin Wan Omar, Puan Azizah binti Hussin, Encik Muhammad Zyad Mukhtar & Encik Izuddin bin Mohammed (IPG Kampus Tawau)
    Naib Johan
    ‘GETARAN’ oleh Encik Ronald Yusri Batahong & Encik Abdul Halim Hashim (IPG Kampus Keningau)
    Ketiga
    ‘VSE’ oleh Encik Benny Kong, Encik Teh Ah Huat & Encik Kok Boon Shiong (IPG Kampus Kent)
    Keempat
    ‘3G-S’ oleh Encik Alvin Auh Min Han & Cik Eva Chakravarthi (IPG Kampus Gaya)

    Tahniah kepada semua pemenang!

  • MESYUARAT PENGGUBALAN KURIKULUM DIPLOMA PERGURUAN LEPASAN IJAZAH

    Disediakan oleh, Pn. Saidah Khadijah, KJ JAPIM
    18 – 20 April 2011-  Mesyuarat Penggubalan Kurikulum Diploma Perguruan Lepasan Ijazah  Tiga Semester telah diadakan di Bilik Simulasi , Pusat Sumber IPG Keningau. Penggubalan kurikulum ini adalah arahan dari IPG induk bagi menyediakan 3 proforma iaitu Pendidikan Moral (Wajib)  dan 2 proforma Pendidikan Moral (Elektif).  Pn Vasanthi sebagai penyelaras kurikulum  telah mengendalikan mesyuarat ini dengan menjemput 2 panel   dari IPG Kent iaitu En.Ranjit (KU Pend Moral) dan En.Amidy (KJ HEP). Panel yang lain ialah En. Mait, En Donatus, Pn Vasanthi, Pn Saidah, Ustaz Sobri, Ustaz Misri dan En.Zakaria. Kurikulum ini akan menghadapi prosedur vatting bersama IPGM dan di sahkan di peringkat Senat IPGM dalam masa terdekat.
  • LAWATAN KE WAD KANAK-KANAK HOSPITAL KENINGAU

    Oleh, Noemi Linus

    Pada 20.03.2011 yang lalu, pasukan unit beruniform Pandu Puteri Kadet IPG Kampus Keningau telah melaksanakan aktiviti lawatan Khidmat Komuniti ke Wad Kanak-kanak Hospital Keningau. Aktiviti ini merupakan salah satu aktiviti Pendidikan Komuniti yang terdapat dalam sukatan pelajaran Persatuan Unit Beruniform Pandu Puteri Kadet KPLI(SR). Aktiviti yang telah disertai oleh seramai 17 ahli Pandu Puteri Kadet dan 2 orang pensyarah pengiring ini dilaksanakan untuk menyediakan ahli Pandu Puteri Kadet satu pengalaman tentang ilmu Pendidikan Komuniti, memupuk semangat kesukarelaan dan kesedaran sivik.
  • KURSUS PENYELENGGARAAN ICT UNTUK STAF SOKONGAN

    TARIKH : 13 – 14 April 2011
    MASA : 8.00am – 4.00 pm
    Tempat : Makmal 1
    Anjuran : Jabatan Teknologi Pendidikan, IPG Kampus Keningau

    Kursus tersebut telah dihadiri oleh seramai 16 orang staf sokongan yang terdiri daripada Pegawai Gred 17 – 27. Objektif utama kursus ini adalah untuk memberi pendedahan kepada peserta tentang komponen-komponen utama PC dan perkakasan network serta membuka dan memasang peralatan tersebut. Di antara topik yang disentuh termasuklah pengenalan komponen-komponen ICT, membuka dan memasang perkakaan ICT, penyelanggaran perisian Windows,  konsep networking dan keselamatan data.

  • HADIRNYA BERSAMA SEGUNUNG HARAPAN

    Oleh Mohd Firdaus bin Abd Salam, PC

    Meredah perjalanan selama 8 jam tidak sedikit pun mematahkan semangat 20 orang murid dari SK Saliku, Nabawan untuk meneruskan misi di IPG Kampus Keningau.   Misi untuk menyertai  Program Pemulihan & Kecemerlangan Motivasi UPSR akhirnya tiba menggunakan kenderaan pacuan empat roda di perkarangan kafeteria  jam 2 petang. Wajah-wajah kelesuan kembali ceria apabila seorang demi seorang atulai kecil disambut oleh kakak dan abang yang terdiri daripada pelajar PISMP Opsyen Pendidikan Pemulihan Semester 3.  Selama tiga hari dua malam, bermula pada 31 Mac 2011 mereka mengikuti bimbingan empat mata pelajaran teras serta pemulihan untuk lima orang murid. Selain itu, aktiviti mereka juga diisi dengan riadah, kerohanian, dan motivasi kendalian pensyarah dan para pelajar PISMP.
  • SEMINAR PENYELIDIKAN PENDIDIKAN MORAL

    31 Mac 2011- Seminar Penyelidikan Pendidikan Moral telah dianjurkan oleh pelatih PISMP Matematik dan PISMP Kajian Sosial semester  3 bertujuan untuk memenuhi keperluan projek Pendidikan Moral Elektif dan memberikan pengalaman  berkaitan penyelidikan kuantitatif. Seminar ini diselaraskan oleh Ustaz Misri Bohari dari JAPIM dan dipengerusikan oleh Saudara Hanafi Solomon .Seminar ini bertemakan ‘ Peribadi Mulia Membina Insan bermoral’.Sebanyak 4 kertas kerja  yang dibentangkan iaitu Pertama, Pendermaan Organ dari aspek nilai, agama dan masyarakat, Kedua, Aplikasi Teori Pembelajaran Sosial ke atas kanak-kanak Pra sekolah, ketiga , Aplikasi teori Utilitarianisme dalam Konteks Penjagaan Alam Sekitar dan keempat, Keberkesanan Program Bina Insan Guru dalam melahirkan Insan Bermoral . Salah seorang peserta iaitu saudara Ronald berpendapat bahawa seminar ini telah memberikan pengetahuan berkaitan tahap keperihatinan pelatih IPG K Keningau terhadap alam sekitar. Di dalam ucapan penutupan Seminar  oleh Pn Penny Lim, menyatakan selepas seminar ini pelatih hendaklah mengadakan kempen atau pameran seperti kebaikan pendermaan organ, penjimatan elektrik dan air serta penghayatan Bina Insan Guru. Dapatan kajian – rujuk : http://misrihjbohari.blogspot.com.
  • MAJLIS TILAWAH AL QURAN PERINGKAT DAERAH KENINGAU DAN PERINGKAT BORNEO 2011

    26 Mac 2011- Saudara Mohd Hafizuddin bin Zinin dari PPISMP TESL Semester 2 , telah mewakili IPG Kampus Keningau ke Majlis Tilawah Al Quran Peringkat Daerah Keningau dengan memenangi tempat kedua dengan hadiah RM250. Saudara M.Hafizuddin mendapat cabutan  pembacaan ke tujuh iaitu surah Hud bermula dari ayat 15 .Penyertaan peringkat Daerah ini adalah terbuka untuk masyarakat di sekitar Keningau yang dianjurkan oleh Jabatan Hal Ehwal Agama Islam dan Pejabat Daerah Keningau. Pertandingan ini diadakan di Dewan Serbaguna Kampung Meninipir dan dirasmikan oleh Datuk Hj Sairin Bin Karno ADUN Liawan. Ini adalah kali pertama pelatih ini menyertai pertandingan Tilawah peringkat daerah dan umum. Beliau pernah mewakili Sekolah Rendah Pekan Kota Belud ke Peringkat Daerah (sekolah) pada tahun 2003. Tahniah.

    1-3 Mac 2011- Pertandingan Tilawah Al Quran Peringkat Borneo 2011 telah diadakan di Universiti Malaysia Sabah  anjuran Sekolah Pendidikan UMS  bertempat di Dewan Canselor. Pertandingan ini melibatkan semua IPTA, IPTS dan IPG di Sabah dan Sarawak.IPG Kampus Keningau telah menghantar Saudara M.Hafizuddin dan Saudari Norkumaladewi bin Muhammad Opsyen PISMP B.Melayu Semester 5. Cabutan pertandingan  kali ini adalah berbeza kerana peserta dikehendaki mencabut dua jenis lagu(bacaan al Quran) iaitu bagi saudara M.Hafizuddin ialah lagu Rast dan Sikah manakala Saudari Norkumaladewi ialah lagu  Sikah dan Jahikah manakala ayat bacaan adalah bebas.
  • KUTIPAN DERMA MANGSA TSUNAMI JEPUN

    oleh Cik Hajah Zainab Hj Nawab Khan
    Projek pungutan sumbangan kepada mangsa Tsunami Jepun telah dilancarkan oleh Persatuan Pandu Puteri Malaysia Kebangsaan pada 18 Mac 2011. Projek ini berlangsung selama sebulan mulai 19 Mac hingga 19 April 2011. Sehubungan dengan itu Pasukan Pandu Puteri Kadet IPG Kampus Keningau telah mengorak langkah melancarkan kutipan sumbangan ini pada 6 April khusus untuk warga IPG Kampus Keningau. Majlis ini dilaksanakan sempena perhimpunan Unit Beruniform IPG yang dihadiri oleh Encik baharom Mond Noor Timbalan pengarah IPG Kampus Keningau. Ahli-ahli Pasukan yang diketuai oleh adik Norfarahain Johanis telah menyediakan tabung derma dan poster kempen untuk merayu warga IPG Kampus Keningau untuk menghulurkan bantuan sebanyak yang mungkin. Pasukan Pandu Puteri Kadet IPGKK berharap lebih ramai warga IPG tampil untuk menghulurkan bantuan bagi meringankan beban yang ditanggung oleh mangsa Tsunami dan gempa bumi di Jepun. Semua kutipan ini akan disalurkan ke Ibu Pejabat Persatuan Pandu Puteri Malaysia untuk tindakan selanjutnya. Kepada semua yang telah menghulurkan sumbangan pasukan pandu Puteri Kadet IPGKK mengucapkan ribuan terima kasih.
  • KURSUS PENDEK KELOLAAN INSTITUT

    Oleh Mohd Firdaus bin Abd Salam, PC

    Seramai 18 orang guru Bahasa Melayu sekolah  rendah daerah Keningau dan Nabawan telah mengikuti Kursus ‘Komputer dalam Pengajaran Bahasa Melayu’ bertempat di IPG Kampus Keningau.  Kursus yang  telah  diadakan pada 23 sehingga 25 Mac itu  merupakan satu daripada sebelas siri KPKI di bawah program MBMMBI anjuran IPG Kampus Keningau bagi  tahun 2011. Kursus kendalian Encik Mohd Firdaus bin Abd Salam itu bertujuan meningkatkan kemahiran guru Bahasa Melayu dalam membina bahan pengajaran dan pembelajaran berasaskan TMK.   Para peserta telah didedahkan tentang  memuat turun bahan pengajaran dan pembelajaran menggunakan enjin-enjin carian, membina bahan menggunakan perisian movie maker, pengeditan  video dan power point.     Pada tarikh yang sama juga telah diadakan bengkel ‘Penulisan dalam Pengajaran’ oleh Puan Norhayati Idris dan Encik Agus Yanul  di PKG Tambunan untuk guru-guru Bahasa Melayu Daerah Tambunan.
  • INSTITUT PENDIDIKAN GURU MELAKAR SEJARAH

    Oleh Mohd Firdaus bin Abd Salam, PC


    IPG mencatatkan suatu lagi sejarah dalam dunia pendidikan negara apabila menganugerahkan ijazah sarjana muda perguruan  kepada graduan sulung Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PISMP) yang diperkenalkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia pada tahun 2007.  Seramai 1,987 pelajar yang mengikuti latihan di 27 buah IPG seluruh negara telah berjaya menamatkan pengajian mereka pada November 2010.  Kesemua graduan ini telah pun ditempatkan di sekolah-sekolah rendah seluruh negara bermula pada 7 Februari lalu.

    Istiadat konvokesyen yang berlangsung dengan penuh gemilang itu telah diadakan selama dua hari yang bermula pada 16 Mac 2011 di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC), Putrajaya.
  • KEMERIAHAN TAHUN ARNAB

    20 Februari 2011- IPG Kampus Keningau telah dimeriahkan dengan sambutan Festival 1Malaysia yang bertempat di Dewan Tan Sri Suffiah Koroh. Majlis ini merupakan anjuran Jawatankuasa Perwakilan Pelajar Sesi 2010/2011 dengan kerjasama Pelatih Berbangsa Cina dan Jabatan Hal Ehwal Pelajar. Antara yang hadir malam tersebut ialah Tetamu VIP Datuk Tham Koon Siong, Timbalan Pengarah IPGK Keningau, Encik Baharom bin Mohd Noor, Puan Vasanthi a/p Subramaniam serta beberapa wakil tetamu undangan. Persembahan pembukaan yang diserikan dengan persembahan 24 drums yang seragam dan begitu menakjubkan telah menghangatkan suasana dewan. Majlis pada malam tersebut telah berlangsung dengan gilang-gemilangnya dan diwarnai dengan aneka persembahan yang terdiri daripada tarian etnik oleh Biro Kebudayaan JPP, pendeklamasian sajak Cina, persembahan misteri, tarian naga serta tarian singa yang “glow in the dark”, wushu dan unicorn, nyanyian berkumpulan dan seterusnya  gabungan tarian kipas dan tarian reben. Majlis ini berakhir pada pukul 10.30 malam dengan pertunjukan bunga api yang menghiasi langit malam di Bukit Langsat.
    Foto-foto sekitar majlis >
  • AKSI KENANGA DAN TANGGANG MENGGAMATKAN DEWAN

    Mohd Firdaus Abd Salam, GC

    “Kalau Tanggang itulah anak yang aku kandung selama 9 bulan, tunjukkanlah balasan kepadanya ya Allah!”,. Demikianlah sebahagian petikan dialog yang dipersembahkan oleh pelajar PISMP semester 1 pada Malam Warna Warni Bahasa, 23 Februari 2011 bertempat di Dewan Tan Sri Suffiah Koroh, IPG Kampus Keningau.   
    Selain mempraktikkan teknik-teknik pengajaran Bahasa Melayu yang dipelajari melalui kuliah,  persembahan tersebut juga  turut dinilai untuk pemarkahan tugasan projek  kursus BMM3117 yang dibimbing oleh Puan Norhayati binti Idris. Sebanyak 14 teknik pengajaran telah dipersembahkan secara berkumpulan oleh pelajar dari opsyen Bahasa Melayu semester 1 dan Pendidikan Pemulihan semester 3. Antara teknik yang dipersembahkan seperti bercerita, kerusi panas, balang kaca, dan boneka. Paling mencuit hati dan menggamatkan dewan  apabila  Tanggang dan Kenanga sedang bermadu asmara   yang dijayakan melalui teknik drama. Aktiviti yang turut dihadiri oleh Timbalan Pengarah dan Ketua Jabatan Hal Ehwal Pelajar itu berakhir pada jam 11 dengan persembahan teknik permainan bahasa.
  • SAMBUTAN MAULIDUR RASUL PERINGKAT IPG KAMPUS KENINGAU

    14- 22 Februari 2011 – Sambutan Maulidur Rasul Peringkat IPG Kampus Keningau bermula pada tarikh tersebut dengan pengisian ‘amazing race’, pertandingan multimedia, pertandingan lukisan, kuiz dan pertandingan bercerita bagi kanak-kanak. Majlis penutupan sambutan ini ialah pada 22 Februari di Dewan Jubli Perak yang disempurnakan oleh Tuan Timbalan Pengarah En. Baharom Mohd Noor. ‘Amazing Race ‘ adalah suatu acara di mana pelatih dikehendaki melaksanakan suatu tugasan berdasarkan sunnah nabi contohnya cara makan mengikut sunnah Nabi dan sebagainya.. Pertandingan lukisan adalah menggambarkan kisah hidup Rasulullah.  Pertandingan bercerita yang disertai oleh  8 kanak-kanak di bawah usia 12 tahun  yang terdiri dari anak-anak pensyarah dan staf adalah antara  acara yang menarik dimana peserta menunjukkan bakat bercerita yang tersendiri.
  • SAMBUTAN MAULIDUR RASUL PERINGKAT DAERAH KENINGAU

    15 Februari 2011(Selasa) – Sambutan Maulidur Rasul Peringkat Daerah Keningau. IPG Keningau telah menghantar satu kontigen yang terdiri dari 98 pelatih iaitu pelatih j-QAF, PPISMP ,  PISMP , KPLI serta kumpulan kompang. Kontigen ini dihantar bagi menyertai dan memeriahkan lagi pertandingan perbarisan dan pertandingan sepanduk kategori institusi pengajian . Kontigen ini mendapat tempat saguhati kerana pertandingan yang sengit dari PLDK dan PDRM.  Pensyarah yang mengiringi adalah di kalangan pensyarah JAPIM dan JHEP. Perarakan sejauh 4 km dari padang bandaran Keningau ke Dewan Aked, Tamu Ground sambil mengalunkan salawat kepada  junjungan besar Nabi Muhammad SAW adalah diharapkan dapat menimbulkan keinsafan para peserta bahawa perjalanan kehidupan Rasulullah dan para pengikutnya adalah berliku dan memerlukan ketabahan serta perediaan  mental dan fizikal yang tinggi. Syabas kepada kontigen IPGKeningau atas penyertaan di peringkat daerah ini.
  • TAKLIMAT PENGURUSAN PROGRAM J-QAF

    29 -30 Januari – Bertempat di Blok B, suatu taklimat khas kepada seramai 50 pelatih j-QAF baru diadakan meliputi taklimat pengurusan  program j-QAF di sekolah seperti Konsep Kelas Pemulihan Jawi, Kelas Tasmik al Quran, Kem Bestari Solat dan Bahasa Arab. Kesemuanya diterangkan dengan jelas oleh pensyarah JAPIM bagi bekalan mereka ke sekolah kelak. Memandangkan  pelatih ini belum menerima penempatan bagi LPBS ,mereka  masih ditempatkan di asrama IPG sehingga SPPIM Kota Kinabalu  memberikan penempatan. Agihan modul pembelajaran juga diagihkan secara soft copy bagi memudahkan pelatih melaksanakan pembelajaran kendiri. Minggu Orientasi Sekolah (MOS) juga telah diagihkan sebagai tugasan pertama mereka mengenali sekolah masing-masing. Adalah diharapkan agar kesemua pelatih ini dapat menyesuaikan diri dan menangani cabaran di sekolah latihan mereka.
  • PROGRAM PERKAMPUNGAN SEMARAK UKHUWWAH

    28 – 30 Januari - Program Perkampungan Semarak Ukhuwwah anjuran JK Masjid, Biro Agama dan Kerohanian dan JAPIM telah di adakan di Pusat Latihan Dakwah Keningau. Tujuan program ini adalah bagi mendapatkan input mengenai dakwah , kepimpinan dan kerohanian dari pensyarah-pensyarah Pusat Latihan Dakwah Keningau (PLDK). Selain dari itu program ini dapat memperkenalkan pelatih IPG kepada organisasi lain yang berhampiran yang juga terdiri dari pelatih dalam jurusan yang berbeza. Program ini dilaksanakan selama tiga hari dua malam.

    Sesi pertama iaitu pada 28 Januari jam 2.30 petang ialah  Ice Breaking yang di kendaikan oleh Ustaz Azrul dari PLDK. Tuan Pengetua PLDK ini juga sudi memberikan input yang berguna kepada seramai 31 pelatih IPG pada sebelah malam. Para pelatih PLDK yang terdiri dari Majlis perwakilan pelajar memberikan kerjasama yan amat baik sepanjang proram ini. Inilah julung kalinya program tautan antara IPG dan PLDK diadakan walaupun organisasi ini berhampiran dengan IPG2. Program ini diisi dengan ice breaking, ceramah, bengkel, riadah, qiamullail , malam penghayatan insan dan diskusi ilmiah. Diskusi ilmiah yang membawa tajuk “Perjalanan Dakwah Rasulullah SAW : Satu cabaran terhadap belia masakini” telah menggabungkan seorang panel dari pelatih IPG dan seorang pelatih PLDK. Pada siri diskusi semua pelajar PLDK dikehendaki hadir bagi menyaksikan  gabungan fakta dan idea yang digarap dengan jelas dan matang oleh pelajar yang dipilih.
  • KURSUS KURIKULUM STANDARD SEKOLAH RENDAH & PENGAJARAN PENDIDIKAN MORAL

    20 Januari 2011 – Kursus Kurikulum Standard Sekolah Rendah  dan pengajaran pendidikan Moral telah dikendalikan oleh ULDP dan JAPIM bagi mendedahkan 10 pensyarah pendidikan moral dan 37 pelatih PISMP Sem 3 yang mengambil elektif pendidikan Moral. Penceramah kursus ini ialah dua orang Jurulatih Utama Pendidikan Moral Daerah Keningau iaitu En.Mohd Syukur Naidu dari SK ST Francis dan Cik Faridah Nordin dari SK PEkan Keningau. Kursus ini padat dengan pengisian dan bengkel berkaitan Pengenalan KSSR, Dokumen standard KSSR Pend.Moral TAhun 1, Elemen merentas kurikulum, pendekatan dalam pendidikan moral, penilaian dalam pendidikan moral, pembelajaran aktif dalam pendidikan moral dan penggunaan buku teks dalam pendidikan moral.
  • GOTONG-ROYONG MASJID

    16 Januari 2011 -Gotong Rotong masjid telah diadakan yang dikendalikan oleh Jawatankuasa Masjid yang diketuai oleh Saudara Asdar dan Amir. Tujuan gotong royong ini adalah untuk mengeratkan ukhuwwah antara pelajar dan staf muslim. Selain dari itu , ianya juga adalah persediaan menyambut  Maulidur Rasul pada 14 Februari disamping mengemaskini inventori peralatan dapur masjid.Terima kasih diucapkan kepada individu-individu yang bermurah hati menyumbangkan jamuan semasa rehat serta bahan-bahan pencuci untuk kegunaan pembersihan. Pelatih juga telah mengemaskini papan kenyataan serta bilik gerakan masjid.

    Allah berfirman:
    ‘Hanyalah orang-orang yang beriman kepada Allah dan hari akhirlah yang akan memakmurkan masjid-masjid Allah.’
    -surah At-Taubah ayat 18
  • KURSUS PENILAIAN, PENTAKSIRAN DAN PEMBINAAN JADUAL SPESIFIKASI UJIAN

    12 Jan 2011- IPG Kampus Keningau dan Pusat Latihan Dakwah Keningau (JAKIM)  telah mengadakan Kursus Penilaian, Pentaksiran dan Pembinaan Jadual Spesifikasi Ujian dengan kerjasama Unit Peperiksaan dan Penganugerahan IPG Kampus Keningau dan Jabatan Pendidikan Islam dan Moral. Kursus ini adalah suatu usaha bagi merapatkan IPG dengan organisasi di sekitar Keningau. Perkongsian ilmu di bidang penilaian dan pentaksiran adalah penting bagi menggunakannya sebagai suatu alat ukur menilai pelajar. Kursus ini di hadiri oleh 28 pensyarah persijilan dan diploma  bertempat dIBilik Simulasi 2, IPG Kampus Keningau. Penceramah kursus ini ialah En Moktar Mokri dari Unit Peperiksaan dan Ustaz Misri dari JAPIM. Bengkel telah diadakan dimana peserta kursus diminta membina Jadual Spesifikasi Ujian berdasarkan sukatan pelajaran dan program masing-masing. Penerangan mengenai pembinaan instrumen soalan juga  diterangkan secara terperinci. Adalah diharapkan agar perkongsian ilmu ini memberi manfaat yang maksimum kepada para pensyarah Pusat Latihan Dakwah Keningau.
  • JAMUAN TAHUNAN STAF PENGURUSAN DAN SOKONGAN 2010

    Pada 16 Disember 2010 satu majlis jamuan tahunan telah diadakan bagi merai dan menghargai sumbangan dan kerja keras staf pengurusan dan sokongan dalam mencemerlangkan IPG Kampus Keningau sepanjang tahun 2010. Bertemakan 1Malaysia, para hadirin memperagakan pelbagai pakaian dan busana tradisional pelbagai kaum yang terdapat di Malaysia. Majlis diserikan lagi dengan kesudian Pengarah IPG Kampus Keningau, Puan Lim Sai Kiow @ Penny Lim dan Timbalan Pengarah, En. Baharom Mohd Noor yang turut hadir pada malam tersebut.
    Pengisian pada malam itu termasuklah pertandingan karaoke duet, cabutan bertuah, persembahan dari setiap unit dan beberapa anugerah khas. Di majlis itu juga, beberapa orang staf yang sudah menamatkan pengajian dan sedang mengambil kursus-kursus seperti Ijazah Sarjana, Ijazah Sarjana Muda dan Diploma telah diberi penghargaan atas usaha dan komitmen untuk menambah ilmu serta meningkatkan kerjaya masing-masing.
  • KURSUS ETIKA MEJA DAN JAMUAN PERPISAHAN

    11 Disember 2010 – Pelajar Kemas Ambilan 2007 telah mengadakan gabungan Unit Beruniform Persatuan Pandu Puteri Kadet seramai 11 orang pelatih dan Pergerakan Puteri Islam Malaysia  seramai 20 orang pelatih telah mengadakan Kursus Etika Meja dan Jamuan Perpisahan di Hotel Perkasa Keningau. Taklimat etika meja ini disampaikan oleh En Aritus iaitu Assistant Food & Beverages Hotel Perkasa Keningau. Taklimat adalah meliputi jenis kutleri bagaimana menghadapi menu mixed crispy salad, cream of mushroom soup, Fillet steak dan ice cream. Taklimat ini adalah termasuk di dalam sukatan unit beruniform PPPK dan PPIM. Pelatih mendapat ilmu pengetahuan yang baik dan berguna terutamanya apabila menghadiri majlis rasmi. Majlis diakhiri dengan acara Sahabatku Sahabatmu bagi PPIM dan Monito Sonito bagi PPPK.
  • HADIRNYA DIHARGAI, PERGINYA DITANGISI

    Oleh Mohd Firdaus bin Abd Salam
    Suasana sebak melatari  majlis persaraan  Puan Amelia Francis, KJ  Penyelidikan dan Inovasi Profesionalisme Keguruan, IPG Kampus Keningau yang diadakan pada  19 November 2010 di perkarangan Blok Pentadbiran.   Beliau yang bersara wajib pada 24 November turut diraikan dalam satu majlis perpisahan yang diadakan pada 12 November bertempat di salah sebuah hotel terkemuka di Kota Kinabalu.

    Puan Amelia yang diiringi oleh Puan Penny Lim, Pengarah IPG Kampus Keningau bersalam-salaman dengan semua pensyarah dan staf sokongan yang hadir sehingga mengundang suasana sayu dan sedih.  Selain penyampaian cenderamata , turut diadakan acara memotong kek  yang juga merupakan tarikh ulang tahun beliau.  Akhir sekali Puan Amelia  dibawa menaiki kenderaan mengelilingi kampus,  sambil  para pensyarah dan pelajar KDC Kemas/Perpaduan berbaris di kiri dan kanan jalan sebagai simbolik perpisahan  beliau.
  • “PILIHAN DI TANGAN KITA”, INGATAN TKPPM KEPADA WARGA PENDIDIK

    Oleh Mohd Firdaus Abd Salam

     

    “kita berada pada pusingan akhir lumba larian berganti-ganti dengan baton sudah berada di tangan dan hanya menanti tekad untuk menggapai kejuaraan”, demikianlah diibaratkan  tanggungjawab golongan pendidik dalam menentukan kejayaan transformasi pendidikan di negara kita pada hari ini. Ingatan itu terkandung dalam ucapan Yang Berbahagia Dato’ Asariah Binti Mior Shaharuddin, Timbalan Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia Kementerian  Pelajaran Malaysia dalam Majlis Diskusi Profesionalisme yang diadakan di Dewan Tan Sri Suffian Koroh pada 1 Disember 2010.
  • PROGRAM SAMBUTAN HARI RAYA KORBAN 2010 / 1431H

    17 November 2010/ 10 Zulhijjah 1431H  – Institut Pendidikan Guru Kampus Keningau


    Majlis Ibadah Korban Peringkat IPG Kampus Keningau  telah diadakan di Masjid Jamek, IPG. Sambutan yang diadakan tersebut bertetapan dengan tuntutan agama bagi yang berkemampuan untuk melaksanakannya. Staf akademik, pentadbiran dan pelatih turut menyertai ibadah korban tersebut dengan satu bahagian setiap seorang. Pada hari tersebut 3 ekor lembu telah dikorbankan. Kerja-kerja melapah daging dibuat secara gotong-royong dikalangan warga IPGKK yang hadir dan juga para peserta yang mengambil bahagian. Daging-daging tersebut telah diagih-agihkan kepada  kalangan para peserta dan juga kepada golongan fakir miskin di sekitar IPG. Sempena program tersebut juga satu majlis kenduri telah diadakan dengan kerjasama semua warga IPGKK.
  • PERKHEMAHAN UNIT BERUNIFORM PASUKAN PANDU PUTERI KADET,IPG KAMPUS KENINGAU

    Pada 18 hingga 20 November 2010, bertempat di Pusat Latihan KoKurikulum (PULAKO), seramai 30 ahli Pasukan Pandu Puteri Kadet IPG Kampus Keningau menghadiri perkhemahan  Unit Beruniform bagi memenuhi sukatan  KDPM KDC . Perkhemahan ini dikelola oleh Unit KoKurikulum IPG dan dihadiri oleh pasukan Pandu Puteri ( Ambilan Jun 2009) dan Pengakap (Ambilan Mei 2008). Pelbagai aktiviti dijalankan diantaranya ialah  mendirikan khemah , gajet perkhemahan ,demonstrasi dan bengkel masakan solar, kraftangan, istiadat , pertolongan cemas , permainan luas dan persembahan kebudayaan . Perkhemahan kali ini juga diselubungi dengan suasana sedih apabila Puan Amelia Francis mantan Pesuruhjaya diraih atas persaraan beliau pada 19 November. Puan Amelia Francis merupakan jurulatih masakan solar Persatuan Pandu Puteri Malaysia Cawangan Sabah bagi Daerah Keningau.
  • PERJUANGAN LIMA TAHUN SETENGAH MEMBUAHKAN HASIL

    Oleh Mohd Firdaus Abd Salam
    “Ada ketikanya para guru perlu melakukan pengorbanan dari segi masa, tenaga dan wang ringgit bagi memastikan pendidikan dapat disampaikan dengan lebih berkualiti...” sebahagian petikan ucapan Puan Penny Lim, Pengarah IPG Kampus Keningau pada Majlis Makan Malam Tahunan  meraikan pelajar PISMP semester  akhir di salah sebuah  hotel di Keningau pada 15 November 2010.  Mesej yang disampaikan oleh pengarah itu terkandung dalam ucapannya  pada malam yang turut dihadiri oleh Timbalan Pengarah, pensyarah JPM, Ketua-ketua Jabatan dan Unit serta AJK  JPPP.  Seramai 21 orang pelajar PISMP opsyen Bahasa Melayu Pendidikan Rendah berjaya menamatkan pengajian selama lima setengah tahun  yang juga merupakan keluaran sulung bagi program Ijazah IPG Kampus Keningau.  Majlis yang diserikan dengan persembahan istimewa oleh Saudara Fawwaz Thaqif turut mengundang  sebak para hadirin disamping tayangan video yang merakamkan detik-detik perjalanan mereka sepanjang berada di institut ini.
    Pada majlis itu juga saudara Stanley Andreas diumunkan sebagai penerima Anugerah  pelajar paling aktif yang disampaikan oleh pengarah, sementara itu saudara Fawwaz Thaqif bin Alias Tudin dianugerakan pelajar Tunas Bahasa atas sumbangan aktif dalam bidang kebahasaan dan sastera. Majlis yang berakhir pada jam 9.30 malam itu sekali lagi mengundang suasana sayu dan sedih apabila semua pelajar bersalam-salaman dengan Pengarah, Timbalan Pengarah dan semua pensyarah.
  • BENGKEL DAN PERTANDINGAN ABAKUS 2010

    Sempena dengan Minggu Sains dan Matematik 2010, satu bengkel dan pertandingan abakus telah dijalankan pada tanggal 25 Oktober 2010 hingga 26 Oktober 2010. Bengkel ini telah dijayakan oleh pelatih PISMP Matematik Semester 2  (merangkap AJK Perlaksana) dan juga PISMP Pemulihan Semester 4 dengan kerjasama Jabatan Sains dan Matematik. Penganjuran bengkel adalah kedua sejak tahun 2009 yang bermatlamatkan untuk meningkatkan kemahiran mengira serta mengasah kebolehan menyelesaikan masalah matematik dalam kalangan pelatih. Penceramah tetap yang akan memberikan input ialah Puan Raiti Naiman iaitu pensyarah dari Jabatan Sains dan Matematik. Terdapat 3 sesi ceramah dijalankan diikuti dengan pertandingan mengira menggunakan sempoa pada slot yang terakhir. Hadiah diberikan kepada 3 pemenang yang berjaya mendapat markah tertinggi dari setiap kelas.
  • JPM KEHILANGAN STAF SOKONGAN BERDEDIKASI

    Oleh Mohd Firdaus bin Abd Salam


    Kenangan terakhir bersama pengarah dan pensyarah JPM

     

    Jabatan Pengajian Melayu kehilangan seorang staf sokongan yang sangat berdedikasi apabila Puan Norazline binti Abdullah dipindahkan ke SK Lohan Ranau baru-baru ini.  Puan Norazline yang dinaikkan pangkat ke N22 telah bertugas di IPG kampus Keningau sejak 13 tahun lalu dan setahun terakhir ditempatkan di Jabatan Pengajian Melayu. Jamuan meraikan Puan Norazline diadakan pada 22 Oktober 2010 anjuran bahagian pentadbiran, sementara majlis perpisahan peringkat JPM diadakan pada 1 November 2010. Kehadiran Puan Pengarah dan sebahagian pensyarah dan staf sokongan turut memberi peluang kepada mereka mengucapkan selamat jalan kepada Puan Norazline. Bagi pihak JPM juga mengambil kesempatan mengucapkan terima kasih atas sumbangan selama berkhidmat di jabatan dan mendoakan semoga terus maju di tempat yang baharu.
  • GELOMBANG HIJAU "MENERJAH ZAMAN, MENGGALAS BADAI, MENGGAPAI IMPIAN" DI PULAKO ZON SABAH DARI 8 HINGGA 10 OKTOBER 2010

    Oleh ISMAIL BIN THANI
    Unit Kokurikulum

    Staf akademik IPG Kampus Keningau merupakan nadi organisasi latihan guru ini. Sebagai kelompok pelaksana kurikulum melahirkan insan guru berjiwa pendidik, staf akademik perlu memiliki kekuatan diri dan kekuatan pasukan yang mantap. Kedua-dua aspek ini memang telah sedia wujud di kalangan mereka tetapi masih perlu disuburkan dan diperkasakan. Ketidaktekalan (inconsistency) merupakan gejala yang sering menghambat prestasi dan semangat manusia, termasuk staf akademik di IPG ini. Justeru, program motivational perlu dijalani oleh staf akademik bagi menambah kekuatan diri dan pasukan.

    IPG Kampus Keningau baru-baru ini telah mengadakan Program Memperkasakan Staf Akademiknya di Pusat Latihan Kokurikulum (PULAKO) Zon Sabah. Program perkhemahan tiga hari dua malam di bawah arahan Tuan Haji Yaacob B. Ismail sebagai Kem Komandan ini telah disertai oleh seramai 50 orang staf akademik IPG berkenaan termasuk Pengarah dan Timbalan Pengarahnya. Aktiviti ini bertemakan `Gelombang Hijau Menerjah Zaman Menggalas Badai Menggapai Impian’, satu tema yang dicipta khusus untuk merangsang semangat dan iltizam seluruh staf IPG Kampus Keningau. Tema yang sama digunakan untuk aktiviti serupa bagi staf pentadbiran pada bulan April 2010 lepas.
  • LAWATAN AKREDITASI MQA BAGI PISMP BAHASA MELAYU PENDIDIKAN RENDAH AMBILAN 2007-2010

    Oleh Mohd Firdaus bin Abd Salam
    Tarikh 18 Oktober 2010 mencatatkan satu lagi sejarah dalam kalendar IPG Kampus Keningau apabila menerima lawatan akreditasi MQA bagi tujuan verifikasi Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan Dengan Kepujian (Bahasa Melayu Pendidikan Rendah).  Panel penilai diketuai oleh Dr. Seri Lanang Jaya bin Haji Rohani dan dibantu oleh Puan Rosmaliza binti Mohaidin, Pegawai dari MQA.  Turut hadir ialah Dr Baiduriah Yaakub, pegawai IPG, Kementerian Pelajaran Malaysia.  Lawatan yang bermula pada jam 8.30 pagi itu berakhir dengan exit meeting yang dihadiri oleh Pengarah, Timbalan Pengarah dan semua pensyarah  IPG Kampus Keningau pada jam 5.00 petang.  Selain melakukan pemantauan terhadap kemudahan prasarana, sesi lawatan ini juga mengadakan temu bual bersama pelajar PISMP Opsyen BM, pensyarah dan Jawatankuasa Perwakilan Pelajar.
  • IPG KAMPUS KENINGAU BERGEMA DENGAN ALUNAN PANTUN

    Oleh Mohd Firdaus bin Abd Salam
    IPG Kampus Gaya dinobatkan sebagai johan dalam Pertandingan Berbalas Pantun IPG Zon Sabah yang berlangsung di IPG Kampus Keningau pada 14 Oktober 2010.    Naib Johan diraih oleh IPG Kampus Keningau, diikuti tempat ketiga dan saguhati oleh IPG Kampus Kent dan IPG Kampus Tawau.  Pertandingan ini merupakan salah satu aktiviti yang dirancang bagi mengisi Program MBMMBI peringkat Zon Sabah.  Sebelumnya,  pertandingan pidato diadakan di IPG kampus Kent, Debat di IPG Kampus Tawau dan Forum di IPG Kampus Gaya, dan pertandingan ini merupakan penutup kepada aktiviti bagi tahun ini.
  • MALAM SENANDUNG SASTERA DAN BAHASA PERIBUMI: MENONJOLKAN KEKAYAAN KHAZANAH TEMPATAN

    Oleh Mohd Firdaus bin Abd Salam
    Malam Senandung Sastera dan Bahasa Peribumi pada 11 Oktober 2010 telah dijayakan oleh para pelatih PISMP Bahasa Melayu Semester 8 dengan kerjasama pelatih PISMP Pemulihan Semester 2. Aktiviti  anjuran Pelatih PISMP Bahasa Melayu Semester 8 ini  bermatlamatkan untuk memupuk minat dan cinta akan genre kesusasteraan Melayu yang semakin pudar dalam kalangan masyarakat masa kini. Di samping itu, aktiviti ini merupakan aktiviti wajib bagi memenuhi kurikulum Genre Kesusasteraan Melayu Sekolah Rendah (BMM3116) dan Pengajian Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu Sekolah Rendah (BMM3101).
  • LITERASI BAHASA: LANGKAH KEHADAPAN MENYEDIAKAN GURU SERBA BOLEH

    Oleh Mohd Firdaus bin Abd Salam

    “menarik dan sangat bermanfaat” komen Puan Penny Lim, Pengarah IPG Kampus Keningau semasa melawat Pameran Literasi Bahasa pada 30 September 2010 bertempat di Dewan Tan Sri Suffian Koroh, IPG Kampus Keningau. Pameran yang dijayakan oleh pelajar PISMP semester 2 itu merupakan tugasan wajib yang terkandung dalam proforma kursus Literasi Bahasa (WAJ 3104) dan akan menyumbang sebahagian daripada markah dalam penilaian akhir. Pameran kali ini empat opsyen yang terlibat iaitu Matematik, Pendidikan Pemulihan, Bahasa Melayu dan Pengajian Sosial. Antara bahan TMK yang dipamerkan termasuklah panduan bagi kaedah-kaedah membaca, menulis mekanis dan aktviti-aktiviti pengamatan yang sesuai dengan murid-murid yang menghadapi masalah literasi.
  • MAJLIS ANUGERAH PERKHIDMATAN CEMERLANG TAHUN 2009

    Majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang 2009 IPG Kampus Keningau telah diadakan pada 23 September 2010, jam 2.00 petang bertempat di Dewan Tan Sri Suffian Koroh. Seramai 12 orang penerima yang terdiri daripada 8 orang staf akademik dan 4 orang staf pengurusan & sokongan telah menerima hadiah berbentuk Sijil Perkhidmatan Cemerlang, Hadiah Prestasi (RM1,000.00) dan cenderahati yang disampaikan oleh Pengarah IPG Kampus Keningau, Puan Lim Sai Kiow @ Penny Lim. Berikut adalah senarai penerima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang 2009:

  • MAJLIS WATIKAH PERLANTIKAN JPP 2010/2011

    Majlis Watikah Perlatikan Jawatankuasa Perwakilan Pelajar telah diadakan pada 25 Ogos 2010 bertempat di Dewan Tan Sri Suffian Koroh IPG Kampus Keningau yang bertujuan untuk memperkenalkan secara rasmi para exco yang baru dilantik bagi sesi 2010 dan 2011. Seramai 23 ahli Jawatankuasa tertinggi dan 17 Exco telah menerima surat pelantikan daripada Pengarah IPG Kampus Keningau, Puan Lim Sai Kiow @Penny Lim dalam satu majlis yang diadakan penuh gilang gemilang. Majlis ini turut dihadiri oleh seluruh warga kampus, termasuk para pensyarah dan pelajar.

    Majlis ini telah diadakan dengan penuh adat istiadat dengan paluan kompang, iringan bunga manggar, muzik gemalan dan pulut kuning serta bunga telur sebagai penyeri seterusnya menjadi simbol kepada majlis bertemakan tradisional. Selain itu, ahli perwakilan berpakaian Melayu serba hitam bersesuaian dengan tema majlis ini.
  • PELANCARAN KONVOI MERDEKA 1BORNEO 1MALAYSIA 2010

    Pada 20 Ogos 2010 yang lalu, IPG Kampus Keningau melakar sejarah tersendiri apabila menjadi tuan rumah Majlis Perasmian Pelepasan Konvoi Merdeka 1Borneo 1Malaysia 2010 dengan tema 'Menyusuri Jejak Pahlawan'. Konvoi yang dianjurkan oleh Biro Tatanegara itu disertai oleh seramai 150 peserta daripada pelbagai agensi kerajaan, swasta dan badan-badan korporat. Sebanyak 46 buah kenderaan pelbagai jenis akan menempuh perjalanan sejauh 4,719 km yang bermula dari Keningau, Sabah hingga ke Lundu, Sarawak dan berakhir di Dataran Merdeka Kota Kinabalu pada 31 Ogos ini. Teks ucapan perasmian pelepasan konvoi disampaikan oleh Pembantu Menteri Belia dan Sukan Sabah, Datuk Jahid Jahim sebagai wakil Timbalan Ketua Menteri Sabah, Tan Sri Joseph Pairin Kitingan. Turut bersama di majlis tersebut Pengarah IPG Kampus Keningau, Puan Lim Sai Kiow @Penny Lim, Pengarah Biro Tata Negara Sabah, Datuk Ibrahim Saad, Pengarah Jabatan Perpaduan Wilayah Sabah, Puan Nurul Akmalina Shamsuddin, Setiausaha Persekutuan Sabah, Datuk Mohd Hatta dan Pengurus TM Sabah, Sukriya Masri. Seluruh warga IPG Kampus Keningau turut serta bersama-sama meraikan upacara pelepasan konvoi.
  • E-PEMBELAJARAN DAN E-KAMUS: SATU TRANSFORMASI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN BAHASA MELAYU

    Oleh Mohd Firdaus bin Abd Salam
    Meneroka sumber pengajaran dan pembelajaran secara online bukan lagi perkara baharu dalam dunia pendidikan hari ini.   Bermula dengan pembelajaran bestari yang menekankan  aplikasi TMK semasa pengajaran dan pembelajaran, kini Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) turut memasukkan aplikasi yang sama seawal pembelajaran murid pada tahap 1.  
    Komitmen warga pendidik di peringkat akar umbi dibuktikan dengan mengikuti kursus MBM dengan jayanya pada 18-20 Ogos 2010 di IPG Kampus Keningau.   Kursus e-pembelajaran dan e-kamus yang merupakan KPKI program MBM kendalian Jabatan Pengajian Melayu ini telah dijayakan bersama 26 guru Bahasa Melayu sekolah rendah dan menengah dari daerah Keningau, Tambunan, Tenom dan Nabawan.
  • MALAM APRESIASI BUDAYA, BAHASA DAN SASTERA

    Oleh Mohd Firdaus bin Abd Salam
    Malam Apresiasi Budaya, Bahasa dan Sastera yang diadakan pada 9 Ogos 2010 bertempat di Dewan Tan Sri Suffian Koroh, IPG Kampus Keningau menjadi kemuncak Bulan Bahasa dan Sastera yang telah   diadakan sepanjang bulan Julai dan Ogos. Malam yang  dipenuhi dengan sayembara dan persembahan oleh pelajar itu turut dihadiri oleh Puan Penny Lim, Pengarah IPG Kampus Keningau.  Beliau dalam ucapannya menzahirkan kekaguman dengan kebolehan pelajar beraksi di pentas dengan penuh yakin dan menambat hati para penonton yang hadir.  Menurut beliau lagi, aktiviti seumpama itu dapat meningkatkan kemahiran dan keyakinan para pelajar sebagai bakal guru yang memerlukan kepetahan berkomunikasi bagi menarik perhatian murid di billik darjah.

    Berikut ialah keputusan sayembara pada malam tersebut:

    MENCIPTA SAJAK
    Johan:  Megritta Majin (PPISMP Sem 3)
    Kedua: Mohd Haffizal Rizal Pung Adullah (PPISMP Sem 3)
    Ketiga: Adeli Folloh (KPLI Prasekolah)
  • PROGRAM PERKONGSIAN PINTAR (PAGUGUYUAN)

    PROGRAM PERKONGSIAN PINTAR (PAGUGUYUAN)
    ANJURAN SK. KUALA SALONG, NABAWAN DENGAN KERJASAMA IPG KAMPUS KENINGAU, SABAH PADA 1-2 JULAI 2010
    ( Program dibawah Projek Model Pensiangan-Salinatan 2010 )

    Disediakan  oleh:  
    Juhilin L. Takun
    Ketua Jabatan,
    Jabatan Pedagogi Peribumi Pedalaman
    IPG Kampus Keningau, Sabah
  • GURU BAHASA MELAYU MENEROKA SUMBER PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN SECARA MAYA

    Mohd Firdaus bin Abd Salam
    Seramai 18 orang guru Bahasa Melayu menyahut cabaran membina bahan pengajaran dan pembelajaran berbantukan komputer semasa menjalani kursus tiga hari di IPG Kampus Keningau pada 7-9 Julai 2010.  Kursus  dibawah program MBM (Memartabatkan Bahasa Melayu) ini bertujuan menyediakan guru Bahasa Melayu dengan kemahiran  TMK termasuklah memilih sumber pengajaran melalui enjin carian di internet.  Kursus kendalian Encik Mohd Firdaus bin Abdul Salam, Ketua Jabatan Pengajian Melayu ini juga turut menghasilkan bahan bantu yang diintegrasikan dengan video, teks, grafik, audio dan bahan-bahan secara offline.
  • SAMBUTAN HARI GURU & KARNIVAL KAAMATAN GAWAI 2010

    Program Sambutan Hari Guru dan Karnival Kaamatan Gawai 2010 peringkat IPG Kampus Keningau telah diadakan pada 3 Julai 2010. Program yang menggabungkan sambutan tiga perayaan serentak iaitu Hari Guru, Pesta Kaamatan dan Hari Gawai  yang telah dirasmikan oleh Yang Berbahagia Pengarah IPG Kampus Keningau, Puan Lim Sai Kiow @ Penny Lim. Para hadirin turut menonton video Perutusan Hari Guru daripada Menteri Pelajaran, Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia dan Rektor IPG KPM. Pelbagai acara menarik disajikan di sepanjang majlis ini di antaranya ialah penyampaian cenderahati  kepada para pensyarah, persembahan koir dan puisi, tarian tradisional dan cabutan tiket bertuah. Kemuncak program kali ini adalah sesi peragaan kostum tradisional Sabah dan Sarawak yang melambangkan keanggunan dan kepelbagaian suku etnik di kedua-dua buah negeri. Kekangan masa, peruntukan dan tempat tidak menjadi penghalang bagi pengarah, para pensyarah dan pelajar menjayakan program ini walaupun terpaksa diadakan di kafeteria memandangkan kerja-kerja pendawaian eletrik di  Dewan Tan Sri Suffian Koroh sedang berjalan. Semoga sambutan seperti ini dapat diteruskan lagi pada masa akan datang.
  • PROGRAM GELOMBANG HIJAU (BINA INSAN STAF 2010)

    Bertemakan "Gelombang Hijau, Menggalas Badai, Meredah Zaman, Menggapai Impian", Bina Insan Staf 2010 telah diadakan dengan jayanya pada 21-23 Mei 2010 di Pusat Latihan Ko-Kurikulum IPG Kampus Keningau. Acara tahunan ini dianjurkan oleh Unit Pengurusan Dan Pentadbiran yang disertai oleh 90 orang staf pentadbiran dan sokongan IPG Kampus Keningau.
    Diantara objektif atau matlamat BIS ini diadakan adalah untuk menghayati semangat kerja berpasukan, meningkatkan ilmu pengetahuan dan kemahiran dalam melaksanakan sesuatu tugas dan menzahirkan potensi diri terhadap kerjaya masing-masing disamping meningkatkan penghayatan kerohanian dan memupuk silaturahim dikalangan rakan sekerja.
  • IPG BAKAL MENGHASILKAN GURU TERBAIK NEGARA

    Oleh Mohd Firdaus bin Abd Salam
    Pengiktirafan IPG sebagai institusi pendidikan guru berstatus universiti jelas memperlihatkan  tanggungjawab besar yang perlu digalas oleh warga IPG khususnya barisan pentadbir dan pemimpin.  Untuk itu, seramai 45 Ketua Jabatan  IPG Zon Sabah telah mengikuti Kursus Pembangunan Kepimpinan Dan Pengurusan pada  23 -27 Mei 2010, bertempat di INTAN Cawangan Sabah.  Kursus ini merupakan siri yang ke-3 setelah kursus yang sama diadakan untuk Pengarah IPG dan Timbalan Pengarah IPG.

    Dr. Amin bin Senin, Timbalan Rektor IPG, dalam ucaptamanya pada majlis perasmian  menjelaskan dan memperincikan visi IPG iaitu peneraju kecemerlangan pendidikan guru.  Menurut beliau lagi, visi tersebut  juga merupakan cabaran yang menuntut semua warga IPG melakukan perubahan serta bersedia melaksanakan pembaharuan  tiga elemen penting iaitu: (i) cemerlang dalam pengajaran dan pembelajaran, (ii) cemerlang dalam penyelidikan dan inovasi, (iii) cemerlang dalam perkhidmatan pembelajaran sepanjang hayat .  Pada akhir kursus, beliau  mengajak semua barisan Ketua Jabatan untuk sama-sama merealisasikan visi IPG, dan mengangkat IPG sebagai institusi yang menghasilkan guru terbaik di negara ini.
  • KPKI MBM MENINGKATKAN KUALITI PP GURU BAHASA MELAYU

    Oleh Mohd Firdaus bin Abd Salam

    Sehingga 27 Mei 2010, IPG Kampus Keningau telah melaksanakan empat  KPKI bagi program MBM kendalian Jabatan Pengajian Melayu.  Bermula pada 7 April 2010 yang lalu dengan kursus pertama iaitu Pemantapan Tatabahasa Dalam Pengajaran Bahasa Melayu  sehinggalah  kursus keempat  sebagai menutup tirai semester pertama  iaitu Bengkel Penulisan dalam Pengajaran Bahasa Malaysia.  Empat lagi kursus yang bakal dilaksanakan pada semester hadapan yang dijadualkan bermula pada 7 Julai 2010 dengan kursus Komputer dalam Pengajaran Bahasa Malaysia.


    Kursus yang melibatkan guru sekolah rendah dan menengah daerah Keningau, Tambunan, Tenom dan Nabawan ini dijangka akan berakhir pada 18 Ogos 2010.  Matlamat melatih lebih kurang 200 orang guru dijangka mampu  dicapai setelah 89 orang guru mengikuti empat siri kursus setakat ini.  Pada masa yang sama, Jabatan Pengajian Melayu dan Pejabat Pendidikan Daerah juga sedang berusaha mengadakan satu lagi kursus berkaitan dengan pemulihan untuk guru PROTIM yang masih relevan dengan program MBM.

  • SEMANGAT YANG MEMBUAHKAN HASIL

    Mohd Firdaus bin Abd Salam

    Berbekalkan semangat dan keyakinan, pertemuan sidang tiga di antara IPG Kampus Gaya dan IPG Kampus Keningau telah membuahkan hasil.  Pertandingan Debat Bahasa Melayu peringkat IPG Zon Sabah yang bertempat di IPG Kampus Tawau menyaksikan IPG Kampus Kent unggul sebagai juara, diikuti IPG Kampus Keningau naib juara, IPG Kampus Tawau dan Kampus Gaya yang masing-masing pulang dengan tempat ke tiga dan ke empat.  Pertandingan yang diadakan pada 10 Mei 2010 itu dijalankan secara liga dan penentuan pemenang berdasarkan kiraan mata bagi setiap pertemuan.  IPG Kampus Keningau yang tewas tipis dalam dua pertemuan awal iaitu dengan IPG Kampus Tawau dan Kent akhirnya berjaya meraih mata kemenangan dalam pertemuan dengan IPG Kampus Gaya.  IPG Kampus Keningau diwakili oleh saudara Severinus Nain, saudari Nurul Khairunie Mahtar, Saudara Muhammad Khairullah Marzidi dan Saudara Ronald James Ajis.  Severinus Nain juga dinobatkan sebagai pendebat terbaik dalam pertemuan dengan IPG Kampus Gaya.
  • MENYEMAI CELIK TMK MELALUI TEACHING SCHOOL

    Oleh Mohd Firdaus bin Abd Salam
    Pengajaran dan pembelajaran berintegrasikan TMK diharapkan dapat mempercepatkan lagi usaha merapatkan jurang digital dalam kalangan murid luar bandar.   Menyokong hasrat tersebut,  program Teaching School pada 14 April 2010 kendalian Jabatan Pengajian Melayu  memaksimumkan penggunaan laptop semasa membimbing murid SK Penagatan.  Seramai 17 orang murid dibimbing oleh 17 orang pelajar PISMP Opsyen Bahasa Melayu semester 3 bertempat di pusat sumber.  Pakej pembelajaran yang telah dibina oleh pelajar melalui kursus BMM3105 (Pengajaran Pembelajaran BM Berbantukan Komputer) diaplikasikan secara bimbingan individu.  Di samping memberi pengalaman baharu kepada murid,  pembelajaran ini juga memberi peluang kepada pelajar PISMP menilai keberkesanan pakej yang dibina untuk ditambah baik.   Sesi yang dipantau oleh Encik Mohd Firdaus, pensyarah BMM3105 itu berakhir pada ham 11.30 tengah hari dengan latih tubi menjawab soalan-soalan UPSR.
  • PERASMIAN JUBLI PERAK IPGK KENINGAU & PENAMAAN DEWAN TAN SRI DATUK HAJI SUFFIAN KOROH

    Sumber: JK Buletin Jubli Perak IPGK Keningau

    Pada pagi yang indah, tepat jam 10.15 pagi 23 April 2010, Timbalan Ketua Menteri Sabah, YB. Datuk Seri Panglima Joseph Pairin Kitingan dan rombongan selamat tiba di perkarangan dewan besar IPG Kampus Keningau. Antara yang hadir pada majlis perasmian pagi ini ialah YB Tan Sri Datuk Haji Suffian Koroh serta isteri, Timbalan Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia, Dato’ Asariah binti Mior Shaharuddin wakil Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia, Dr. Amin Bin Hj Senin, Timbalan Rektor IPG Kampus Induk wakil Rektor IPG Kampus Induk,  En. Abdul Halim Abdul Razak, Timbalan Pengarah Bahagian Pendidikan Guru selaku wakil Pengarah Bahagian Pendidikan Guru.
    Majlis diteruskan dengan nyanyian tiga buah lagu iaitu, Negaraku, Sabah Tanah Airku dan lagu IPG Kampus Keningau. Bagi memberkati lagi majlis pada pagi ini, bacaan doa telah dilafazkan oleh Ustaz Rusli bin Ismail.
  • 25 TAHUN MERAKAM KECEMERLANGAN

    Oleh Mohd Firdaus bin Abd Salam

    “Pada hari pertama, saya melapor  diri kepada diri saya sendiri kerana sayalah bos pada ketika itu”, demikianlah antara cebisan kisah yang dikongsikan oleh Haji Jikal bin Gabie, mantan pengetua Maktab Perguruan Keningau semasa Majlis Pengisahan Sejarah bersempena sambutan Jubli Perak pada 20 April 2010.  Majlis tersebut turut mengundang dua tokoh iaitu Puan Hajah Aminah binti Haji Musally dan Tuan Haji Mohd Darus bin Jamian yang masing-masing merupakan mantan pengetua dan mantan Ketua Jabatan Hal Ehwal Pelajar.  Majlis yang dianjurkan dengan kerjasama Arkib Negara Malaysia Cawangan Sabah itu, telah dirasmikan oleh Dato’Haji Sidek bin Haji Jamil, Ketua Pengarah Arkib Negara Malaysia.  Beliau dalam ucapannya menekankan peri pentingnya memelihara dan mendokumenkan peristiwa   untuk  rujukan pihak-pihak yang berkepentingan pada masa akan datang.  Selain Majlis Pengisahan Sejarah, sambutan Jubli Perak IPG Kampus Keningau turut diisi dengan Forum Pendidikan, Program menderma darah, Karnival, sukan rakyat, pameran dan peraduan melukis bagi kanak-kanak prasekolah.
    Foto-foto sekitar majlis....
  • MASAKAN SOLAR

    Pada 7 April 2010 bersamaan dengan hari Rabu merupakan giliran Pasukan Pandu Puteri Kadet  bertugas mengendalikan perhimpunan rasmi Unit Beruniform. Perhimpunan   rasmi mingguan ini telah dihadiri oleh En. Baharom Mohd Noor Timbalan Pengarah IPG Kampus Keningau, pensyarah penasihat Unit beruniform dan Encik Yakob Ismail pensyarah yang baru bertugas di Jabatan Kaji Sosial IPGK Keningau. Sempena dengan perhimpunan kali ini, ahli-ahli  Pasukan Pandu Puteri Kadet telah berkongsi pengetahuan cara menyediakan satu menu ringkas Iaitu Pudding Roti Kastard  menggunakan dapur  solar. Dapur solar ini amat sesuai digunakan di negara beriklim panas seperti Malaysia dan mempunyai banyak kebaikan iaitu menjadikan tenaga solar sebagai sumber tenaga alternatif yang murah, menggurangkan penggunaan bahan api dari kayu ,tidak mempunyai ancaman bahaya kebakaran, keracunan  asap dan gas.
  • CERAMAH HIV DAN AIDS

    Pada 31 Mac 2010 yang lepas , Jabatan Hal Ehwal Pelajar telah menganjur satu ceramah bertajuk Bahaya HIV & AIDS dari sudut perubatan yang telah disampaikan oleh Dr. Mohd Nazri Bin Mohd Daud merupakan Pakar Perubatan Keluarga U48 dari Pejabat Pegawai kesihatan Kawasan Keningau . Ceramah ini telah dihadiri oleh  pelatih PPISMP, PISMP dan KPLI kohot sepenuh masa . Dr. Mohd Nazri dalam ceramahnya telah berjaya menarik perhatian semua hadirin  berkenaan dengan bahaya jangkitan dan cara menjalani hidup sihat untuk mencegah jangkitan HIV & AIDS.  Sesi soal jawab juga berjaya  mengupas pelbagai kemuskilan dan mendekatkan lagi pemahaman guru – guru pelatih  berkenaan dengan isu HIV & AIDS. Majlis ditutup dengan penyampaian cenderahati  kepada penceramah sebagai tanda penghargaan dan terima kasih.
    Foto-foto sepanjang ceramah:
  • KURSUS PEMANTAPAN SISTEM PENGURUSAN KUALITI BERASASKAN MS-ISO 9001:2008

    Kursus tersebut telah disampaikan oleh Tn Hj Mohd Nor Usop, KPP Unit Jaminan Kualiti, Bahagian Pendidikan Guru pada 29 Mac 2010 di Dewan Kuliah IPG Kampus Keningau, Sabah. Kursus ini dirasmikan oleh Puan Lim Sai Kiow @ Penny Lim Pengarah IPG Kampus Keningau.  Seramai 78 orang  staf akademik dan 72 orang staf bukan akademik telah menghadiri kursus  tersebut yang  bemula jam 8.30 pagi.
    Diantara objektif kursus tersebut adalah :
    -   Memberikan pengenalan tentang konsep asas kualiti dan budaya kerja berkualiti dalam perkhidmatan awam kepada pegawai dan kakitangan baru IPG Kampus Keningau.
    - Memberikan pengenalan tentang “International Organisation for Standardisation(ISO)" siri Standard 9000 serta kefahaman tentang konsep dan keperluan-keperluan ISO 9001:2008.
    -    Memberikan kefahaman tentang  Sistem Pengurusan Kualiti (SPK) Institut Pendidikan Guru berasaskan ISO 9001:2008.
    -    Meningkatkan kefahaman tentang keperluan kawalan kualiti yang berkaitan dengan dokumen dan rekod.
    -    Memahami isu-isu terkini dalam perlaksanaan Sistem Pengurusan Kualiti ISO 9001:2008 di Institut Pendidikan Guru.
    Kursus ini telah berakhir pada jam 4.30 petang.
  • MALAM UNGGUN API PERSATUAN PENGAKAP KLM-32 DAN PERSATUAN PANDU PUTERI, IPG KAMPUS KENINGAU

    10 Mac 2010 mengukir satu kenangan indah kepada 41 orang ahli Persatuan Pengakap KLM-32 dan 20 orang ahli Persatuan Pandu Puteri IPG Kampus Keningau.

    Sempena memperingati pasangan suami isteri yang merupakan pengasas Persatuan Pengakap dan pengasas Persatuan Pandu Puteri, malam unggun api telah diadakan di PULAKO Zon Sabah walaupun tarikh sebenar yang diwartakan sebagai hari memperingati mereka adalah 22 Februari setiap tahun. Tarikh 22 Februari adalah sempena tarikh lahir pasangan Powell, iaitu Lord Baden Powell (pengasas Persatuan Pengakap) dan isterinya Lady Baden Powell (pengasas Pergerakan Pandu Puteri).

    “Bersama Kita Dapat Membasmi Kemiskinan Dan Kelaparan” (Together We Can End Poverty And Extreme Hunger) merupakan tema yang dilaungkan di seluruh dunia pada tahun 2010. Malam unggun api ini telah memberi peluang kepada semua ahli kedua-dua persatuan merasai situasi sebenar malam unggun api dan mengumpul pengalaman agar dapat dimanfaatkan di sekolah kelak.

  • Pelancaran Program PAGUGUYUAN di IPG Kampus Keningau Sabah

    Jabatan Pedagogi Peribumi Pedalaman memulakan program PAGUGUYUAN bagi merapatkan para pendidik dan murid-murid dalam Projek Pensiangan-Salinatan dengan para pensyarah dari IPG Kampus Keningau.  Program ini berkonsepkan sistem gotong royong di pihak pensyarah, guru, ibu bapa dan murid bagi meningkatkan keberkesanan pengajaran dan pengajaran di sekolah-sekolah luar bandar.  Program ini akan dirasmikan oleh Pengarah Pendidikan Guru Kampus Keningau, Puan Lim Sai Kiow @Penny Lim.

  • MAJLIS GONG XI FA CAI IPG KAMPUS KENINGAU

    Tarian singa pelajar sekolah rendah dan orang dewasa yang mengkagumkan, pertunjukan bunga api, bengkel kaligrafi, persembahan tarian Tahun Baharu, sketsa, kuiz merupakan acara-acara yang telah menghiasi Majlis Gong Xi Fa Cai yang telah diadakan pada 24 Februari 2010 jam 8.00 malam di Dewan Besar IPGK Keningau. Tujuannya adalah untuk memperkenalkan budaya kaum Cina dengan lebih dekat kepada warga kampus dalam menyahut seruan 1Malaysia. Tema perayaan adalah "Kongsikan Persamaan, Raikan Perbezaan". Majlis ini telah diatur oleh Pengarah, Timbalan Pengarah, staf akademik dan pelajar IPGK Keningau dengan semangat "Sepakat dan Kolektif". Sokongan padu Persatuan Tarian Singa Tua Pek Kong dan pelajar-pelajar Sekolah Menengah Ken Hwa telah memeriahkan majlis tersebut.

     

     

  • Majlis Pengisahan Sejarah IPG Kampus Keningau: Menjalin Kerjasama Dengan Arkib Negara Malaysia

    Oleh Mohd Firdaus bin Abd Salam, JPM

    3 Februari 2010: bertempat  Bilik Gerakan IPG Kampus Keningau telah diadakan mesyuarat bersama Arkib Negara Malaysia Cawangan Sabah kali pertama untuk membincangkan Majlis Pengisahan Sejarah IPG Kampus Keningau sempena sambutan Jubli Perak pada bulan April 2010.  Mesyuarat yang dipengerusikan oleh Puan Penny Lim, Pengarah IPG Kampus Keningau itu dihadiri oleh Encik Shahlin bin Ali, Pengarah Arkib Negara Malaysia Cawangan Sabah  beserta rombongannya, serta para pensyarah yang terdiri daripada pengerusi jawatankuasa sambutan.  Mesyuarat yang berakhir pada pukul 12.00 tengah hari itu telah menghasilkan beberapa keputusan yang mencerminkan  kerjasama antara kedua belah pihak dalam menjayakan majlis itu kelak.   Bagi memastikan perancangan bersama terlaksanakan seperti yang dipersetujui, satu mesyuarat susulan akan diadakan pada bulan Mac.
  • Perhimpunan Akademik Pelajar Dan Sambutan Mini Jubli Perak

    TARIKH : 8 Februari 2010

    Pada kali ini, perhimpunan akademik pelatih telah dikendalikan oleh kumpulan PISMP semester 5 opsyen Sains yang bertemakan perayaan Tahun Baru Cina. Majlis perhimpunan kali ini dihadiri oleh Encik Baharon Mohd Noor, Timbalan Pengarah IPGM Kampus Keningau dan diiringi oleh Encik Mazlan Bin Ngah, Ketua Jabatan Hal Ehwal Pelajar. Kumpulan bertugas telah berjaya mempersembahkan satu  persembahan powerpoint yang bertajuk ‘Global Warming’ sebagai input akademik kepada semua pelatih . Selain daripada itu satu taklimat ringkas berkenaan dengan kepentingan ISL bagi pelatih PISMP telah di sampaikan oleh Puan Vasanthi a/l Subramaniam, Setiausaha Kurikulum IPGM Kampus Keningau. Majlis diteruskan lagi dengan pengumuman kelas terbaik sempena Bulan Keceriaan dan Kebersihan Kelas (2K) oleh Encik Bujang Hj Sabli, pegawai di Jabatan Hal Ehwal Pelajar . Kelas yang berjaya ialah PISMP Sains dibawah bimbimgan tutor Encik Junaidi Jair .  Acara kemuncak perhimpunan kali ini diakhiri dengan majlis memotong kek sempena Jubli Perak 25 tahun IPG Kampus Keningau oleh Encik Baharom Mohd Noor, Timbalan Pengarah IPG Kampus Keningau  dan  diserikan dengan paluan kompang oleh ahli kelab kompang IPG.
  • MAJLIS SAMBUTAN MAAL HIJRAH 1431H

    Sambutan Maal Hijrah merupakan salah sebuah program yang wajib untuk dilaksanakan di Institut Pendidikan Guru Malaysia (IPGM) Kampus Keningau, Sabah. Bagi memastikan agar program tersebut mampu dilaksanakan dengan lancarnya, satu organisasi AJK Pelaksana telah dibentuk untuk mengendalikan program tersebut. AJK Pelaksana yang terdiri daripada Ahli Jawatankuasa Unit Biro Agama dan Kerohanian 2010 serta beberapa kumpulan  guru pelatih  telah bekerjasama dengan pihak Jabatan Pengajian Islam dan Moral dan Jabatan Hal Ehwal Pelajar, IPGM Kampus Keningau Sabah untuk membuat semua persiapan dan perancangan bagi pengisian program tersebut.
  • DETIK BERAKHIR PENGAJIAN KPLI DAN PISMK-OUM

    Oleh Mohd Firdaus b Abd Salam, JPM

    Setelah dua semester menjalani latihan KPLI dan lapan semester PISMK-OUM, lebih kurang 200 pelajar IPG Kampus Keningau meraikan detik terakhir pengajian mereka pada Majlis Penutupan KISSM di Dewan Besar kampus.  Majlis yang diadakan pada 23 November 2009 itu turut dihadiri oleh Encik Baharom Mohd Noor, Timbalan Pengarah IPG Kampus Keningau.  Encik Baharom dalam ucapannya mengingatkan para pelajar agar sentiasa meningkatkan kualiti profesionalisme mereka dengan mengamalkan sikap yang terbuka dan bersedia menghadapi cabaran di sekolah. Menurut beliau lagi,  mereka juga perlu bertekad merapatkan jurang pendidikan di antara bandar dan luar bandar seperti yang dihasratkan dalam PIPP.
  • SCOUT NITE 2009 PERSATUAN PENGAKAP KLM 32

    Oleh: Zalia Abdullah, Penolong Pesuruhjaya KLM 32, IPGM Kampus Keningau
    Persatuan Pengakap KLM 32 (IPGM Kampus Keningau) telah mengadakan jamuan perpisahan bagi KPLI Ambilan Januari 2009 pada 15 November 2009. Menurut Pengerusi Persatuan Pengakap KLM 32 (KPLI), majlis yang dinamakan ‘Scout Nite 2009’ telah dirancang dalam masa yang singkat lantaran kesibukan semua pihak. Walaubagaimanapun ia berjaya dianjurkan dengan meriah dalam suasana santai.

    Pada malam tersebut, Pesuruhjaya KLM 32, Puan Phyllis Lim@Nur Ain Shahira telah membenarkan semua ahli mengenakan pakaian kasual untuk mewujudkan suasana santai. Pelbagai anugerah, persembahan dan pertandingan telah diadakan seperti persembahan berkumpulan, pertandingan karaoka dan lain-lain. Majlis berakhir pada jam 11.15 malam dengan gambaran perasaan puas hati di setiap wajah hadirin.
  • KPKI - BENGKEL CETAKAN PENDIDIKAN SENI VISUAL

    Oleh : Zalia binti Abdullah, Pensayah Seni Visual, Jabatan Seni Visual IPGM Kampus Keningau

    Di penghujung semester 2/2009 iaitu pada 18 November 2009, Jabatan Seni Visual IPGM Kampus Keningau telah menganjurkan KPKI berbentuk bengkel. Bengkel yang dinamakan ‘Bengkel Cetakan’ telah dihadiri seramai 11 orang guru yang mengajar Pendidikan Seni Visual sekolah rendah dan dikendalikan oleh pensyarah Seni Visual, Jabatan Seni Visual IPGM Kampus Keningau, Cik Zalia binti Abdullah. Peserta-peserta yang hadir terdiri daripada guru-guru dari daerah Tambunan, Nabawan, Tenom dan Keningau.

  • GURU PEMULIHAN MENGGALAS TANGGUNGJAWAB MENINGKATKAN PENGUASAAN 3M

    Oleh Mohd Firdaus bin Abd Salam, JPM

    Bertempat di bilik simulasi 1, seramai 22 orang guru dari daerah Keningau, Tambunan, Nabawan dan Tenom telah mengikuti Kursus Asas Guru Pemulihan anjuran  Jabatan Pengajian Melayu, IPGM Kampus Keningau.  Kursus yang diadakan pada 12 November 2009 ini bertujuan memberi pendedahan asas tentang program pemulihan yang dilaksanakan di sekolah rendah.  Tiga orang pensyarah yang terlibat dalam kursus tersebut ialah Encik Mohd Firdaus bin Abd Salam yang menyampaikan input tentang kaedah KGBK,  Encik Agus Yanul tentang pengenalan program pemulihan khas, dan Drs. Bahaman bin Haji Ismail tentang ciri-ciri murid pemulihan.
  • EKSPLORASI VISUAL IV : MESILAU 2009

    PPISMP Amb. JULAI 2009,
    JABATAN SENI VISUAL, IPGM KAMPUS KENINGAU
    15 – 17 Oktober 2009
    Seramai 22 orang pelatih Program Persediaan Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PPISMP) Ambilan Julai 2009 opsyen Pendidikan Seni Visual, dengan diiringi
    2 orang pensyarah Jabatan Seni Visual, Institut Pendidikan Guru Malaysia (IPGM) Kampus Keningau  telah mengadakan eksplorasi visual ke Taman Kinabalu yang bermula pada 15 Oktober dan berakhir pada 17 Oktober 2009.

    Eksplorasi visual ini atau dinamakan Eksplorasi Visual IV:Mesilau telah diadakan bagi melengkapi kerja kursus projek subjek Pendidikan Seni Visual semester 1.  Objektif utama program ini ialah untuk melatih pelatih supaya mengaplikasi pengetahuan tentang alat, bahan, teknik dan  penggunaan pelbagai media untuk menterjemahkan pengalaman persepsi dan pengalaman estetik menerusi karya seni.

    Aktiviti hari pertama adalah melawat ke tapak semulajadi Nepenthes Rajah iaitu habitat semulajadi beberapa spesies tumbuhan periuk kera. Pelbagai saiz periuk kera dapat dilihat di tapak semulajadi ini, dari spesies terkecil hinggalah ke spesies terbesar. Salah satu spesies terbesar di dunia iaitu spesies Nepenthes Rajah hidup subur di tapak ini. Rekod mencatatkan saiz terbesar Nepenthes Rajah mampu menakung air sebanyak 3.5 liter.
  • ANUGERAH TUNAS BAHASA: KEMUNCAK PERHIMPUNAN KHAS BBK

    Oleh Mohd Firdaus bin Abd Salam, JPM

    Persembahan Dikir Barat membuka tirai Perhimpunan Khas sempena Bulan Bahasa Kebangsaan 2009 peringkat IPGM Kampus Keningau yang diadakan pada 28 Oktober 2009 bertempat di Dewan Besar Kampus.  Selain ucapan khas daripada Puan Vasanthi a/p  Subramaniam wakil Pengarah, majlis turut diserikan dengan  acara berbalas pantun yang terdiri daripada pensyarah, staf sokongan dan pelajar.  Pada perhimpunan itu juga, Jabatan Pengajian Melayu menyediakan Anugerah Tunas Bahasa kepada saudara Severinus bin Nain pelajar PISMP opsyen Bahasa Melayu semester 2  bagi menghargai dan mengiktiraf  sumbangannya dalam kebahasaan dan kesusasteraan. Perhimpunan yang berakhir pada pukul 1.30 petang  itu diakhiri dengan persembahan multimedia “Pejuang Bahasa”, deklamasi sajak dan dikir barat, disusuli  lagu “Bahasa Jiwa Bangsa” dan “Negaraku”.
  • SEMINAR PENYELIDIKAN PENDIDIKAN IPG ZON SABAH TAHUN 2009

    Kota Kinabalu - Kementerian Pelajaran Malaysia berhasrat meningkatkan kadar penyertaan kanak-kanak berumur 5 tahun kepada 87% dalam prasekolah kerajaan dan swasta pada tahun 2012 berbanding 67% pada tahun 2009. Peningkatan sebanyak 20% ini menjangkakan seramai 447,556 murid akan mengikuti pendidikan prasekolah pada tahun 2012 berbanding 342,706 murid pada tahun semasa iaitu peniningkatan sebanyak 104,850 orang murid. KPI kementerian telah menetapkan agar semua kanak-kanak normal yang bersekolah boleh menguasai kemahiran membaca, menulis dan mengira ketika melangkah ke tahun 4 sekolah rendah sebelum penghujung 2012. Semua prasekolah termasuk prasekolah swasta akan menggunakan kurikulum Prasekolah Kebangsaan (KPK) dan guru-guru prasekolah dilatih berdasarkan kurikulum tersebut. Demikian intipati ucap utama Ybhg. Datin Asariah Binti Mior Shaharuddin, Timbalan Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia semasa merasmikan Seminar Penyelidikan Pendidikan IPG Zon Sabah di Hotel Beverly, Kota Kinabalu yang berlangsung pada 4-6 Oktober 2009.
  • PAMERAN LITERASI BAHASA: SERLAH KEMAHIRAN PELAJAR

    Oleh Mohd Firdaus bin Abd Salam, JPM

    12 Oktober 2009: bertempat  di ruang legar  blok A dan B,  IPGM Kampus Keningau telah diadakan  pameran Literasi Bahasa yang melibatkan pelajar PISMP Semester 2 opsyen BM, Kajian Sosial, Pemulihan Khas dan Prasekolah.  Pameran ini adalah sebahagian daripada penilaian kursus selain Ujian Akhir Kursus (UAK) yang telah diadakan pada 6 Oktober 2009.

    Pameran yang berakhir ada jam 11.30 pagi itu telah mencapai matlamatnya dalam mengasahkan kemahiran pelajar membina dan mengendali bahan bantu  aktiviti prabacaan, asas membaca Kaedah Fonetik, asas membaca Kaedah Abjad ,  asas membaca Kaedah Pandang dan Sebut, Aktiviti Pratulisan dan aktiviti Penulisan Mekanis.

  • JAMUAN AIDILFITRI JPSV IPGM KAMPUS KENINGAU

    Tanggal 28 September 2009, Jabatan Seni Visual, IPGM Kampus Keningau telah mengadakan jamuan aidil fitri bertempat di Galeri Seni, IPGM Kampus Keningau. Penganjuran jamuan ini adalah bertujuan untuk mengeratkan silaturahim antara warga Jabatan Seni Visual dan warga IPGM Kampus Keningau umumnya. Warga Jababatan Seni Visual yang terdiri daripada pelatih KPLI (SR) PSV/PJK/PSK Ambilan Januari 2009, KPLI (SR) MZ/PSK  Ambilan Jun 2009 dan PPISMP PSV/BM/BI  Ambilan Julai 2009 telah bekerjasama menyediakan juadah untuk majlis tersebut disamping biskut-biskut raya yang dibawa dari rumah masing-masing.

    Selain daripada para pensyarah, Pengarah dan Timbalan Pengarah juga sudi memeriahkan jamuan yang sederhana ini. Sepanjang majlis berlangsung, pelatih  KPLI (SR) MZ/PSK telah menghiburkan para jemputan dengan lagu-lagu bertema hari raya.
  • SEMARAK BAHASA: MENYEMAI DAN MENYUBUR KECINTAAN TERHADAP BAHASA DAN BUDAYA

    Oleh Mohd Firdaus bin Abd Salam, JPM

    Bertemakan “Menjejak Pejuang Bahasa”, Program Semarak Bahasa anjuran Persatuan Bahasa Melayu PISMP Opsyen BM Semester 6 telah menutup tirainya pada 15 Oktober 2009 di Dewan Besar, IPGM Kampus Keningau.  Program  ini merupakan aktiviti yang wajib dilaksanakan sebagai memenuhi sukatan kokurikulum persatuan WAJ3113 bagi opsyen PISMP Semester 6.
    Bagi meningkatkan penglibatan pelajar, pelbagai aktiviti telah dijalankan bermula pada 12 Oktober seperti Jualan Buku, Mencari Harta Karun, Peraduan Silang Kata, Pameran Tokoh Bahasa Melayu, Pertandingan Persembahan Multimedia dan Sayembara Puisi. Encik Baharom Mohd Noor, Timbalan Pengarah IPGM Kampus Keningau dalam ucapannya menekankan peri pentingnya para pelajar menyemai dan menyubur kecintaan terhadap bahasa dan budaya.
  • 1 MALAYSIA: BERKONGSI PERAYAAN DALAM KEPELBAGAIAN BUDAYA

    Oleh Mohd Firdaus bin Abd Salam, JPM

    Menggabungkan Jamuan Hari Raya, Pesta Tanglung, Deepavali dan Penutupan Bulan Merdeka dalam satu majlis mampu mengeratkan tali silaturrahim dalam kalangan warga pelbagai kaum yang berkongsi satu bumbung.  Demikianlah ujar Puan Penny Lim, Pengarah IPGM Kampus Keningau dalam ucapan alu-aluannya semasa majlis tersebut yang diadakan di Dewan Besar IPGM Kampus Keningau pada 2 Oktober 2009.  Selain menikmati juadah yang pelbagai, para hadirin juga dihiburkan dengan nyanyian lagu-lagu patriotik, Hari Raya, deklamasi puisi dan pertandingan busana pengantin etnik Malaysia.

    Majlis yang turut dihadiri oleh pegawai urus setia BPG Sabah, pengetua dan pegawai dari Pejabat Pelajaran Daerah Keningau itu berakhir dengan pemotongan kek 1 Malaysia sebagai simbolik perpaduan yang menjadi amalan di IPGM Kampus Keningau.
  • TEACHING SCHOOL: INTEGRASI P&P BM MELALUI PENDIDIKAN JASMANI

    Oleh Mohd Firdaus bin Abd Salam, JPM

    Pengajaran dan pembelajaran tidak semestinya berlaku dalam ruang kelas yang sempit sehingga membataskan pergerakan dan mengehadkan aktiviti yang mungkin  membantutkan kreativiti murid.  Guru perlu bijak merancang aktiviti dan  bahan agar objektif yang hendak dicapai tidak tersasar, pada masa yang sama murid dapat mengikuti aktiviti dan menggunakan bahan semaksimum mungkin.  Amalan ini lah yang cuba diterapkan semasa melaksanakan pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu melalui program Teaching School kendalian pelajar PISMP BM Semester 2.

    Pada 29 September 2009, bertempat di tapak permainan kanak-kanak prasekolah IPGM Kampus Keningau, seramai 17 murid Tahun Empat dari SK Penagatan mengikuti pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu yang menggunakan bahan-bahan Pendidikan Jasmani dan melibatkan pergerakan aktif secara berkumpulan.  Aktiviti yang diketuai oleh Saudara Severinus Nain ini bermula dengan sesi soal jawab tentang simpulan bahasa, diikuti membina perkataan daripada riben dan bahan-bahan terbuang seterusnya membina ayat-ayat  mudah berdasarkan perkataan tadi.  Aktiviti yang berakhir pada jam 12.00 tengah hari itu ditutup dengan pergerakan kreatif  menggunakan peralatan  Pendidikan Jasmani.
  • SKI : PUAN PENNY BERKONGSI TIPS KEJAYAAN

    Merakam kenangan bersama Pengarah dan para pensyarah

     

    Oleh Mohd Firdaus b Abd Salam, JPM

    Setelah dua tahun setengah menjalani latihan Kursus Dalam Cuti (KDC) di IPGM Kampus Keningau, seramai 114  pelatih KPLI-KDC meraikan detik terakhir pengajian mereka yang diadakan serentak dengan Majlis Penutupan KISSM dan Berbuka Puasa di sebuah hotel di Keningau.  Majlis yang diadakan pada 15 September 2009 itu turut dihadiri oleh Ketua Jabatan dan para pensyarah yang terdiri dariada jawatankuasa KISSM.  Pengarah IPGM Kampus Keningau, Puan Penny Lim dalam ucapannya mengingatkan agar para pelatih sentiasa meningkatkan kualiti profesionalisme mereka dengan mengamalkan tiga aspek utama iaitu SKI (Sikap, Kemahiran dan Ilmu).  Menurut beliau lagi, kumpulan  mereka merupakan ambilan khas BPG yang bertujuan melatih guru di Pedalaman dan Sekolah Kurang Murid yang sangat relevan dalam usaha merapatkan jurang pendidikan di antara bandar dan luar bandar.
  • PENNY: GURU PENERAJU TAPAK SEMAIAN MODAL INSAN NEGARA

    Berita ini dipetik daripada New Sabah Times, Sabtu, 15 Ogos 2009
    Oleh Mohd Khairy Abdullah

    KENINGAU: Pengarah Institut Pendidikan Guru Malaysia (IPGM) Kampus Keningau, Penny Lim Sai Kiow berkata, guru-guru merupakan peneraju tapak semaian modal insan negara.
    Justeru katanya, golongan pendidik perlu berusaha untuk merealisasikan hasrat kementerian pelajaran, yang menyasarkan semua murid boleh membaca, menulis dan mengira dengan baik sebelum tamat tahun satu sekolah rendah.
    "Pihak kita akan memantau sistem penyampaian pendidikan di institut itu, bagi memastikan bakal guru menerima kemahiran pedagogi yang berkesan."
    Katanya, pemantauan itu dilakukan bagi memastikan bakal guru berupaya melahirkan anak murid pasca merdeka yang berilmu, berfikiran kreatif, berinovatif, bernilai murni dan mampu bersaing di persada nasional.
    "Pihak kementerian sentiasa menyediakan mekanisme pendidikan yang terbaik, bermula daripada peringkat pra sekolah hingga ke peringkat menengah," katanya, ketika berucap semasa melancarkan bulan kemerdekaan peringkat IPGM Kampus Keningau pada Jumaat.
  • ANUGERAH KHAS SEMPENA PENYAMPAIAN SIJIL APC TAHUN 2008

    Semasa penyampaian Sijil Anugerah Perkhidmatan Cemerlang Tahun 2008 yang diadakan pada 03 Ogos 2008,  Unit Kebajikan IPGM Kampus Keningau turut menyediakan hadiah bagi “Kategori Anugerah Khas 2008.” Setiap penerima “Anugerah Khas Tahun 2008” akan menerima hadiah berupa sijil dan plaq.
    KATEGORI ANUGERAH KHAS APC 2008  STAF AKADEMIK

    Pekerja Paling Tekun: En.  Ronald Yusri Batahong
    Penutur Bahasa Inggeris Paling Kerap: Pn.  Amelia @ Catherine Bt Francis
    Penampilan Terbaik (L): En.Mohd Firdaus Bin Abd Salam
    Penampilan Terbaik (P): Pn.  Phyllis Lim
    Pengguna ICT Terbaik: En.  Ahmad Mohd Yasin
    Pengurus Jabatan / Unit Terbaik: Jabatan HEP
    Laman Web Jabatan / Unit Terbaik: Pentadbiran
    Pensyarah Penasihat Kokurikulum Terbaik: En.  Suffian Saheran
    Tutor Terbaik: En.  Johanis Bin Manggata
    Portfolio Akademik Terbaik: Pn.  Raiteh Naiman
    Portfolio Kokurikulum Terbaik: Pn. Annie Pillin
  • TAKLIMAT MENGENAI INFLUENZA A H1N1


    Oleh Yazeed Bin Tuah

    Wabak selsema babi atau Influenza A H1N1 kini telah menjadi ancaman serius di seluruh dunia dan juga di negara kita. Sehingga 7 Ogos 2009, angka kematian telah meningkat kepada 15 dan banyak sekolah, IPT serta beberapa buah Institut Pendidikan Guru yang ditutup kerana terdapat kes jangkitan wabak tersebut. Beberapa kes turut dikesan di daerah Keningau dan kawasan-kawasan sekitarnya.

    Atas kesedaran akan bahayanya wabak ini, pihak Jabatan Hal Ehwal Pelajar IPGM Kampus Keningau telah menjemput pegawai-pegawai dari Pejabat Kesihatan Kawasan Keningau untuk memberikan taklimat serta panduan dan berkongsi maklumat dengan warga IPGM Kampus Keningau tentang penularan wabak ini. Taklimat disampaikan oleh dua orang Penolong Pegawai Kesihatan Persekitaran U29, Unit Kawalan Penyakit Berjangkit, Pejabat Kesihatan Kawasan Keningau iaitu En. Javies Bin Juwain dan En. Daniel Bin Gantul. Taklimat ini diadakan pada 7 Ogos 2009, jam 10.00 pagi bertempat di Dewan Besar IPGM Kampus Keningau.
  • MAJLIS PENYAMPAIAN ANUGERAH PERKHIDMATAN CEMERLANG 2008

    Oleh Yazeed Bin Tuah

    Majlis Penyampaian Anugerah Perkhidmatan Cemerlang 2008 IPGM Kampus Keningau telah di adakan pada 3 Ogos 2009, jam 2.00 petang bertempat di Dewan Besar IPGM Kampus Keningau. Seramai 10 orang penerima yang terdiri daripada 6 orang pensyarah dan 4 orang staf sokongan telah menerima hadiah berbentuk Sijil Perkhidmatan Cemerlang, Hadiah Prestasi (RM1,000.00) dan cenderahati yang disampaikan sendiri oleh Pengarah IPGM Kampus Keningau, Puan Lim Sai Kiow @ Penny Lim. Berikut adalah senarai penerima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang 2008:
    Kategori Staf Akademik
    1. En. Jais Siarus (Jabatan Pendidikan Jasmani dan Kesihatan)
    2. En. John Roy A/L Chacko (Jabatan Bahasa)
    3. En. Donatus Justin (Jabatan PIPK)
    4. En. Amjah Yunus (Unit Praktikum)
    5. Hjh. Zainab Hj. Nawab Khan (Jabatan Hal Ehwal Pelajar)
    6. En. Junaidi Patrick Jair (Jabatan Sains dan Matematik)
  • BENGKEL MEMBINA BAHAN KIA2M

    Oleh Mohd Firdaus b Abd Salam

    Bengkel yang diadakan pada 30 dan 31 Julai 2009 di dewan   kuliah, IPGM Kampus Keningau itu dihadiri  seramai 65 orang guru dari daerah Keningau, Tambunan, Tenom dan Nabawan.   Puan Penny Lim, Pengarah IPGM Kampus Keningau dalam ucapan   penutupan bengkel menyeru semua peserta memanfaatkan pengetahuan yang diperolehi sepanjang berbengkel dua hari.  Menurut beliau lagi, kelemahan murid dalam menguasai 3M bukan semata-mata berpunca daripada ketidakupayaan mereka menguasai pengajaran guru di bilik darjah, tetapi akibat faktor latar  belakang keluarga misalnya dihimpit kemiskinan, krisis keluarga dan juga kesedaran ibu bapa.  Beliau juga melahirkan kesediaan untuk memberi  bantuan dan sokongan kepada guru-guru khususnya di Pedalaman sesuai dengan tanggungjawab IPGM Kampus Keningau  sebagai IPG yang melatih guru Pedalaman.
  • BULAN BAHASA DAN SASTERA: MEMUPUK KECINTAAN TERHADAP SENI, WARISAN DAN BUDAYA BANGSA

    Oleh Mohd Firdaus b Abd Salam

     

    Malam Kemuncak Bulan Bahasa dan Sastera IPGM Kampus Keningau anjuran Jabatan Pengajian Melayu telah diadakan pada 17 Julai 2009, jam 8.30 malam bertempat di Dewan Besar, IPGM Kampus Keningau. Majlis yang sepatutnya diadakan pada semester lepas itu berlangsung meriah dengan peraduan mendeklamasi sajak, melagukan syair, berbalas pantun dan pidato.  Selain itu, peraduan mencipta sajak dan cerpen telah diadakan lebih awal.  Timbalan Pengarah, Encik Baharom bin Mohd Noor yang mewakili Pengarah dalam ucapan penutupannya melahirkan rasa kagum dengan kesungguhan dan bakat pelatih serta menyeru agar semua pelatih meningkatkan penglibatan dalam program-program berbentuk bahasa, budaya dan sastera.  Menurut beliau lagi, kemahiran berbahasa seperti berpidato, berpantun dan berpuisi  merupakan  satu kelebihan yang perlu dimiliki oleh guru kerana penyampaian guru akan lebih menarik dan berkesan sekiranya diselitkan dengan kemahiran tadi.


    Hadiah telah disampaikan oleh Timbalan Pengarah kepada pemenang peraduan pada akhir majlis.  Peraduan mencipta sajak,  tempat ketiga dimenangi oleh saudara Severinus Nain dari PISMP (BM),  diikuti kedua oleh saudari Junaidah Amin dari KPLI (BM), dan pertama diraih oleh saudari Aznizah Maksit dari PISMP (BM). Bagi acara mengarang cerpen pula, tempat ketiga dimenangi oleh saudari Siti Musfirah Nasir, kedua saudari Jeannica Sipin dari PPISMP (Pemulihan) dan pertama saudari Marcellina Nicholas dari PPISMP (Pemulihan).  Saudari Prisca Susella Tanis dari PPISMP(Pemulihan) pula memenangi tempat ketiga peraduan mendeklamasi sajak, diikuti tempat kedua oleh  saudari Asnizah Maksit PISMP (BM) dan Johan,  Saudari Syafika @ Stella dari KPLI (PSV).  Bagi acara melagukan syair pula, tempat ketiga menjadi milik saudara Mohd Zahiddin dari PISMP (Kajian Sosial), kedua saudari Norkumaladewi binti Muhammad dari PISMP (BM) dan Johan dimenangi oleh saudari Farhanah Ghulam Rasul dari PPISMP (Pemulihan).  Sementera juara pertandingan berbalas pantun menjadi milik pasukan PISMP dengan mengenepikan pasukan KPLI.  Pemantun terbaik disandang oleh saudari Ramziella Halikei PPISMP (BM).  Sementara,  saudari Norashikin binti Mohd Johan dari PPISMP (Sains) dan  Mohd Khairullah bin Muhd Marzidi PPISMP (PSV) mendapat tempat keempat dan ketiga dalam acara pidato, diikuti tempat kedua saudara Ronald James (Matematik) dan Johan menjadi milik saudara Kevin Ron Chin dari PISMP (Pemulihan).
  • PROGRAM PEMULIHAN: MENUNTUT KOMITMEN GURU KPLI-KDC

    Oleh Mohd Firdaus bin Abd Salam
    Jabatan Pengajian Melayu

    Tanggungjawab sebagai guru pemulihan khas sangat penting dalam menangani  masalah penguasaan 3M  murid-murid tahap 1 di sekolah.  Selain  melaksanakan pengajaran dan pembelajaran,  guru pemulihan khas juga perlu menguasai kemahiran membina bahan, mengurus kelas dan fail.  Justeru, selain mendapat latihan di IPG, bimbingan melalui pemantauan dari  Unit Pemulihan khas, Jabatan Pelajaran Negeri Sabah diharap membantu guru-guru KPLI-KDC pemulihan khas di IPGM Kampus Keningau.


    Bertempat di dewan kuliah, satu  taklimat diadakan untuk pelatih KPLI KDC Pemulihan Khas seramai 71 orang yang turut memberikan input tentang perancangan pihak JPN.   Rombongan yang diketuai oleh Encik Kassim bin Haji Buntak turut memberi maklum balas hasil pemantauan JPN ke sekolah-sekolah.    Menurut beliau, antara perkara yang perlu diberi pehatian dan ditambah baik di oleh guru pemulihan ialah: penyediaan fail meja, pengurusan fail murid, pengurusan bilik pemulihan dan  kaedah pengajaran berasaskan bahan yang sesuai dengan tahap dan kelemahan murid.

Hubungi Kami

Institut Pendidikan Guru Kampus Keningau
Beg Berkunci No. 11
89009, Keningau
Sabah

Tel: 087-331444
Fax: 087-331817

E-mel Rasmi : mail@ipks.edu.my
E-mel Webmaster : administrator@ipks.edu.my

Pautan Pilihan